Jumat, 30 Desember 2011

SEBUAH KAJIAN MENGENAI NASAB SADAH BANI ALAWI

SEBUAH KAJIAN MENGENAI NASAB SADAH BANI ALAWI
Al-Habib Seggaf Ali Al-Kaff

SEBUAH KAJIAN MENGENAI NASAB SADAH BANI ALAWI
Mukadimah
-Mukadimah
Prakata Penyusun
-Prakata
Pembahasan Pertama
-Ayat Pertama
-Ayat Kedua
-Ayat Ketiga
Pembahasan Kedua
-Mengenai Aali (Keluarga) Dari Segi Bahasa Dan Istilah
-Pengertian Aali Dalam Istilah Fikah
Pembahasan Ketiga
-Bantahan Dan Penjelasan Terhadap Rencana Tantawi
Pembahasan Keempat
-Nasab Yang Tidak Terputus Di Dunia Mahupun Di Akhirat
-Fasal Pertama
-Fasal Kedua
-Fasal Ketiga
-Fasal Keempat
-Pengajaran
Pembahasan Kelima
-Aali Ba'alawi atau Bani Alawi
-Ketua Nasab Lain Yang Masyhur Dari Bani Alawi
Pembahasan Keenam
Pernyataan Para Ahli Sejarah, Nasab Dan Biografi Tentang Keturunan Al-Muhajir Ahmad bin Isa
-Abul Faraj Al-Asfahani, wafat pada tahun 356H.
-Sheikh As-Syaraf Al-Ubaidili, wafat pada tahun 435H.
-Abul Hasan Al-Umri, wafat pada tahun 443H.
-Abu Abdillah Bahauddin Muhammad Bin Yusuf Bin Ya'kub Al-Jundi, wafat pada tahun 732H.
-Ibnu Anbah, wafat pada tahun 828H.
-Abul Fudhail Al-Kazim, wafat pada penghujung abad ke-9H.
-An-Najafi, wafat pada abad ke-9H.
-As-Sayed Muhammad Sirajuddin, wafat pada tahun 885H.
-Imam As-Sakhawi, wafat pada tahun 902H.
-Abdullah Al-Jurjani, wafat pada tahun 974H
-Ibnu Hajar Al-Haithami, wafat pada tahun 974H.
-Ibnu Syaqdam, wafat pada akhir abad ke-11H.
-Al-Muhibbi, wafat pada tahun 1111H.
-Abu Muhammad Syamsuddin Bin Muhammad Al-Atqa.
Pembahasan Ketujuh
-Kesepakatan Ulama Hadramaut, Yaman Dan Al-Haramain As-Syarifain Tentang Kebenaran Nasab Bani Alawi
-Nama-Nama Penulis Dari Kalangan Ulama Hadramaut, Yaman Dan Al-Haramain As-Syarifain Dan Tarikh Wafat Mereka
Pembahasan Kelapan
-Orang-Orang Yang Menyebut Nasab Ahlul Bait Secara Am
-Keterangan Mengenai Ulama Yang Menyebutkan Nasab Ahlul Bait Secara Am Sesuai Dengan Tarikh Wafat Mereka
Pembahasan Kesembilan
Hukum-Hukum Khas Berkenaan Dengan Ahlul Bait (Mempunyai 15 Bahagian)
-Bahagian Pertama - Pilihan
-Bahagian Kedua - Mencintai Keluarga Muhammad Termasuk Dari Kesempurnaan Iman
-Bahagian Ketiga - Mendahulukan mereka dalam solat ke atas yang lainnya
-Bahagian Kempat - Selawat dan salam ke atas keluarga Nabi di dalam dan luar solat
-Bahagian Kelima - Ahlul Bait haram menerima zakat
-Bahagian Keenam - Ahlul Bait berhak menerima seperlima dari khumus faik dan ghanimah
-Bahagian Ketujuh - Syarat kafaah dalam nikah
-Bahagian Kelapan - Doa Nabi s.a.w. dengan keberkatan pada turunan yang suci ini
-Bahagian Kesembilan - Ahlul Bait penyelamat penghuni bumi
-Bahagian Kesepuluh - Orang yang mahu mendapat tempat di sisi Rasulullah s.a.w. di hari kiamat
-Bahagian Kesebelas - Ketentuan Ahlul Bait masuk syurga
-Bahagian Keduabelas - Boleh melaknat dan mengkafirkan orang yang menodai kesucian Ahlul Bait
-Bahagian Ketigabelas - Larangan membenci Ahli Bait Nabi s.a.w.
-Bahagian Keempatbelas - Larangan mengganggu keluarga Rasulullah s.a.w.
-Bahagian Kelimabelas - Hukum orang yang mencerca Ahlul Bait
Pembahasan Kesepuluh
-Sekilas Mengenai Ilmu Nasab Dan Kedudukannya Dalam Syariah Islamiyah
-Bahagian Pertama - Kedudukan Ilmu Nasab yang penting diketahui dalam syariah Islamiah
-Bahagian Kedua - Usaha orang-orang orientalis dalam melenyapkan Ilmu Nasab
-Bahagian Ketiga - Ilmu Nasab dalam pandangan Ilmu Moden
Tambahan
-Senarai Nama-nama Keluarga Bani Alawi


MUKADIMAH

Segala puji bagi Allah yang tiada dipuji melainkan Dia kerana segala limpahan kurnia-Nya, kemudian menjadikan manusia-manusia pilihan sebagai penunjuk jalan dan wali-walinya.
Selawat dan salam kami panjatkan kepada Rasul yang telah mengajak kita kepada kebenaran dan menyuruh kita menghindarkan hawa nafsu dan perkara-perkara yang dapat menjerumuskan, baginda penghulu kita dan penghulu anak Adam yang telah diciptakan Allah sebagai Nur yang berpindah dari tulang sulbi yang mulia ke rahim yang suci, kemudian kepada segenap keluarganya yang baik lagi suci dan menjadi pemimpin bagi sekalian hamba, tonggak negara dan bahtera keselamatan, serta kepada sahabat-sahabat pilihan dan orang-orang yang berjalan di atas petunjuk mereka dengan baik dari kalangan orang-orang dahulu dan kemudian hingga datangnya hari kiamat.
Sukacita saya menyajikan di hadapan pembaca sebuah risalah yang ringkas bentuknya namun pada isinya, yang kemudian saya beri nama (SEBUAH KAJIAN MENGENAI NASAB SADAH BANI ALAWI)ia merupakan suatu risalah yang menerangkan kebenaran nasab Bani Alawi, SADAH yang berasal dari Hadramaut yang terkenal dengan ilmu, kelebihan dan kemuliaan sama ada dahulu atau sekarang, di Hadramaut, Yaman, Al-Haramain Asy-Syarifain, Syria, Mesir dan di tempat-tempat berhijrahnya orang Hadramaut sama ada di Timur mahupun di Barat (satu keturunan sebahagiannya dari sebahagian yang lain dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui).
Sesungguhnya secara kebetulan saya telah dipertemukan dengan beberapa orang pemuda terpelajar dalam sebuah majlis yang mana mereka telah mengajukan kepada saya beberapa pertanyaan tentang nasab, di antaranya; bagaimana kita membuktikan kebenaran nasab kita? Adakah terdapat suatu pembahasan yang ringkas mengenainya yang dapat memberi faedah kepada kami? Setelah mendengar itu saya merasa dukacita kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang nasab mereka dan ketidakmampuan mereka membuktikan kebenaran nasabnya disebabkan mereka tidak membaca kitab-kitab tarikh, tabaqat, biografi dan nasab, lalu sebahagian mereka mencadangkan kepada saya supaya menulis sebuah risalah ringkas tentang perkara ini. Sekalipun pandangan ini sejalan dengan suara hati saya, namun tugas ini saya rasakan berat untuk dilaksanakan. Sementara saya mengumpulkan fikiran saya tiba-tiba saya dikejutkan dengan sebuah artikel yang saya baca di akhbar As-Syarq-ul-Awsat tarikh 20/12/1405 H, bersamaan dengan 5/9/1985 M. bil. 2473 dengan tajuk KENANGAN TERHADAP SYEIKH ALI TANTAWI, yang mana ia mengatakan kebohongannya yang besar terhadap Sadah Bani Alawi, kemudian saya mendengar seruan Syeikh yang sama di radio dalam rancangan masalah-masalah dan kemusykilan-kemusykilan, maka segera saya mengucapkanLa hawla wa la quwwatailla billah, kemudian saya menyedari bahawa kini cercaan datang dari seorang alim yang oleh sebahagian mereka dianggap sebagai 'marja' (tempat rujukan) dari kalangan 'marja-marja' kaum muslimin, dan sebahagian orang akan mengambil pendapatnya tidak berdasarkan sebarang dalil pun.
Setelah itu saya meminta pilihan dari Allah (istikharah) untuk menjawabnya dengan harapan saya dapat memenuhi permintaan saudara-saudara saya yang meminta saya supaya menulis sebuah risalah yang ringkas untuk menerangkan kebenaran nasab Bani Alawi.
Maka Allah lapangkan dada saya, sehingga tampak jelas tajuk-tajuk pembahasan di dalam benak saya dan diluar dugaan saya telah terkumpul begitu banyak rujukan-rujukan yang semulanya saya mengira hanya sedikit saja. Setelah saya mendapatkan kemudahan itu lalu saya putuskan bahawa saya mesti menulis dalam perkara ini demi membantah suatu kebohongan dan menetapkan kebenaran nasab Bani Alawi yang hendak dikaburkan oleh Tantawi dan diragukan hubungannya dengan keluarga Nabi yang suci. Dan saya tidak tahu apakah ini terbit dari suatu kedengkian atau kebencian, namun saya tidak berprasangka buruk kepadanya, bahkan saya berpendapat barangkali itu suatu kekhilafan tulisan atau lisan dan saya berharap dia akan menariknya kembali kerana ia termasuk dari orang yang berilmu, sedangkan orang yang berpengetahuan apabila terpampang di hadapan mereka suatu dalil maka ia akan mengikutinya. Maka saya jadikan risalah ini dalam 11 tajuk pembahasan. Adakalanya satu-satu pembahasan mempunyai beberapa bahagian. Saya bersyukur kepada Allah yang dengan pertolongannya menjadi sempurna segala kebaikan dan Maha benar Allah dengan firman-Nya:

قُلْ لاَ أَسْئَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلاَّ الْمَوَدَّةَ فِى الْقُرْبَى ....الشورى:    23
"Katakan (wahai Muhammad) aku tidak meminta upah ke atas apa yang telah aku berikan, melainkan kecintaan kepada keluarga terdekat".
Saya juga memohon daripada Allah agar dijadikannya semata-mata kerana Dia, jika saya benar dalam kalimat saya maka itu dari Allah dan jika salah maka itu dari saya dan dari syaitan. Semoga Allah memberi maaf dan ampunan-Nya.
Kalau boleh saya mensyukuri seorang dari hamba Allah, maka saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada saudara-saudara saya yang telah membantu saya iaitu; Saudara Umar Bin Muhammad Balfagih, Dr. Salim Bin Seggaf Al-Jufri dan Ustaz Ahmad Saeed Bin Silm. Mereka telah banyak memberikan kepada saya waktu mereka dan bersusah payah membacakan kepada saya serta membuat rujukan tentang perkara-perkara tersebut, kemudain mereka menulisnya pada tempat yang semestinya. Semoga Allah membalas dengan kebaikan atas pertolongan mereka dan dijadikannya dalam neraca amal baik mereka, demikian juga saya mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah memberi saranan atau semangat kepada saya atau mendoakan bagi saya agar mendapat taufik dan kebenaran.

Penulis: Seggaf Ali Al-Kaff
Tarikh: 3/8/1406 H.
Bersamaan: 12/4/1989 M.
Madinah Al-Munawwarah.

PRAKATA PENYUSUN

Nasab berarti keturunan atau zuriat seseorang, dari manakah asal usul mereka itu berpunca sama ada keturunan Raden, Ratu, Raja mahupun keturunan Bani 'Alawi.
Malahan Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menjadikan umatnya berpuak-puak dan berbagai keturunan supaya mereka itu saling hormat-menghormati dan kasih sayang di antara mereka serta bertakwa kepada-Nya.
Tentulah malang sekali bagi seseorang yang tidak mahu memahami keturunan mereka lebih-lebih lagi mengakuinya.
Malahan terdapat juga sesetengah pihak yang sanggup merendah dan menghina satu-satu kaum sama ada berdasarkan kepada iri hati atau tidak mahu menerima realiti yang dijadikan oleh Allah. Malahan terdapat juga manusia yang dikurniakan Allah satu nasab dan keturunan yang mulia, tapi sanggup mencampaknya ke dalam parit dengan alasan apa ada pada keturunan: semua manusia sama, pokoknya mesti ada pangkat besar, saku penuh dengan fulus.
Ini telah menimbulkan satu polemik di mana manusia lebih mementingkan kepada material dari menjaga nasab atau keturunan mereka dan jika perkara ini tidak dibendung dari sekarang nescaya generasi akan datang akan hancur dan tidak mempunyai apa-apa keturunan.
Justeru itu, kami telah mengambil satu langkah untuk menyusun sebuah buku yang diberi nama"SATU KAJIAN MENGENAI NASAB BANI ALAWI".
Alhamdulillah dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan selawat ke atas junjungan nabi besar Muhammad s.a.w. serta sekalian ahli keluarganya, maka dapatlah kami menyusun sebuah buku yang pertama ini.
Buku ini asalnya dalam bahasa Arab dikarang oleh seorang ulama dan tokoh sejarah Islam dari Madinah, Syed Seggaf Ali Al-Kaff telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ustaz Amin Bin Abdul Kadir dengan galakan yang kuat dari Habib Ibrahim Bin Al-Kaff bagi faedah seluruh Ahli Bait khususnya keturunan Syed supaya memahami nasab mereka.
Pada hemat kami buku ini amat berguna dimiliki oleh setiap keturunan Syed supaya dapat ditatap dan dihayati oleh anak-anak mereka yang bakal menjadi pewaris nabi untuk menunjukkan keperibadian dan akhlak yang mulia.
Jauh sekali untuk berbangga dengan keturunan nabi yang dikurniakan oleh Allah s.w.t., tujuan utama buku ini diterbitkan adalah semata-mata untuk memberi penjelasan yang seluasnya menurut nas-nas dan hadis-hadis yang sahih mengenai nasab yang ditinggalkan oleh junjungan nabi besar Muhammad s.a.w. yang mana telah menimbulkan prejudis oleh pihak yang tidak mahu menerima realiti dan hakikat yang sebenarnya.
Allah berfirman: "Aku jadikan manusia itu berpuak-puak dan keturunan supaya mereka itu saling hormat-menghormati dan bantu-membantu antara mereka serta bertakwa kepada-Ku."
Buku ini tidak dijual dalam pasaran dan akan diedarkan secara percuma khusus untuk keturunan Syed kecuali jika ada keikhlasan kepada yang ingin memberi sumbangan.
Untuk menjayakan buku ini kami tetap menghargai setiap sumbangan yang diberi oleh para dermawan baik di segi moral mahupun material terutama kepada Syed Ali Bin Mohammad Al-Attas yang banyak memberi perangsang dan galakan.
Segala sumbangan dari setiap para dermawan itu akan menjadi satu daya perangsang buat kami untuk menyusun banyak lagi buku-buku agama selepas ini yang boleh memberi faedah yang besar buat para pembacanya.
Sekian, semoga segala sumbangan itu akan tetap mendapat ganjaran Allah jua hendaknya. Amin

SYED OMAR AL-SHAHAB
SYED IBRAHIM AL-KAFF
PENYUSUN

PEMBAHASAN PERTAMA

Para ulama menerangkan bahawa Ahlul Bait telah disebut secara khusus dalam Al-Qur'an dalam beberapa ayat, yang mana tiap-tiap ayat yang tersebut mempunyai tujuan-tujuan tertentu, di antaranya; penyucian, penghormatan terhadap mereka, peringatan kepada membencinya atau menghubungkan nasab dengan tidak benar dan menerangkan bahawa anak-anak lelaki dari puteri Rasulullah s.a.w. (sallallahualaihi waalihi wassalam) dinasabkan kepada beliau dan bukan kepada yang lain. Secara ringkas pembahasan ini akan menerangkan tiga ayat berserta tujuan-tujuannya yang memadai bagi memperjelaskan maksud di atas.

AYAT PERTAMA
Firman Allah Ta'ala dalam Surat Ali Imran:61:

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيْهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَّعْنَتَ اللهِ عَلَى الْكَاذِبِيْنَ. (ال ءمران):    61
"Maka siapa yang membantah engkau tentang kebenaran ini, sesudah datang kepadamu pengetahuan, katakanlah (kepadanya): Mari! Biarlah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian itu kita berdoa dengan sungguh-sungguh kepada Allah: Kita minta supaya kutukan Allah turun atas orang-orang yang dusta".(Q.S. Ali Imran:61)
Ibnu Kathir menerangkan tentang tafsir ayat di atas iaitu tatkala datang rombongan orang-orang nasrani dari Najran yang ingin berhujah dengan Rasulullah s.a.w. tentang apa yang dibawanya, maka Rasulullah s.a.w. mengajak mereka bermubahalah.
Jabir r.a. berkata: Telah datang kepada Nabi s.a.w. Aqib dan Tayyib, lalu beliau mengajak mereka mulaanah (meminta diturunkan laknat ke atas yang salah), lalu keduanya berjanji akan melakukannya pada esok hari, maka berangkatlah Rasulullah s.a.w. pada pagi hari dengan membawa Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Hussin, kemudian diutusnya seorang untuk menemui keduanya namun mereka menolak seruannya dan menyatakan padanya ketidaksanggupan mereka. Lalu bersabda Rasulullah s.a.w.:

وَالَّذِيْ بَعَثَنِيْ بِالْحَقِّ لَوْ قَالاَ: لاَ، َلأَمْطَرَ عَلَيْهِمُ الْوَادِيْ نَارًا
"Demi Allah yang telah mengutusku dengan kebenaran seandainya mereka berkata "ya" (tidak menolak) nescaya Allah akan menurunkan ke atas mereka api yang memenuhi lembah itu".
Jabir berkata, "Kepada mereka diturunkan ayat (Mari!, biarlah kami panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, diri kami dan diri kamu)". Diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dan Al-Hakim dalamMustadrak dan diriwayatkan juga oleh At-Tayalisi dari Sha'bi secara mursal. Ibnu Kathir berkata "Itulah yang paling benar".
Maka nyatalah bahawa ayat dan hadis ini menjadi dalil bahawa Al-Hasan dan Al-Hussin r.a. adalah keturunan atau zuriat Nabi s.a.w. dan menempatkan Al-Imam Ali karramallahu wajhah (k.w.) pada suatu martabat dan kedudukan yang tinggi yang tidak diragukan oleh orang yang mempunyai akal sehingga Nabi menjadikan beliau sebagai dirinya dalam firman Allah Ta'ala: ".....diri kami dan diri kamu".

AYAT KEDUA
Firman Allah Ta'ala dalam surat Al-Syura:23:

قُلْ لاَ أَسْئَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلاَّ الْمَوَدَّةَ فِى الْقُرْبَى...(الشورى):23
"Katakanlah (Muhammad) untuk itu Aku tiada meminta upah (bayaran) kepada kamu, (yang Kuminta) hanya kasih sayang terhadap keluarga terdekat".(Q.S. As-Syura:23)
Pengertian kalimat AL-QURBA (keluarga dekat/kerabat) dalam ayat ini telah ditafsirkan dalam beberapa hadis seperti berikut;
1. Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkhutbah di Ghadir Khom:

إِنِّيْ تَارِكٌ فِيْكُمُ الثَّقَلَيْنِ: كِتَابَاللهِ وَعِتْرَتِيْ، أَلاَ وَإِنَّهُمَا لَنْ يَفْتَرِ قَاحَتَّى يَرِدَا عَلَي الْحَوْضْ
"Sesungguhnya aku meninggalkan di tengah-tengah kamu dua perkara yang berat (As-Thaqalain), Kitab Allah dan Itrahku (keturunanku), dan bahawa keduanya tidak akan berpisah sehingga kelak datang kepadaku di Telaga Haudh."
2. Muslim Ahmad dan Nasa'i telah meriwayatkan dari Zaid Bin Arqam r.a. bahawa katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berdiri menyampaikan khutbahnya di hadapan kami di suatu paya bernama Khom yang terletak di antara Mekah dan Madinah, setelah memuji Allah dan memberi peringatan dan nasihat, kemudian baginda bersabda:

أَلاَ أًيُّهَا النَّاسُ فَاءِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوْشِكُ أَنْ يَأْتِى رَسُوْلُ رَبِّىْ فَأُجِيْبُ وَأًنَا تَارِكٌ فِيْكُمْ ثَقَلَيْنِ : أَوَّلُهَا كِتَابُ اللهِ فِيْهِ الْهُدَي وَالنُّوْرُ فَخُذُوْا بِكِتَابِ اللهِ وَاسْتَمْسِكُوْا فَحَثَّ عَلَىكِتَابِ اللهِ وَرَغِبَ فِيْهِ. ثُمَّ قَالَ : وَأَهْلُ بَيْتِىْ أُذَكِّرُ كُمُ اللهَ فِى أَهْلِ بَيْتِىْ اُذَكِّرُ كُمُ اللهَ فِى أَهْلِ بَيْتِى أُذَكِّرُ كُمُ اللهَ فِى أَهْلِ بَيْتِى. فَقَ لَ لَهُ حُصَيْنٌ : وَمَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ يَا زَيْدُ؟ أَلَيْسَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ؟ قَالَ : نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ. وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ حُرِّمَ الصَّدَقَةُ بَعْدَهُ. قَالَ : وَمَنْ هُمْ؟ قَالَ : هُمْ آلُ عَلِيْ وَآلُ عَقِيْلٍ وَآلُ جَعْفَرٍ وَآلُ عَبَّاسِ
"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah basyar (manusia) dan aku tidak lama lagi akan menyahut seruan tuhanku, maka aku tinggalkan di tengah-tengah kamu dua perkara yang berat (As-Thaqalain); pertama kitab Allah Ta'ala yang di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya, maka ambillah kitab Allah itu dan berpeganglah padanya". Lalu beliau menganjurkan supaya memberi perhatian kepada kitab Allah dan menggemarinya kemudian sabdanya: "Dan Ahli Baitku, aku peringatkan kamu terhadap Ahli Baitku, aku peringatkan kamu terhadap Ahli Baitku".
Lalu Husain bertanya, "Siapakah gerangan Ahli Bait baginda wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri baginda adalah Ahli Baitnya?" Jawab beliau, "Isteri-isterinya bukan dari Ahli Baitnya, tetapi Ahli Baitnya ialah mereka yang haram menerima sedekah (zakat) selepasnya. Siapa mereka, tanya mereka?" Jawabnya: "Mereka itu adalah keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Jaafar dan keluarga Al-Abbas r.a."
Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata tentang tafsiran ayat ini: "Dan kami tidak mengingkari adanya wasiat terhadap Ahlul Bait dan suruhan berbuat baik kepada mereka, menghormati dan memuliakannya, kerana mereka itu berasal dari zuriat yang suci dari keluarga yang paling suci dan datuk yang paling mulia di atas permukaan bumi dari segala ketinggian, kehormatan dan keturunan".

AYAT KETIGA
Firman Allah Ta'ala dalam surat Al-Ahzab:33:

إِنَّمَا يُرِيْدُ اللهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيْرًا...الاحزاب: 33
"Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kekotoran dari kamu, Ahlul Bait dan hendak mensucikan kamu dengan sesuci-sucinya".(Q.S. Al-Ahzab:33)
Abul Hasan Ali Bin Ahmad Al-Wahidi An-Nisaburi telah menyebutkan dalam kitabnya Asbabun-Nuzulmengenai ayat di atas, bahawa ia diturunkan untuk lima orang: Rasulullah s.a.w., Ali Bin Abi Talib, Fatimah Az-Zahra', Al-Hasan dan Al-Husain r.a. (m.s. 66).
Al-Hafiz Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat di atas menyebutkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Bazzar dari Abi Hatim dari Awwam Bin Haushab r.a. dari sepupunya, katanya, "Aku telah masuk bersama ayahku ke rumah Aisyah r.a. maka aku menanyakan padanya tentang Ali r.a." Aisyah menjawab, "Engkau menanyakan padaku tentang orang yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. sehingga ia dikahwinkan dengan puterinya yang paling dicintainya, aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendoakan Ali, Fatimah, Hasan dan Husin r.a. lalu menutup di atas mereka dengan suatu pakaian seraya sabdanya: Ya Allah mereka ini adalah Ahli Baitku maka hindarkanlah mereka dari dosa dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya", kemudian aku mendekati mereka sambil menanyakan: "Ya Rasulullah adakah aku termasuk dari ahlibaitmu?" Baginda s.a.w. menjawab: "Pergilah kamu, sesungguhnya kamu berada pada jalan yang baik". Riwayat yang sama dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dari Wathilah Bin Al-Asga' dan berkata bahawa hadis ini sahih asnadnya.
Hadis Ummu Salamah, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata pada Fatimah: "Bawalah padaku suamimu dan dua orang anakmu", maka datanglah Fatimah bersama mereka lalu Rasulullah s.a.w. menutupkan di atas mereka dengan kisa' (pakaian) milikku yang kuperoleh dari Khaibar kemudian baginda mengangkat kedua tangannya dan berdoa: "Ya Allah sesungguhnya mereka ini adalah keluarga Muhammad maka kurniakan selawat dan keberkatanmu kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah mengurniakan kepada keluarga Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji Lagi Maha Agung". lalu kuangkat kisa' itu supaya aku dapat masuk bersama mereka namun ditariknya oleh Rasulullah s.a.w. dari tanganku dan berkata: "Sesungguhnya kamu berada di atas jalan kebaikan".Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Ibnu Asakir.
Al-Hakim dan Ibnu Syaibah juga meriwayatkan dari Ummu Salamah dengan lafaz yang hampir sama dengan riwayat di atas.
Berkata An-Nawawi dalam kitab Majmuk menukil dari Al-Azhari dan yang lain bahawa mereka itu adalah itrahnya yang dinasabkan kepada beliau s.a.w. Mereka itu ialah anak-anak Fatimah r.a. dan keturunannya sepanjang zaman.


PEMBAHASAN KEDUA

PENGERTIAN AALI (KELUARGA) DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH DEFINASI
Di antara beberapa makna Aali dalam bahasa adalah pengikut-pengikutnya, misalnya dikatakan Aali seorang lelaki yakni pengikut-pengikut dan wali-walinya, biasanya dipergunakan untuk sesuatu yang mempunyai kemuliaan, tidak boleh dikatakan Aali tukang sepatu tetapi ahli (keluarga) tukang sepatu.(1)
Terkadang kata Ahli digunakan sebagai persamaan kata Aali tetapi kata Ahli menjadi lebih khusus apabila digunakan untuk pengertian isteri, seperti firman Allah Ta'ala yang ditujukan kepada isteri Nabi Ibrahim a.s. tatkala ia berkata:

72 يَاوَيْلَتَا ءَأَلِدُ وَأَنَا عَجُوْزٌ...هود:
"Adakah aku akan melahirkan anak, sedang aku adalah seorang perempuan yang sangat tua?"

رَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ... هود: 73
"Rahmat Allah dan keberkatan-Nya adalah untuk kami, hai penghuni rumah"
dan sabda Rasulullah s.a.w.:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِى
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, akulah orang yang paling baik terhadap keluargaku (isteri-isterinya).(2)"

PENGERTIAN AALI DALAM ISTILAH FIKAH
Para ahli fikah tidak sepakat dalam memberikan makna Aali. Karena itu berbeza pula mereka dalam memberi hukum. Hanafi, Maliki dan Hambali telah mengatakan bahawa aali dan Ahli adalah sama maknanya, namun masing-masing di antara mereka memberi ketentuan yang berlainan.
Hanafi berpendapat bahawa Ahli Bait seseorang, Aali dan jenisnya adalah satu, iaitu setiap orang yang mempunyai pertalian nasab, sekalipun kepada ayahnya yang paling jauh (moyang) dalam Islam, yaitu orang yang hidup pada zaman Islam, sama ada ia masuk Islam atau tidak.(3) Dan ada pula yang mensyaratkan Islamnya ayah atau datuk yang paling tinggi.(4) Maka semua anak yang dinasabkan kepada ayah ini termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak adalah ahli keluarganya.(5)
Maliki berpendapat bahawa kata Aali adalah orang yang mendapat asobah dan setiap orang yang mendapat asobah dan setiap orang perempuan jika ia bergabung dengan lelaki maka ia menjadi asobah.(6)
Hambali berpendapat bahawa Aali seseorang dan Ahli Baitnya, kaumnya, keturunan dan kerabatnya adalah sama maknanya.(7)
Syafi'e berpendapat bahawa Aali seseorang adalah kerabat dan keluarga yang ditanggung nafkahnya, sedangkan Ahli Baitnya adalah kerabat dan isterinya.(8)
Aali juga mempunyai pengertian yang khas dalam kalimat selawat kepada Nabi s.a.w. Pendapat terbanyak mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan mereka itu adalah kerabat baginda s.a.w. yang diharamkan kepada mereka menerima sedekah dan ada pula yang mengatakan yakni semua umatnya yang menerima seruan baginda s.a.w. Malik cenderung pada pendapat ini dan juga Al-Azhari, sedangkan Baihaqi menolak pendapat ini.
Pendapat yang benar dalam mazhab Syafi'e bahawa mereka itu adalah Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib, begitulah ditegaskan oleh Syafi'e dalam Harmalah yang dikutip dari Al-Azhari dan Baihaqi, kemudian diputuskan oleh majoriti sahabat-sahabat baginda.
Sebahagian berpendapat bahawa pengertian Aali adalah setiap orang mukmin yang bertakwa dengan mengambil dalil dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurmuzah Nafe' Assulmi dari Anas dari Nabi s.a.w., bahawasanya beliau ditanya: "Siapakah Aali Muhammad itu?" Baginda menjawab: "Setiap mukmin yang bertakwa", tetapi Baihaqi mengatakan bahawa hadis ini daif (lemah) dan tidak boleh dijadikan hujah, kerana Abu Hurmuzah didustakan oleh Yahya Bin Ma'in dan didaifkan oleh Ahmad dan selainnya dari para hafiz.
Kemudian Syafi'e, Baihaqi dan sahabat-sahabat dari mazhab Syafi'e berpendapat bahawa Aali itu adalah Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib kerana sabda Rasulullah s.a.w.:

إِنَّ الصَّدَقَةَ لاَ تَحِلُّ لِمُحَمَّدٍ وَ ِلآلِ مُحَمَّدٍ
"Sesungguh sedekah diharamkan kepada Muhammad dan juga kepada Aali Muhammad", diriwayatkan oleh Muslim.
Saya berpendapat seandainya Aali itu setiap orang mukmin yang bertakwa nescaya zakat tidak dibolehkan dan diharamkan kepada mereka sebagaimana diharamkan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib, tetapi tidak pernah ada orang berpendapat demikian.(9)
Kedua, bahawa itrah (anak keturunan) yang dinasabkan kepada baginda s.a.w. mereka itu adalah anak-anak dan keturunan Fatimah r.a., demikian disebutkan oleh Azhari dan lain-lain.(10)

1) Al-Qamus Al-Muhit.
2) Riwayat Tirmizi dalam Manaqib
3) Al-Is'af Fi Ahkam Al-Auqaf
4) Ibnu Abidin, 3/439 cetakan pertama
5) Al-Is'af
6) Al-Syarh Al-Kabir Wa Hasyiah Ad-Dasuqi, 4/43, 93, 94, 432, cetakan Isa Al-Halabi
7) Kassyaf Al-Qina', 4/242 cetakan Al-Ibad As-Sunnah Al-Muhammadiyah
8) Nihayah Al-Muhtaj, 6/82 Mustafa Al-Halabi, Hasyiyah Al-Qalyubi, 3/17 cetakan Al-Halabi
9) Al-Majmuk -- Syarah Al-Muhazzab Lin-Nawani, juz 3 ms. 449
10) Al-Majmuk Lin-Nawawi, 3 ms. 448 cetakan Al-Irsyad

PEMBAHASAN KETIGA

BANTAHAN DAN PENJELASAN TERHADAP RENCANA TANTAWI
Pada tarikh 20/12/1406 H bersamaan 5/9/1985 M telah terbit surat khabar As-Syarqul-Awsat dengan nombor edisinya 2483 yang memuatkan sebuah makalah/rencana yang ditulis oleh Sheikh Ali Tantawi dengan mengambil tajuk "Peringatan-peringatan Sheikh At-Tantawi". Di antara kandungan rencana itu adalah seperti berikut:
"Dan orang-orang Hadramaut berperingkat-peringkat, di antara mereka terdapat Alawiyyun yang menamakan dirinya sebagai Sadah yang mulia dan ada pula yang tidak mengaku demikian, padahal nilai seseorang dalam agama Islam diukur dengan ilmu dan takwanya bukan dengan sebab ayah atau datuk-datuknya. Sedangkan orang yang mulia itu adalah orang yang bertakwa dan orang yang agung itu adalah orang yang baik dalam perbuatan dan perilakunya, kemudian kebanyakan nasab-nasab yang dikatakan bersambung dengan Rasulullah s.a.w. tidak dapat dibuktikan dengan dipertanggungjawabkan melainkan semata-mata adalah anggapan orang-orang yang mempunyai nasab itu dan saya tidak menuduh nasab seseorang tetapi saya ingin menerangkan suatu kenyataan yang konkrit.....".
Beliau tidak hanya mengemukakannya dalam suratkhabar bahkan mengulangi perkataan yang sama dalam suatu siaran radio ketika ditanya tentang syarat-syarat kafaah dalam nasab dan hukum nikah dengan tujuan hendak menyebarluaskan pandangannya yang kontroversial (menimbulkan fitnah), padahal akan lebih baik jika ia menjawab kepada penaya itu dengan pendapat para ulama imam-imam yang kenamaan, Sebagai contoh Abu Hanifah, Ahmad dan Syafi'e r.a. yang menjadikannya sebagai syarat dalam nikah, sementara Malik tidak mensyaratkannya, itulah pendapat para ulama.
Kemudian Sheikh Ali Tantawi mengulangi kata-kata yang sama dalam peringatannya pada bahagian keenam muka surat 133 baris ke-18. Oleh kerana itu kami putuskan untuk mencetak risalah ini kerana kegigihan beliau dalam menyebarkan makalahnya itu.
Berkata Sheikh, "Sesungguhnya orang-orang Hadramaut mempunyai peringkat-peringkat(11), di antara mereka terdapat Alawiyyun yang mengaku sebagai bangsawan yang mulia". Sukacita kami menerangkan kepada Syeikh Tantawi sekalipun beliau tahu akan hal ini memandangkan ilmu beliau yang luas dan peradabannya yang tinggi bahawa peringkat sebagaimana ia maksudkan, bukan pada tempatnya, kerana pengertian tingkatan ialah suatu perbezaan antara tingkatan masyarakat dari segi kemasyarakatan, seperti terdapat masyarakat tingkat buruh dan kapitalis/pemodal dan lain-lain. Adapun yang ada pada orang-orang Hadramaut adalah kesukuan atau marga, sehingga seorang Alawi dapat tergolong dalam mana-mana tingkatan dari tiga kelompok di atas, sementara ia tidak dapat digolongkan kepada kabilah(12) selain dari kabilahnya dan tidak pula pada marga selain marganya.
Sebenarnya Syeikh sendiri mengetahui bahawa orang-orang Arab sejak permulaan Islam mereka mengambil berat akan nasab keturunan mereka, sehingga Rasulullah s.a.w. juga menyebutkan nasab dirinya(13) dan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. dikenal sebagai orang yang memiliki pengetahuan tentang nasab, hingga digelar sebagai pakar nasab Arab kemudian terdapat puluhan kitab yang dikarang mengenai ilmu nasab dan ratusan kitab mengenai nasab dan salasilah keluarga Rasulullah s.a.w., juga telah disusun yang mana dapat dilihat sebahagian kecil daripadanya dalam pembahasan ini sebagai misal satu-satunya dan tidak pula merangkumi keseluruhannya.
Semua orang tahu bahawa nasab keturunan keluarga Rasulullah s.a.w. terutama Sadah Alawi yang akan diterangkan susunan nasabnya dalam pembahasan ini telah terbukti beritanya dengan luas dan mutawatir(14), tersusun dari ayah hingga hingga ke datuk dari zaman kita hingga ke zaman Rasulullah s.a.w. sedangkan orang yang mengingkari berita mutawatir jelas hukumnya dalam Islam.
Sesungguhnya umat Islam adalah satu-satunya umat yang mempunyai pertalian riwayat(15)dibandingkan dengan umat-umat lain, misalnya Al-Qur'an disampaikan kepada kami melalui pertalian riwayat dan begitu juga sejarah dan nasab keturunan serta tempat-tempat peperangan dan sirah. Jika kita biarkan setiap orang melepaskan kata-katanya, tentang perkara-perkara yang sudah terbukti kebenarannya, maka kesudahannya akan timbul tuduhan dusta banyak perkara dari hukum-hukum syarak dan peristiwa-peristiwa sejarah disebabkan kerana tidak mereka senangi atau tidak sesuai dengan keinginannya, sedangkan dalam kaedah syarak yang diketahui oleh Sheikh sebagai seorang ulama dari kalangan orang yang memegang jawatan kadi selama beberapa tahun bahawa orang ramai dipercayai tentang keturunan mereka (tidak boleh didustakan tanpa bukti), maka barangsiapa terbukti kebenaran nasabnya kemudian ada orang lain yang menuduh sebaliknya, maka ia mesti mengemukakan bukti, jika gagal maka ia boleh dijatuhkan hukuman had sebagai QAZIF, melemparkan tuduhan tanpa bukti.
Berkata Sheikh Tantawi, "Dan di antara mereka ada yang tidak mengaku demikian".
Sukacita kami menerangkan kepada Sheikh bahawa orang-orang Hadramaut yang sebagaimana anda katakan bahawa mereka tidak mengaku demikian (keturunan Rasulullah) menunjukkan anda tidak mengetahui tentang susunan masyarakat Hadramaut, yang mana orang Hadramaut mempunyai salasilah dan nasab bagi kabilah-kabilahnya.(16) Di sana terdapat golongan Masyaikh dari keluarga Al-Amudi yang terkenal nasabnya, demikian juga Masyaikh dari keluarga Bafadal, Baabad, Al-Khatib, Al-Kathiri, Tamim, Syaiban, Nahd dan selainnya dari kabilah-kabilah Hadramaut yang terpelihara nasabnya dan dihormati seperti kabilah-kabilah lain yang terdapat di jazirah Arab; Saudi Arabia, Yaman dan Negara-negara Teluk.
Beliau berkata lagi, "Bahawa nilai seseorang itu di dalam agama Islam terletak pada ilmu dan takwanya".
"Benar katamu wahai Sheikh!" jawab saya, sesungguhnya agama Islam menilai setiap manusia dengan zat dan takwa, namun ia tidak menafikan pertaliannya dengan seseorang bahkan agama Islam menetapkan beberapa hukum yang diterangkan dalam kitab-kitab fikah berkenaan dengan orang yang mempunyai pertalian nasab dengan Rasulullah s.a.w. yang kemudian diabadikan oleh para imam kenamaan dalam kitab-kitab mereka sejak abad permulaan hingga ke abad ini dan mereka tidak pernah menafikan atau mencercanya bahkan mereka menetapkan dan menyediakan bab-bab atau ruang khas dalam kitab-kitab mereka. Lagi pun belum ada ulama yang menyatakan ketiadaan keturunan Rasul pada zaman di mana mereka menulis karangan-karangan mereka, kerana kalau memang tidak wujud mereka itu nescaya karangan-karangan mereka itu akan sia-sia belaka, sedangkan melakukan perbuatan sia-sia terhadap agama adalah terlarang.
Sheikh Tantawi, "Bukan kerana ayah atau datuknya tetapi orang yang mulia itu adalah orang yang bertakwa dan orang baik itu adalah orang yang baik perilaku dan akhlaknya".
Seggaf: "Benar katamu wahai Sheikh bahawa orang yang mulia itu adalah orang yang bertakwa dan orang baik itu adalah orang yang baik perilaku dan akhlaknya". Itu pengertian secara am, adapun orang yang mulia yang anda maksudkan di sini bukanlah orang mulia yang termasuk dalam pengertian am di atas, kerana yang dimaksudkan dengan orang-orang mulia adalah orang yang mempunyai pertalian nasab dengan keluarga Muhammad yang kecintaannya adalah sebahagian dari agama dan kebenciannya adalah terkeluar dari agama(17), sedangkan agama tidak pernah melarang seseorang menasabkan kepada ayah(18) dan datuk bahkan diakuinya. Lihatlah kitab-kitab Tabaqat yang menyebut nasab bagi tiap-tiap biografi seseorang, demikian juga kitab-kitab tarikh dan kitab-kitab perawi tidak seorang pun mengatakan tentang pengurangan nasab seseorang kepada ayah dan datuknya terutama jika ayah dan datuknya tergolong dari kalangan ahli ilmu yang mempunyai kemuliaan dan kedudukan, lalu bagaimana kita dapat menuntut dari orang yang nasabnya kepada keluarga Rasulullah s.a.w. supaya tidak menasabkan dirinya kepada ayah-ayah mereka dan datuk-datuk mereka, padahal mereka adalah para imam yang bertakwa, berilmu, mempunyai kemuliaan, memberi petunjuk dan mempunyai kelebihan, demi Allah ini suatu ketidakadilan.
Sheikh Tantawi, "Kemudian kebanyakan nasab-nasab ini yang dikatakan berhubung dengan Rasulullah s.a.w. tidak ada yang membuktikan dan menguatkannya selain dari kata-kata mereka sendiri".
Seggaf: "Bagaimana anda mengatakan kata-kata seperti ini wahai Sheikh terhadap umat yang nasabnya telah dinyatakan secara mutawatir dan beberapa karangan dan salasilah tentang nasab mereka telah ditulis sejak abad kedua di mana kami telah nyatakan kepada anda dalam pembahasan ini, jika anda ingin mengetahui tentang orang-orang yang menulis nasab keluarga Bani Alawi saja, anda akan temukan ratusan orang dari ahli nasab, ahli tarikh dan biografi yang akan menerangkan kepada anda dan orang-orang seperti anda, serta dengan tarikh kewafatan mereka. Maka carilah dan lihatlah dengan pandangan ilmu dan pengetahun tidak dengan pandangan negatif dan ingkar, kerana sifat negatif dan ingkar itu bukanlah sifat seorang muslim, apa lagi sebagai seorang yang berilmu dan berdakwah. Sedangkan Allah telah menunjukkan kepada kita tentang dosa besar syaitan tatkala ia mengingkari kelebihan penciptaan Adam a.s. dan apa yang kami sebutkan kepada anda dalam pembahasan ini tentang kebenaran nasab Bani Alawi bukanlah kata-kata mereka tetapi kata-kata orang lain dari kalangan ulama di bidang hadis dan fikah seperti Imam As-Sakhawi, Ibnu Hajar Al-Haithami dan lain-lain dari kalangan imam-imam yang membawa petunjuk. Adapun apa yang terbukti kebenarannya dengan rajah nasab Bani Alawi maka ia meliputi kebenaran semua salasilah keluarga Nabi s.a.w. yang disebut dalam kitab-kitab nasab biografi, sirah dan tarikh".
Bukankah kata-kata anda; "MEREKA MENGATAKAN" iaitu adalah celaan terhadap nasab mereka? Sesungguhnya kata-kata seperti ini termasuk dalam kata-kata mungkar dan dusta yang dilarang oleh Allah dalam beberapa ayat dalam Al-Qur'an yang dianggapnya sebagai perbuatan dosa dan nista yang besar, ketika Allah berfirman:

إِذْتَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُوْلُوْنَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَالَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُوْ نَهُ هَيِّنًا وَّهُوَ عِنْدَاللهِ عَظِيْمٌ...النور: 15
"Ketika kamu menerima berita itu dengan lidahmu dan mengatakan dengan mulutmu perkara yang kamu tidak ketahui dan kamu menganggapnya perkara kecil saja, padahal ia di sisi Allah suatu perkara besar".(Q.S. An-Nur:15).
Bukankah kalimat yang anda ucapkan wahai Sheikh merupakan penghinaan yang menyiksa mereka? Semua orang tahu bahawa perbuatan mencerca nasab seseorang muslim itu adalah suatu penyiksaan yang teramat besar. Sabda Rasulullah s.a.w. kepada kita: "Barangsiapa mengganggu seorang muslim maka ia telah menggangguku dan barangsiapa menggangguku ia telah mengganggu Allah (H.R. Muslim) Lalu apa pendapat anda tentang orang yang mengganggu zuriat keluarga Rasulullah s.a.w. yang mana beberapa hadis menyebutkan tentang haramnya mengganggu mereka.
Wahai Sheikh, tiap-tiap perkataan seseorang akan dipertanggungjawabkan apa lagi dari seorang alim yang mana Allah memerintah kita supaya menjaga lidah kita dari percakapan yang tiada berguna apa lagi kata-kata keji, firman Allah mengenai tanggungjawab kata-kata:

مَايَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيْبٌ عَتِيْدٌ... ق: 18
"Tiada suatu perkataan yang diucapkan (manusia), melainkan di dekatnya ada pengawas yang siap sedia (mencatatnya)".
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Omar r.a.:

إِنَّ اللهَ لاَ يُعِذِّبُ بِدَمْعِ الْعَيْنِ وَلاَ بِحُزْنِ الْقَلْبِ وَلَكِنْ يُعَذِّبُ بِهَذَا...وَأَشَارِ إِلَى لِسَانِهِ أَوْيَرْحَمُ
"Sesungguhnya Allah tidak menyiksa hambanya kerana linangan air matanya dan tidak pula kerana duka di hati tetapi Allah menyiksa kerana ini..... beliau menunjuk kepada lidahnya". (Muttafaqun alaih).
Kemudian Muaz Bin Jabal meriwayatkan sebuah hadis yang panjang dari Rasulullah s.a.w. sabdanya:"Mahukah kamu aku beritahukan tentang penyebab semua kebinasaan?" Aku jawab: Tentu ya Rasulullah! Lalu beliau memegang lidahnya sambil berkata: "Jagalah olehmu ini". Aku bertanya: Ya Rasulullah, apakah percakapan kita akan diperhitungkan? Jawab beliau: "Celaka kamu kerana ibumu, bukankah manusia yang tersungkur dengan mukanya ke dalam api neraka hanya kerana hasil dari percakapannya?" Dikeluarkan oleh Tirmizi dan dikatakan bahawa hadis ini hasan sahih.
Kata-kata yang keluar dari mulut orang alim biasanya akan diterima dan ditelan oleh orang-orang jahil tanpa dikaji lagi sehingga dosanya akan ditanggung oleh si alim itu.
Sheikh: "Saya tidak menuduh nasab seseorang akan tetapi saya menerangkan suatu kenyataan yang konkrit".
Seggaf: "Bagaimana anda katakan demikian wahai Sheikh, bahawa anda tidak menuduh nasab seseorang padahal anda katakan dalam rencana anda yang sama "Sesungguhnya mereka mengaku bahawa mereka itu sebagai SADAH". "Bukankah itu merupakan suatu cercaan dan celaan terhadap nasab mereka? Padahal Rasulullah s.a.w. bersabda seperti diriwayattkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya:

إِثْنَتَانِ فِى النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ؛ الطَّعْنُ فِى النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ
"Dua perkara yang jika dilakukan oleh umatku menjadi kafir; menghina nasab dan meratapi orang mati", H.R. Muslim.
Maka menurut hadis ini kata-kata anda itu adalah suatu perlanggaran yang anda lakukan terhadap hak umat, termasuk di dalamnya para ulama, orang-orang saleh dan para da'i yang telah menerangi umat-umat dan bangsa-bangsa. Adapun yang anda tulis dalam beberapa lembaran surat khabar As-Sharqul Awsat hanya sebahagian dari mereka, seandainya anda mengetahui keluarga ini, kebaikan dan kedudukannya, kemudian anda akan temukan betapa ia sesuai dengan hadis Nabi s.a.w. yang dikeluarkan oleh Tabarani dalam kitab Al-Kabir dan selainnya di mana beliau mengatakan, sabda Rasulullah s.a.w.:

قَدِّمُوْا قُرَيْشًا وَلاَ تَتَقَدَّمُوْهَا، وَتَعَلَّمُوْا مِنْهَا وَلاَ تُعَلِّمُوْهَا. وَلَوْ لاَ أَنْ تَبْطَرَ قُرَيْشٌ َلأَخْبَرْ تُهَا بِمَالَهَا عِنْدَ اللهِ
"Utamakanlah orang-orang Quraish dan jangan kamu mendahului mereka, belajarlah kamu dari orang-orang Quraish dan jangan mengajari mereka, kalau tidak kerana aku khuatir kelak orang Quraish menjadi sombong, pasti telah kuberitahukan kedudukan mereka dan orang-orang yang baik di kalangan mereka di sisi Allah Ta'ala".
Kemudian anda mengatakan bahawa anda hanya menerangkan suatu kenyataan yang konkrit, bukti apakah yang anda terangkan wahai Sheikh? Dan apa dasarnya? Sedang Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah mengajar dan memberi petunjuk kepada kita dengan firman-Nya:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِىاللهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَّلاَ هُدًى وَلاَ كِتَابٍ مُّنِيْرٍ... الحج:8
"Dan di antara manusia ada yang membantah Allah tiada dengan pengetahuan, tiada pula pimpinan dan kitab yang memberikan penerangan".(Q.S. Al-Haj:8)
Dan firman-Nya:

تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُوْا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِيْنَ... البقرة:  111
"Itu hanya angan-angan kosong belaka, katakan dan kemukakan alasanmu, jika kamu memang benar!".
(Q.S. Al-Baqarah:111)
Dan anda tahu benar wahai Sheikh! Apa yang dimaksud dengan hakikat yang konkrit itu, bukanlah ia suatu perkara yang telah terbukti dengan dalil qat'i? Lalu bagaimana boleh anda katakan hakikat yang konkrit sedangkan anda tidak mengemukakan alasan bagi menguatkan kata-kata dan hakikat yang anda katakan itu? Kemudian dari mana datangnya hakikat yang konkrit itu? Takutlah kamu kepada Allah dengan menjaga kata-katamu wahai Sheikh Tantawi!
Saya ingin menerangkan kepada anda wahai Sheikh Ali dan kepada orang-orang yang mempersoalkan tentang keluarga ini yang bersambung nasab kepada keluarga Rasulullah s.a.w. bahawa sepanjang zaman terdapat di kalangan mereka para ulama, imam-imam, orang-orang saleh dan para da'i yang enggan dirinya keluar dari agama ini (dengan mendakwa nasab yang tidak benar), cukup menjadi kebanggaan mereka apa yang ada pada mereka dari ilmu dan kedudukan di mana Rasulullah s.a.w. mengancam orang-orang yang menasabkan dirinya kepada selain ayahnya dengan sabda baginda s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ali r.a. secara marfuk:

وَمَنِ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيْهِ أَوِانْتَمَى إِلَى غَيْرِ مِوَالِيْهِ فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللهِ وَالْمَلاَ ئِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ. لاَ يَقْبَلُ اللهُ مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَرْفًا وَلاَ عَدْلاً
"Barangsiapa mengaku nasab kepada selain ayahnya dan membangsakan dirinya kepada selain maulanya, maka baginya laknat dari Allah, malaikat dan sekalian manusia. Allah tidak menerima darinya sebarang pertukaran dan tidak pula gantian". (Muttafaqun alaih).
Dan sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Saad r.a. secara marfuk:

مَنِ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيْهِ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيْهِ فَالْجِنَّةُ عِلَيْهِ حَرَامٌ
"Barangsiapa mengaku keturunan selain ayahnya sedang ia mengetahui maka diharamkan padanya syurga".
(Muttafaqun alaih).
Setelah mengemukakan beberapa dalil yang tidak dapat dimungkiri melainkan oleh orang yang angkuh dan menentang Allah dan Rasul-Nya yang tiada mempunyai tujuan lain kecuali mencerca itrah (keturunan) Rasulullah s.a.w. yang mana beliau bersabda dalam hadis tentang hijrahnya puteri Abu Lahab, ketika orang mengatakan kepadanya: "Sesungguhnya hijrahmu tidak akan menguntungkanmu kerana kamu adalah puteri kayu api neraka". Apabila diberitahukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. maka sangat marah beliau kemudian naik ke atas mimbar dan berkata:

مَابَالُ أَقْوَامٍ يُؤْذُوْنِى فِى نَسَبِى وَذَوِى رَحِمِى! أَلاَ مَنْ أَذَى نَسَبِى وَذَوِى رَحِمِى فَقَدْ أَذَانِى وَمَنْ أَذَانِى فَقَدْ أَذَى اللهَ تَعَالَى
"Mengapa masih ada kelompok-kelompok yang menyakiti hatiku dengan mencerca nasabku dan keluargaku? Ketahuilah barangsiapa mencerca keturunan dan keluargaku maka ia telah mencerca aku dan siapa mencercaku maka ia telah mencerca Allah". (Dikeluarkan oleh Abil Asim, Tabarani dan Baihaqi dengan lafaz yang hampir sama).
Kami tidak dapat berbuat apa-apa kepada Sheikh ini dan orang-orang yang mengikuti jejaknya mencerca nasab-nasab keluarga Rasulullah s.a.w. selain mendoakan kepada Allah semoga Allah memberi hidayah dan siapa yang diberi hidayah oleh Allah tiada siapa yang boleh menyesatkannya dan siapa yang sesat maka tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

11) Tabaqah (peringkat) dari segi bahasa ialah: generasi demi generasi, atau kaum yang mempunyai persamaan dalam suatu zaman atau masa, keadaan, kedudukan, martabat dan darjat seperti peringkat ahli hadis, peringkat ahli fikah dan penyair, lihat Mu'jam Al-Wasit dan Lisan Al-Arab serta Muhit Al-Muhit.
12) Kabilah ialah suatu kumpulan dari manusia yang menghubungkan nasab kepada ayah atau datuknya, lihat Lisan Al-Arab, Mu'jam Al-Wasit dan Muhit Al-Muhit.
13) Lihat pembahasan ilmu Nasab dan kedudukannya dalam Syariah Islam dalam risalah ini.
14) Sesuatu yang diriwayatkan oleh satu kumpulan dari satu kumpulan yang mana tidak mungkin mereka bersepakat dalam kebohongan.
15) Ialah apa yang dikutip oleh orang yang adil dan kuat ingatan dari orang yang sama sepertinya.
16) Lihat kitab As-Syawahid Al-Jaliyyah karangan As-Sayyid Abdullah bin Hasan Bilfaqih (sudah tercetak), dan lihat pula kitab Qabail Al-Hijaz dalam bab ini dan selainnya dari kitab-kitab tertentu.
17) Lihat hadis-hadis berkenaan dalam pembahasan ini dan juga hadis-hadis berkenaan dalam risalah keutamaan Ahlul Bait dan hak-haknya tulisan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, yang diberi ta'liq (komentar) oleh Abu Turab Az-Zahiri
18) Firman Allah Ta'ala "Millata Abikum Ibrahim" surah Al-Haj:78 dan dalam hadis Nabi s.a.w. bersabda: "Aku adalah cucu Al-Awatik" diterangkan dalam kamus Al-Muhit dalam bab Kaf bahawa Awatik adalah salah seorang dari nenek Nabi s.a.w. (yang kesembilan).


PEMBAHASAN KEEMPAT

NASAB YANG TIDAK TERPUTUS DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT
Sebagaimana diketahui dengan dalil-dalil qat'i yang datang dari Rasulullah s.a.w. bahawa nasab keturunan Muhammad akan berterusan hingga hari kiamat dan seterusnya hingga mereka datang di telaga Rasulullah s.a.w. Adapun orang yang mengatakan bahawa nasab ini terputus, tidak akan bersambung atau tidak diketahui, mereka itu menentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang mengatakan kesinambungan nasab ini, bukti-bukti bersambungnya dan kemasyhurannya, kerana Al-Mahadi akan muncul dari nasab yang mulia ini dan di antara syarat-syarat beriman padanya ialah dengan mengenal nasabnya dengan pengetahuan yang jelas, terang dan tiada kesamaran. Di sini kami akan mengemukakan beberapa dalil sambil menerangkan segi pengambilan hukumnya, di antaranya:

FASAL PERTAMA:
1. Dari Zaid Bin Arqam r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

إِنِّى تَارِكٌ فِيْكُمُ الثَّقَلَيْنِ، مَاإِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدِيْ، أَحَدُهُمَا أَعْظَمُ مِنَ اْلأَخِرِ: كِتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ حَبْلٌ مَمْدُوْدٌ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى اْلأَرْدِ وَعِتْرَتِى أَهْلُ بَيْتِى، وَلَنْ يَتَفَرَّ قَا حَتَّى يَرْدَا عَلَى الْحَوْض، فَانْظُرُوْا كَيْفَ تَخْلِفُوْنِى فِيْهِمَا
"Sesungguhnya aku meninggalkan di tengah-tengah kamu dua perkara yang berat, selagi kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat sepeninggalan aku, yang satu lebih besar dair yang lain; Kitab Allah yang merupakan tali yang terhulur menjunam dari langit ke bumi dan itrahku (keturunan) dari Ahli Baitku, keduanya tidak akan berpisah sehingga datang padaku di Telaga Haudh, maka perhatikanlah bagaimana sikap kamu terhdap keduanya itu", diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi dan Ahmad.
2. Dari Jabir Bin Abdillah r.a. katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. sedang berkhutbah di atas untanya yang terpotong telinganya dan kudengar sabdanya: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan di tengah-tengah kamu dua perkara yang berat -- jika kamu mengambilnya maka kamu tidak akan sesat; Kitab Allah dan itrahku dari Ahli Baitku", diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad.
3. Al-Hafiz Ibnu Kathir memuat dalam tafsirnya sebuah hadis yang menurutnya sahih, bahawa Rasulullah s.a.w berkata dalam khutbahnya di Ghadir Khom:

إِنِّيْ مُخْلِفٌ فِيْكُمُ الثَّقَلَيْنِ:كِتَابَ اللهِ، وَعِتْرَتِيْ أَهْلِ بِيْتِيْ، أَلاَ وَأَنَّهُمَا لَنْ يَفْتَرِ قَاحَتَّى يَرِدَا عَلَي الْحَوْضْ
"Sesungguhnya aku meninggalkan di tengah-tengah kamu dua perkara yang berat (thaqalain); Kitab Allah dan itrahku dan bahawa keduanya tidak akan berpisah sehingga datang menjumpaiku di Telaga Haudh".
4. Dari Zaid Bin Arqam r.a. katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berdiri sedang menyampaikan khutbahnya di hadapan kami di suatu telaga air bernama Khom yang terletak antara Mekah dan Madinah. Setelah mengucapkan hamdalah dan memuji kepada Allah, memberi peringatan dan nasihat lalu bersabda baginda s.a.w.:

أَمَّا بَعْدُ أَلاَ أًيُّهَا النَّاسُ فَاءِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوْشِكُ أَنْ يَأْتِى رَسُوْلُ رَبِّىْ فَأُجِيْبُ وَأًنَا تَارِكٌ فِيْكُمْ ثَقَلَيْنِ : أَوَّلُهَا كِتَابُ اللهِ فِيْهِ الْهُدَي وَالنُّوْرُ فَخُذُوْا بِكِتَابِ اللهِ وَاسْتَمْسِكُوْا فَحَثَّ عَلَىكِتَابِ اللهِ وَرَغِبَ فِيْهِ. ثُمَّ قَالَ : وَأَهْلُ بَيْتِىْ أُذَكِّرُ كُمُ اللهَ فِى أَهْلِ بَيْتِىْ اُذَكِّرُ كُمُ اللهَ فِى أَهْلِ بَيْتِى أُذَكِّرُ كُمُ اللهَ فِى أَهْلِ بَيْتِى. فَقَ لَ لَهُ حُصَيْنٌ : وَمَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ يَا زَيْدُ؟ أَلَيْسَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ؟ قَالَ : نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ. وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ حُرِّمَ الصَّدَقَةُ بَعْدَهُ. قَالَ : وَمَنْ هُمْ؟ قَالَ : هُمْ آلُ عَلِيْ وَآلُ عَقِيْلٍ وَآلُ جَعْفَرٍ وَآلُ عَبَّاسِ. قَالَ : كُلُّ هَؤُلاَءِ حُرِّمَ الصَّدَقَةُ؟ قَالَ : نَعَمَ
"Amma ba'du, wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah seorang basyar (manusia) dan tidak lama lagi aku akan menyahut seruan tuhanku, maka aku tinggalkan di tengah-tengah kamu dua perkara yang berat (Thaqalain); pertama Kitab Allah Ta'ala yang di dalamnya mengandungi petunjuk dan cahaya, maka ambillah kitab Allah itu dan berpeganglah padanya", lalu baginda menganjurkan supaya memberi perhatian kepadanya dan menggemarkan orang kepadanya kemudian sabdanya:"Dan Ahli Baitku, aku peringatkan kamu terhadap Ahli Baitku". Lalu Husain bertanya: Siapakah Ahli Bait baginda wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri beliau adalah Ahli Baitnya? Zaid menjawab: Sesungguhnya isteri-isteri baginda bukanlah daripada Ahli Baitnya akan tetapi Ahli Bait baginda adalah orang-orang yang diharamkan pada mereka menerima sedekah selepas kewafatan baginda. Ia bertanya lagi: Siapakah mereka itu? Jawabnya: Mereka itu adalah keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Jaafar dan keluarga Al-Abbas r.a. Katanya: Apakah semua mereka itu diharamkan padanya sedekah? Jawabnya:Ya, diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Tirmizi dan Nasa'i.

HUKUM YANG DAPAT DIAMBIL DARI HADIS-HADIS DI ATAS:
1. Al-Qur'an-ul-Karim akan kekal dan akan kekal pula hukumnya serta bukti kebenarannya di atas permukaan bumi sehingga hari kiamat kemudian datang kepada Rasulullah di telaga haudhnya seperti disebutkan dalam tiga hadis pertama di atas.
2. Ahlul Bait adalah 'partner' Al-Qur'an yang sentiasa berdamping dengannya, tiada mungkin terpisah sehingga keduanya bertemu dengan Rasulullah di telaga haudhnya seperti diterang oleh hadis-hadis di atas.
3. Dari hadis ini dapat diketahui bahawa keturunan Ahlul Bait sentiasa dikenal dan dipercayai sebagaimana Al-Qur'an-ul-Karim dipercayai, kerana keduanya merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisahkan, seperti disifatkan oleh hadis-hadis sahih di atas.
4. Rasulullah s.a.w. menyebutkan dalam tiga hadis pertama di atas bahawa beliau meninggalkan di atas permukaan bumi ini dua perkara yang sentiasa bergandingan, siapa berpegang kepada keduanya tidak akan sesat iaitu; Kitab Allah dan itrahnya.

FASAL KEDUA:
1. Abu Daud mengatakan dalam Sunannya: Telah memberitahu saya Ahmad Bin Ibrahim, dari Abdullah Bin Jaafar Ar-Rugi, dari Abul Malij Al-Hasan Bin Omar dari Ziyad Bin Bayan dari Ali Bin Nufail dari Said Bin Al-Musayyib dari Ummu Salamah katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Al-Mahdi adalah dari keturunanku dan dari cucu Fatimah", dikeluarkan oleh Ibnu Majah dari Said Bin Al-Musayyib katanya: Kami pernah berada di rumah Ummu Salamah r.a. dan kami menyebut-nyebut Al-Mahdi, maka katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Al-Mahdi dari keturunan Fatimah", hadis ini disahihkan oleh As-Sayuti dalam kitab Al-Jami' As-Saghir.
2. Abu Daud juga meriwayatkan dalam Sunannya dari jalur Asim Bin Ibnun-Nujud dari Zar Bin Abdullah Bin Mas'ud r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Sekiranya tidak tinggal melainkan sehari umur dunia, nescaya Allah akan memanjangkan hari itu sehingga dibangkitkan padanya seorang dariku atau dari keluargaku yang namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku, ia akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan setelah dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan", hadis ini disahihkan oleh Ibnu Taimiyah dalam kitab Minhajus Sunnah an-Nabawiyah.
3. Berkata Abu Daud dalam Sunannya: Telah memberitahu aku Suhail Bin Tamam Bin Badi' dari Imaran Al-Qattan dari Abi Nadrah dari Abi Said Al-Khudri katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:"Al-Mahdi dari keturunanku, lebar dahinya dan mancung hidungnya, ia memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan setelah dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan dan akan berkuasa selama 7 tahun". Hadis disahihkan oleh Ibnu Qayyim dalam kitab Al-Manar dan As-Sayuti dalam kitabAl-Jami' As-Saghir.
Dari hadis-hadis mengenai Al-Mahdi di atas dapat diambil beberapa pengajaran:
1. Al-Mahdi dari keturunan Rasulullah s.a.w. dan keluarga Nabi s.a.w. adalah keturunan(19) wanita ahli syurga, Sayidah Fatimah Az-Zahra' iaitu dari keturunan Sayidina Al-Hasan atau Sayidina Al-Husain r.a.
2. Al-Mahdi akan datang pada akhir zaman dan bahawa beliau dari keturunan Ahlul Bait. Oleh kerana beliau dari keturunan Ahlul Bait maka nasabnya mesti dikenal dan disepakati oleh semua pihak, sehingga tidak terdapat keraguan pada nasabnya, kerana kami diperintah untuk mengimaninya dan mengikutinya sekalipun dengan merangkak di atas salji, seperti disebutkan dalam hadis-hadis sahih.
3. Al-Mahdi disebutkan dalam banyak hadis yang telah mencapai tingkat mutawatir(20) maka barangsiapa mengingkarinya atau mencaci nasabnya dan nasab keturunan Fatimah Az-Zahra' yang telah terbukti dengan dalil-dalil naqli dengan sanad-sanadnya yang sahih lagi mutawatir, maka ia telah mengingkari suatu dalil syar'i yang terbukti kebenarannya, sedangkan orang yang mengingkari hadis mutawatir jelas hukumnya di sisi para ulama syarak dan untuk lebih memperjelas kami sebutkan beberapa dalil dalam pembahasan-pembahasan risalah ini.

FASAL KETIGA:
Firman Allah Ta'ala dalam Al-Qur'an:

جَنَّاتُ عَدْنٍ يَّدْخُلُوْ نَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَآ ئِهِمْ وَاَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمِ...الرعد: 23
"Syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya dan juga orang yang baik-baik dari bapak-bapak mereka dan isteri-isteri (suami-suami) mereka dan turunan mereka"(21).
Maka dapat diambil pengajaran dari ayat suci ini, bahawa Allah s.w.t. menetapkan suatu hukum kepada keturunan-keturunan yang mana mereka akan menyertai datuk-datuk mereka, lalu bagaimana dapat dipastikan keturunan-keturunan itu tanpa ketetapan nasab, sedangkan zuriat (keturunan) sebagaimana kita ketahui adalah dari hasil keturunan seorang lelaki atau orang yang dinasabkan kepadanya hingga hari kiamat.

FASAL KEEMPAT:
1. Dari Abi Said Al-Khudri r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w berkhutbah di atas mimbar:

مَ بَالُ أَقْوَامٍ يَقُوْلُوْنَ: إِنَّ رَحْمَ رَسُوْلِ اللهِ لاَ تَنْفَعُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. بَلَى. إِنَّ رَحْمِيْ مَوْصُوْلَةٌ فِى الدُّنْيَا وَاْلأَخِرَةِ
"Mengapa masih ada sebilangan kaum yang mengatakan bahawa tali kekeluargaan Rasulullah s.a.w tidak menguntungkan kaumnya pada hari kiamat. Sungguh demi Allah bahawasanya tali kekeluargaan akan tetap tersambung di dunia mahupun di akhirat. Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku akan mendahului kamu sampai di Telaga Haudh"
diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim dalam sahihnya, dan Al-Baihaqi dan Tabarani dalam kitab Al-Kabir.
2. Al-Bazzar meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Telah meninggal dunia seorang puteri Safiah binti Abdul Muttalib r.a. kemudian beliau bercerita yang kesudahannya beliau katakan: Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri, setelah mengucapkan hamdalah dan memuji kepada Allah lalu bersabda:"Mengapa masih ada sebilangan kaum yang menuduh bahawa hubungan kerabatku tidak akan memberi manfaat, ketahuilah bahawa semua kemuliaan dan keturunan akan terputus pada hari kiamat kecuali kemuliaan dan keturunanku dan sesungguhnya tali kekeluargaanku akan tetap bersambung di dunia mahupun di akhirat", hadis ini disahihkan oleh Al-Hafiz As-Sakhawi dan Ibnu Hajar dan disebutkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dari tiga jalur.

PENGAJARAN
1. Dari dua hadis di atas nyatalah bahawa kemuliaan dan keturunan Rasulullah s.a.w. tidak akan terputus sama ada di dunia mahupun di akhirat.
2. Nabi s.a.w. membantah anggapan orang yang mengatakan bahawa tali kekeluargaannya tidak memberi manfaat, bahkan menguatkan manfaat tersebut dengan sumpah yang mana sabdanya: "Demi Allah sesungguhnya tali kekeluargaanku tetap bersambung di dunia dan di akhirat".
Maka jelas bahawa dari keterangan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. di atas bahawa itrah beliau adalah keterununan Saiyidina Al-Hasan dan Saiyidina Al-Husain r.a. dan bahawasanya keturunan ini akan kekal sebagaimana kekalnya Al-Qur'an sehingga kedua datang pada hari kiamat di Telaga Haudhnya. Sesungguhnya Al-Mahdi berasal dari keturunan suci ini yang sentiasa terbukti dengan jelas tanpa ada keraguan di dalamnya, laksana Al-Qur'an yang terang, jelas dan terbukti kebenarannya. Kemudian bahawasanya nasab Rasulullah s.a.w. tidak akan terputus di dunia mahupun di akhirat, siapa yang mengingkarinya maka ia telah mengingkari kewajipan beragama, menentang Allah dan mendustakan hadis-hadis sahih mutawatir yang datang dari Rasulullah s.a.w.

19) Al-Hafiz Ibnu Kathir menyebutkan dalam kitab Al-Malahim dan Al-Fitan ketika menyebutkan hadis bendera-bendera hitam dari Tirmizi kemudian ia katakan: Bendera-bendera ini bukanlah yang dibawa Abu Muslim Al-Khurasani kemudian dengan itu ia meruntuhkan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 132 H, tetapi ia bendera-bendera hitam yang akan dibawa serta oleh Al-Mahdi iaitu Muhammad bin Abdullah Al-Alawi Al-Fatimi Al-Hasani r.a.
20) Lihat kitab Ar-Rad Ala Man Kazzabal Ahadith As-Sahihah Al-Waridah Fil Mahdi dimana dikutip pendapat tentang mutawatirnya hadis-hadis Al-Mahdi, karangan As-Syeikh Abdul Muhsin bin Hamdul Ibad.
21) Surah Ar-Ra'd:23 dan dikutip oleh As-Syeikh Al-Mubarak dari Imam Syaukani.


PEMBAHASAN KELIMA

AALI BA'ALAWI ATAU BANI ALAWI
Ketika sedang berkecamuk fitnah di Basrah di mana bandar-bandar di Iraq menghadapi bahaya pembunuhan dan terorisme(22), Imam Ahmad Bin Isa meninggalkannya pada tahun 317 H bersama sebilangan besar dari keluarga dan pembantunya yang mencapai jumlahnya lebih kurang 70 orang. Perlu diketahui bahawa Imam Ahmad adalah ketua orang-orang Alawiyyin di Basrah. Beliau adalah putera Imam Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi dan beliau seorang alim, lalu Imam Ahmad menuju ke Madinah Al-Munawwarah dan tinggal di sana selama setahun, kemudian menunaikan haji pada tahun 318 H. Setelah selesai menunaikan hajinya beliau terus menuju ke Yaman, di antara tempat yang dilaluinya ialah Aljubail di suatu lembah Dau'an bersama dengan rombongannya dari Basrah, lalu berpindah ke bandar Alhajrain yang masyhur. Di sana beliau memiliki sebidang tanah dan pokok tamar, kemudian beliau berpindah ke bandar Al-Husaisah yang kini telah hilang/tertimbus yang dahulunya terletak di antara dua bandar Siwon dan Tarim, lalu meninggal dunia di sana pada tahun 345 H dan kuburnya yang terkenal terletak di tengah-tengah bukit di mana terlihat oleh pengunjungnya dari semua arah.
Ketika Imam Ahmad Bin Isa tiba bersama rombongannya di Hadramaut beliau tidak memiliki rumah-rumah, tanah atau ladang pertanian, tetapi orang-orang dari kalangan Ahli Sunnah dan Syiah datang mengadap pada beliau, sementara orang-orang Abadhiah dari kalangan Kindah dan Almaharah menentang kehadiran beliau di Hadramaut. Sebahagian para ahli sejarah menyebutkan tentang terjadinya pertempuran Bahran di antara orang-orang Abadhiah di satu pihak dan Ahlus Sunnah dan Syiah di pihak yang lain. Orang Abadhiah berusaha menyingkirkan Imam Al-Muhajir dari Hadramaut sementara orang-orang Syiah menghendaki beliau kekal di sana. Akhirnya kemenangan berada di pihak penyokong-penyokong Imam Al-Muhajir(23) dan tewaslah orang-orang Abadhiah dalam pertempuran ini. Kemudian tersebarlah keturunan Imam Ahmad di Hadramaut di mana orang yang pertama dari keturunannya dilahirkan di Hadramaut ialah Imam Alawi Bin Ubaidillah Bin Ahmad Bin Isa(24), dinamakan dengan nama ini kerana dinisbahkan kepada Imam Ali dan tidak seorang pun membantu atas pemberian nama ini, maka kepada Imam Alawi inilah kemudian dinasabkan SADAHdi Hadramaut, lalu mereka disebutkan Aali Ba'Alawi seperti cara orang-orang Hadramaut menasabkan kepada datuk-datuk mereka. Adapun dalam bahasa yang fasih Ba'Alawi ini terpisahlah antara keturunan Imam Ahmad Bin Isa yang tersebar di Hadramaut dan di tempat-tempat berhijrahnya orang-orang Hadramaut dengan nisbah yang am dipakai bagi keturunan Imam Ali Bin Abi Talib karramallahu wajhah. Orang-orang yang menyokongnya dipanggil Alawiyyin, sementara orang-orang yang menentangnya disebut Nawasib, seperti Othmaniyyin, Sufyaniyyin dan Huraiziyyin, mereka itu dinisbahkan kepada Saiyidina Othman r.a., Abu Sufyan Bin Harb dan Huraiz An-Nassibi yang masyhur.
Adapun keturunan Imam Alawi Bin Ubaidillah adalah orang-orang berilmu, berdakwah dan mempunyai istiqamah. Mereka menjadikan orang-orang yang tinggal di Hadramaut dan di tempat-tempat berhijrahnya sebagai orang-orang yang bermazhab Syafi'e dan dengan ilmu dan kebijaksanaan mereka, Hadramaut bertukar dari penganut mazhab Abadhi yang sudah menyimpang kepada Ahlus-Sunnah bermazhab Syafi'e. Kemudian mereka memperluas gerakannya ke dunia Islam yang lain, lalu bergeraklah mereka ke beberapa wilayah Asia Tenggara dan Afrika Timur sambil membawa cahaya Islam demi memenuhi perintah tuhannya kerana firman Allah Ta'ala:

أُدْعُ إِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْ عِظَةِ الْحَسَنَةِ... النحل:  125
"Ajaklah mereka kepada jalan Allah dengan bijaksana dan pengajaran yang baik".
Lihatlah kitab 'Islam di Timur Jauh', (tarikh masuknya penyebaran dan keadaannya) karangan Dr. Kaisar Adib Mokhol yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Dr. Nabil Subhi dan kitab'Pengantar Kepada Sejarah Islam di Timur Jauh', karangan Al-Allamah Alwi Bin Tahir Al-Haddad Ba'Alawi, kitab 'Sejarah Islam di Filipina' oleh Dr. Naqib Salibi, kitab 'Masuknya Islam Ke Afrika Timur'oleh Ustaz Hamid Ahmad Masyhur Al-Haddad dan 'Dunia Islam Masa Kini' oleh Amir Shakib Arslan.

KETUA NASAB LAIN YANG MASYHUR DARI BANI ALAWI
Di antara nasab yang masyhur di Hadramaut, Yaman, Al-Haramain As-Syarifain dan tempat-tempat berhijrahnya orang-orang Hadramaut, Mesir, Syria serta Moroko, iaitu yang berasal dari Al-Allamah Ad-Da'iyah Al-Muhaqqiq kepada orang salaf dahulu yang mempunyai nama, baik di timur, barat dan tanahair ialah Ahmad Bin Hassan Bin Abdullah Al-Attas. Beliau dilahirkan pada tahun 1257 H di Huraidhah, Hadramaut. Beliau memperoleh ilmu pengetahuan dari ulama terkemuka di sana sehingga beliau menguasai ilmu-ilmu bahasa dan syariah Islamiah. Setelah menghafal Al-Qur'an dan bacaan-bacaannya beliau pergi ke Al-Haramain As-Syarifain untuk menuntut ilmu di Mekah Al-Mukarramah, maka tersebarlah nama baiknya di sana dan beliau dikenal oleh ulama yang datang ke Mekah Al-Mukarramah kerana hubungan beliau yang erat dengan guru besar dan mufti Mekah, As-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, yang mana telah disediakan untuk beliau suatu tempat duduk yang tinggi di tengah-tengah suasana keilmuan dan beliau diizinkan mengajar di Al-Haram dimana beliau dikerumuni oleh para ulama Mekah, Madinah, Mesir, Syria dan Moroko kerana luasnya ilmu beliau, cerdas otaknya, baik pemikirannya dan meresap kata-katanya sehingga banyak di antara ulama Al-haramain As-syarifain, Mesir, Syria dan Moroko memuji beliau. Tambahan lagi beliau berasal dari Hadramaut, lalu mereka menterjemahkan kitab-kitab beliau(25). Kemudian beliau kembali ke Hadramaut di mana beliau mendapat suatu manfaat yang besar kerana dapat menyebarkan ilmu dan dakwah serta melakukan kebaikan. Beliau juga banyak mempunyai jasa dan semua orang mengenal nisbah beliau kepada keturunan Rasulullah (Itrah Muhammadiyah) tiada seorang pun yang mengingkarinya dan dengan itu beliau dikenal dalam beberapa perjalanannya terutama di Mesir ketika datang menziarahinya pada tahun 1308 H. Kemudian setelah menempuh kehidupan yang penuh dengan erti kebaikan beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1334 H setelah mencapai usia 77 tahun.

22) Fitnah Az-Zinj Wa Fitnah Al-Qaramitah.
23) Lihat kitab Imam Muhajir karangan Ustaz Muhammad Zia' Syahab dan Abdullah bin Nuh cetakan Dar Al-Syuruq.
24) Kepada beliau dinasabkan As-Sadah Al Ba Alawi di Hadramaut.
25) Lihat kitab-kitab berikut: Tanwir Al-Iglas, karangan As-Syeikh Muhammad Ba-Fadhl; Uqud Al-Almas, karangan Al-Allamah Alwi bin Tahir Al-Haddad; Siyar Wa Tarajim Ba'dhu Ulama'ina Fil Qamir Rabi' Asyar, karangan Al-Ustaz Omar Abdul Jabbar; Kalam Al-Habib Ahmad bin Hasan Al-Attas, Fi Man Talaqqa Anhu Min Ulama' Al-Jihat; Mu'jam Al-Mualiffin, karangan Omar Ridha Kahhalah; Al-A'lam, karangan Az-Zarkali.


PEMBAHASAN KEENAM

PERNYATAAN PARA AHLI SEJARAH, NASAB DAN BIOGRAFI TENTANG KETURUNAN AL-MUHAJIR AHMAD BIN ISA
Sadah Bani Alawi di Hadramaut atau di tempat-tempat mereka berhijrah tidak asing lagi, bahkan keluarga ini yang paling masyhur dan dikenal disemua tempat oleh segenap lapisan masyarakat baik yang khawas atau awam pada seluruh zaman. Mereka tidak mengadaptasi nasabnya seperti dugaan sebahagian orang, tetapi nama baik mereka terkenal dan tersebar luas, sehingga banyak pengikut-pengikut mereka di Hadramaut dari kalangan kabilah-kabilah, terutama dari kalangan ulama Masyaikh dari keluarga Abi Fadhl, keluarga Al-Amudi dan selainnya, yang mana tidak seorang pun dari mereka berani mendustakan nasab ini. Adapun terjadinya permusuhan oleh sebahagian penduduk Hadramaut kepada Bani Alawi adalah kerana mereka khuatir terhadap kedudukan mereka dan takut diambil alih oleh Sadah yang mulia yang datang dari luar Hadramaut, yang mana mempunyai kelebihan-kelebihan yang melayakkan mereka bagi menduduki tempat-tempat itu kerana mereka memiliki sifat-sifat seperti ilmu, kemuliaan dan budi pekerti yang luhur. Dengan kelebihan yang ada itu maka lahirlah(26) dari keluarga ini sejumlah besar dari tokoh-tokoh yang namanya terkenal di barat mahupun di timur dan berdatangan kepada mereka orang-orang dari berbagai penjuru bumi(27) untuk menimba ilmu pengetahuan daripada mereka sebagaimana mereka juga tampil di luar Hadramaut terutama di Al-Haramain As-Syarifain(28), yang akan diterangkan kepada anda dalam ruang pembahasan ini tentang orang-orang yang menulis biografi mereka dan menyebutkan ketua-ketua nasabnya selain daripada ulama Hadramaut kerana masyhurnya nasab mereka di kalangan para ahli sejarah, ahli nasab dan ahli biografi di dunia Islam yang telah disusun menurut tarikh wafatnya. Dalam pembahasan ini terdapat 14 bahagian, setelah menyebutkan susur-galur nasab yang diterangkan oleh penyusun ini kami ingin memberi keterangan tentang kedudukan orang alim ini dan sedikit daripada peninggalan-peninggalannya.
1. Abul Faraj As-Asfahan(29), wafat pada tahun 356 H.
Sasterawan dan ahli sejarah, Abul Faraj Al-Asfahani menyebutkan dalam kitabnya, Maqatil At-Talibin, sebuah kitab yang menerangkan tentang susur-galur nasab dari mereka yang terbunuh dari keturunan Abu Talib, bermula dari Imam Ali Bin Abi Talib k.w. hingga orang-orang yang terbunuh dalam masa kekuasaan Al-Muqtadir Al-Abbasi yang wafat pada tahun 320 H dan kitab itu dicetak oleh Darul Ma'rifah di Beirut.
Beliau juga menyebutkan pada muka surat 718 tentang pembunuhan Muhammad Bin Yahaya Bin Muhammad Bin Ali Bin Jaafar Bin Muhammad Bin Ali Bin Al-Husain Bin Ali Bin Abi Talib r.a. Yahaya tersebut adalah saudara Isa An-Naqib yang digelar dengan Ar-Rumi, dan di antara anak-anak Isa adalah Ahmad iaitu datuk kepada Sadah keluarga Ba'Alawi di Hadramaut. Abul Faraj Al-Asfahani sebagaimana maklum adalah seorang dari keturunan Bani Umayyah yang hidup satu zaman dengan Imam Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin Ali Ja'afar As-Sadiq.
2. Sheikh As-Syaraf Al-Ubaidili(30), wafat pada tahun 356 H.
Sheikh As-Syaraf Abul Hasan Al-Ubaidili menyebutkan dalam kitabnya 'Tahdzibul Ansab' ketika ia menerangkan keturunan Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi dengan katanya, "Di antara anak Ahmad Bin Isa Al-Akbar adalah Abu Ja'far Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi". Kemudian ia mengatakan, "Saya telah melihat beliau di Baghdad yang kemudian beliau kehilangan penglihatannya dalam usia yang lanjut (yakni Abu Ja'far Muhammad Bin Ali)".
Adapun Muhammad Bin Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi adalah saudara Ubaidillah, iaitu datuk kepada Sadah keluarga Abi Alawi.
3. Abul Hasan Al-Umri(31), wafat pada tahun 443 H.
Abul Hasan Al-Umri menyebutkan dalam kitabnya 'Al-Majdi Al-Makhtut' ketika menerangkan keturunan Ali Al-Uraidhi, katanya "Adapun Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi adalah seorang pemimpin ternama mempunyai gelaran Ar-Rumi dan beliau dilahirkan dari seorang hamba perempuan (Ummu Walad)".
Adapun Isa mempunyai beberapa orang anak yang dari mereka menghasilkan keturunan yang banyak, yang mana di antara keturunannya ialah datu Sadah keluarga Bani Alawi -- Alawi Bin Ubaidillah Bin Ahmad Bin Isa.
4. Abu Abdillah Bahauddin Muhammad Bin Yusuf Bin Ya'kub Al-Jundi(32), wafat pada tahun 732 H.
Al-Allamah Alwi Bin Tahir Al-Haddad menyatakan dalam kitabnya 'Uqudul Almas' juz 2 muka surat 58, bahawa Al-Jundi memberikan keterangan dalam kitabnya 'As-Suluk Fi Tabaqatil Ulama Wal Muluk'tentang riwayat hidup 11 orang dari keturunan Bani Alawi. Saya telah berusaha mencari buku itu untuk menyalin biografi seorang atau lebih dari orang-orang yang telah tertulis biografinya dalam kitab tersebut, akan tetapi tidak banyak diperolehi memandangkan ia ditulis dengan tulisan tangan, lalu saya dapatkan juz pertama yang telah dicetak dan ditahqiq oleh Muhammad Bin Hasan Al-Akwak, sedangkan yang lain belum dicetak pada masa itu. Saya berjanji jika ia sudah dicetak akan saya tambahkan salasilah nasab orang-orang yang ditulis biografinya dalam cetakan yang akan datang, Insya Allah Ta'ala.
5. Ibnu Anbah(33), wafat pada tahun 828 H.
Sila lihat apa yang telah ditulis oleh Ibnu Anbah dalam umdah besar dan kecil juga dalam salasilah di mana ia menyebutkan nasab keluarga Ali Al-Uraidhi seraya katanya, "Adapun susunan nasab keturunan Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi ialah Ahmad Al-Abh Bin Muhammad Al-Hasan Ad-Dallal Bin Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Isa Al-Akbar Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi Bin Ja'far As-Sadiq.
Ahmad Bin Isa adalah datuk Alwi Bin Ubaidillah yang kemudian menjadi asal usul Sadah Bani Alawi di Hadramaut, Jawa dan di tempat-tempat di mana keturunan mereka tersebar luas.
6. Abul Fudhail Al-Kazim(34), wafat pada penghujung abad ke-9 H.
Abul Fudhail Muhammad Al-Kazim Bin Abil Futuh menyebutkan dalam kitabnya 'An-Nafhatul Ambariyyah Fi Ansabi Khairil Bariyyah' yang ditulis dalam khazanah Sheikh Abdullah Az-Zanjani di Qum, Iran, beliau menyatakan tentang keturunan Ja'far As-Sadiq katanya, "Anak-anak Ali Bin Ja'far As-Sadiq ialah Abdullah, Abdul Jabbar dan Muhammad yang daripadanya mendapat keturunan". Kemudian beliau berhijrah ke Ras dengan ditemani oleh Tarjumanuddin Al-Qasim Bin Ibrahim Taba-taba, maka lahirlah di sana Isa dan di antara orang yang dilahirkan di sana ialah As-Sayyid Ahmad yang berpindah ke Hadramaut, maka di antara orang yang dilahirkan di sana ialah As-Sayyid Abil Jadid yang datang ke Aden pada zaman Almas'ud Bin Taghtakin Bin Ayyub Bin Syadi pada tahun 611 H. Kerana sesuatu hal maka Almas'ud murka kepada beliau lalu beliau ditangkapnya dan dibuang ke India. Kemudian setelah Almas'ud mati, beliau kembali ke Hadramaut".
Dari teks An-Nafhatul Ambariyyah diperolehi penjelasan bahawa keturunan Ahmad Bin Isa Bin Ali Al-Uraidhi di Hadramaut adalah dari keturunan Imam yang terkenal Ali Bin Muhammad Bin Jadid Bin Abdullah Bin Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin Ali Bin Ja'far As-Sadiq.
7. An-Najafi(35), wafat pada abad ke-9 H.
Lihatlah pada kitab 'Bahrul Ansab' yang diberi nama 'Al-Musyajjarul Kasysyaf Li Usulis Sadatil Asyraf'karangan seorang pakar nasab Imam An-Najafi, di mana beliau menyebutkan pada muka surat 52 -- setelah ditambah oleh Azzabidi dan Rifa'i -- mengenai nasab As-Sayyid Abu Bakar Bin Hasan Bin Abi Bakar Bin Salim Bin Abdullah Bin Abdurrahman Bin Abdullah Bin Abdurrahman As-Seggaf Bin Muhammad Bin Ali Bin Alwi Bin Muhammad Bin Alwi Bin Ubaidillah Bin Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi Bin Ja'far As-Sadiq hingga ke akhir nasab.
Kitab Bahrul Ansab adalah kitab yang paling berharga di antara kitab-kitab nasab yang lain dan bertambah mutunya bila ia ditahqiq oleh As-Sayyid Muhammad Murtadha Azzabidi Al-Husaini yang wafat pada tahun 1205 H dan mempunyai beberapa karangan. Antara yang terpenting ialah Tajul 'Arus Bi Syarhil Qamus, yang mana setiap naskhah yang dicetak dari Bahrul Ansab mengandungi cop beliau. Kemudian diperkuat oleh As-Sayyid Husain Bin Muhammad Ar-Rifa'i Al-Hanafi, seorang ulama besar Azhar Syarif. Maka salasilah itu mengandungi seratus lebih salasilah dan kitab-kitab induk tarikh yang ditambah pada penghabisannya salasilah keluarga Bani Alawi.
8. As-Sayyid Muhammad Sirajuddin(36), wafat pada tahun 885 H.
As-Sayyid Muhammad Sirajuddin Bin As-Sayyid Abdullah Al-Qasim Bin As-Sayyid Muhammad Al-Huzam Ar-Rifa'i menyebutkan dalam kitabnya 'Sihahul Akhbar Fi Nasabis Sadah Al-Fatimiyyah Al-Akhyar' dicetak oleh percetakan Nukhbatul Akhyar di India tahun 1306 H yang mana beliau menyebutkan dalam muka surat 53 tentang anak-anak Isa Bin Muhammad Al-Uraidhi katanya, "Dan di antara anak-anaknya ialah Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi, di Yaman".
Teks ucapan ini sesuai dengan pendapat para penulis kitab-kitab sirah, nasab dan tarikh yang menyebutkan bab ini.
9. Imam As-Sakhawi(37), wafat pada tahun 902 H.
As-Sakhawi menyebutkan dalam beberapa karangannya mengenai biografi Sadah Al-Alawi, di antaranya dalam kitab Bughyatul Rawi Biman Akhadza Anis Sakhawi dan kitab Ad-Dhaw'ul Lamik. Sebagai misal, kami kemukakan di sini salasilah seorang dari keluarga Bani Alawi yang telah ditulis biografinya dalam kitab Ad-Dhaw'ul Lamik juz 5 muka surat 59 yang mana beliau mengatakan pada biografi No. 220: Abdullah Bin Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Bin Ali Bin Alwi Bin Muhammad Bin Alwi Bin Muhammad Bin Ali Bin Ja'far As-Sadiq Bin Muhammad Al-Baqir Bin Zainal Abidin Ali Bin Al-Husain Bin Ali Bin Abi Talib, Al-Husaini Al-Hadrami wafat di Mekah dan dikubur di sana. Beliau digelar dengan As-Syarif Ba'Alawi, mempunyai banyak sifat-sifat kemuliaan seperti ilmu, kebaikan dan istiqamah hingga mendapat kepercayaan dari penduduk Mekah dan perjalanan beliau dari Hadramaut ke Al-Haramain selalu disebut-sebut oleh mereka, manakala tarikh wafat beliau iaitu pada tahun 886 di Mekah. Maka jelaslah dari kata-kata Imam As-Sakhawi dalam kitabnya yang menyebutkan susunan nasab Bani Alawi dengan teratur bahawa nasab ini tidak dapat dipertikaikan lagi, bahkan ia termasuk dari nasab-nasab yang diterima sebagai pokok pangkal keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Adapun mengenai kedudukan ilmu dan penelitian As-Sakhawi yang enggan mengambil kecuali riwayat yang telah terbukti kebenarannya, tidak asing lagi bagi mereka yang berpengetahuan sekalipun sedikit.
10. Abdullah Al-Jurjani(38), wafat pada tahun 974 H.
As-Sayed Jamaluddin Abdullah Al-Jurjani Bin Abil Barakat, ketua Jurjan menyatakan dalamMusyajjarah Al-Kasysyaf ketika menyebutkan tentang Abul Qasim Al-Abh katanya: Abul Qasim Al-Abh dikenal dengan sebutan Naffat (penjual minyak) kerana beliau berniaga minyak. Beliau mempunyai anak di Baghdad, iaitu Ibnu Abil Hasan Ad-Dallal putera Muhammad Bin Alil Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi.
Adapun Muhammad Bin Ahmad adalah saudara Ubaidillah Bin Ahmad iaitu datuk Sadah keluarga Ba'Alawi yang tinggal di Hadaramaut seperti yang anda lihat pada salasilah nasab dalam pembahasan ini.
11. Ibnu Hajar Al-Haithami(39), wafat pada tahun 974 H.
Al-Muhaddith Al-Hafiz Al-Faqih Ibnu Hajar Al-Haithami menyatakan dalam Mu'jam beliau, katanya, "Dan saya mempunyai tariqat yang tinggi kedudukannya, kerana masyaikh (guru-gurunya) dari awal hingga akhir berasal dari keturunan Ahlil Bait masing-masing meriwayatkan dari ayahnya". Lalu berkata lagi bahawa ia berasal dari Al-Qutub Abu Bakar Bin Ahmad As-Seggaf Bin Muhammad Bin Alwi Bin Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Bin Ali Bin Alwi Bin Muhammad Bin Alwi Bin Ubaidillah Bin Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi hingga berakhir pada Rasulullah s.a.w.
12. Ibnu Syaqdam(40), wafat pada akhir abad ke-11.
Seorang pakar nasab, Dhaamin Bin Syaqdam menyebutkan dalam kitabnya Tuhfatul Azhar dan Zalalul Anhar tentang keturunan Jamaluddin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi katanya, "Jamaluddin Muhammad meninggalkan 2 orang anak; Hasan dan Syamsuddin Isa Ar-Rumi, dan dari keduanya mendapat 2 orang cucu.
Cucu kedua, iaitu putera Syamsuddin Isa Ar-Rumi Bin Jamaluddin Muhammad, anak digelar Ar-Rumi. Adapun Syamsuddin Isa meninggalkan 5 orang anak; Ishak Al-Ahnaf, Abu Turab Ali, Nizamuddin Ahmad Al-Abh, Abu Ahmad Muhammad dan Abul Husain Muhyiddin Al-Muhaddith.
Kemudian beliau menyebutkan beberapa rantaian nasab yang mana mata rantai ketiga disebutkan anak cucu Nizamuddin Ahmad, katanya; "Anak cucu Nizamuddin Ahmad Al-Abh Bin Syamsuddin Isa Ar-Rumi yang dikenal keturunannya dengan Bani Abh, beliau meninggalkan 3 orang anak, Abdullah, Muhammad dan Abul Hasan Ali Zainal Abidin".
Lalu disebutkan 3 jalur, pada jalur pertama disebutkan anak cucu Abdullah Bin Ahmad Bin Isa, dengan katanya; "Abdullah meninggalkan Alwi dan Basri".
Dan 2 ranting; ranting pertama menyebutkan anak Alwi, katanya; "Alwi meninggalkan Muhammad".
Adapun Muhammad adalah datuk Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad Bin Ali, yang mempunyai gelaran Al-Ustaz Al-A'zam dan Al-Faqih Al-Muqaddam, kerana beliau melebihi seluruh ulama Hadramaut pada zamannya, kemudian beliau wafat di Tarim pada tahun 653 H. Maka kepada beliau dinasabkan kebanyakan Sadah Bani Alawi.
13. Al-Muhibbi(41), wafat pada tahun 1111 H.
Al-Muhibbi telah menulis biografi puluhan Sadah Bani Alawi dalam kitabnya Khulasatul Athar yang dicetak oleh Dar Sadir di Beirut. Dalam konteks ini cukup saya membawakan salasilah nasab seorang saja dari mereka yang tertulis biografinya dalam kitab tersebut yang dapat dijadikan coontoh bagi peribadi-peribadi yang lain, iaitu biografi As-Sayed Abu Bakar Bin Said Bin Abu Bakar Bin Abdul Rahman (Al-Jufri) Bin Al-Faqih Al-Muqaddam Abdullah Bin Alwi Bin Abu Bakar Bin Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Al-Ustaz Al-A'zam hingga ke akhir nasab.
Adapun kitab Khulasatul Athar hanya menyebut tokoh-tokoh abad ke-11 sahaja, kerana itu kami bawakan teks kitab itu untuk membuktikan kebenaran dan kemasyhuran nasab ini di seluruh penjuru bumi dan pada seluruh penulis dan penyusun dari kalangan orang-orang Hadramaut, Syria dan Mesir.
As-Sayed Abu Bakar Al-Jufri, dilahirkan di Qasam, Hadramaut, lalu berpindah ke Tarim untuk menuntut ilmu, kemudian ke Aynat, Sheher, Aden, Waht, Al-Haramain As-Syarifain dan akhirnya ke India. Beliau telah mengambil ilmu dari ulama-ulama terkenal negeri-negeri tersebut sehingga Al-Muhibbi memberikan sifat-sifat yang banyak kepada beliau. Kerana itu setiap orang yang menulis biografinya yang dikenal dengan nisbah kepada keturunan Rasulullah s.a.w. oleh para ulama (yang dijumpainya di beberapa buah negara dan para pendatang ke Al-Haramain As-Syarifain) tidak ada seorang pun yang mengingkari nasab beliau. Beliau meninggal di Tarim pada tahun 1088 H.
14. Abu Muhammad Syamsuddin Bin Muhammad Al-Atqa.(42)
Seorang pakar nasab dan naqib, penjaga keturunan Ahli Bait, As-Sayed Abu Muhammad Syamsuddin Bin Muhammad Al-Atqa menyebutkan dalam kitabnya Nihayatul Ikhtisar (tulisan tangan), mengenai anak-anak Isa Al-Akbar, katanya; "Di antara anak Ahmad Bin Isa Al-Akbar ialah Abu Ja'far Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Isa Al-Akbar yang tinggal di Baghdad, yang kemudian hilang penglihatannya di masa tuanya dan tinggal bersama saudara-saudaranya di gunung".

26) Lihat Kasyfuzzunun Wal A'lam, karangan Az-Zarkali dan Mu'jam Al-Muallifin, karangan Kahhalah, dan Al-Jami' karangan Ba-Matraf di mana ia menyebutkan puluhan dari Bani Alawi yang terkenal dengan ilmu dan karangannya.
27) Lihat Abdul Rahman bin Abdullah bin As'ad Al-Yafi'e Ibnul Muhaddith dan Muarrikkh yang menyifatkan mereka dengan kata-katanya: "Aku telah melintasi lembah Hadramaut untuk mengucap salam maka aku temui padanya segala kegembiraan, senyuman dan kesenangan". "Dan aku dapati padanya orang-orang besar dan mulia yang tidak mudah dijumpai di Timur mahupun di Barat". Dua bait syair ini telah digubah oleh Abdul Rahman kerana menyifatkan tokoh-tokoh Hadramaut pada abad kelapan ketika ia dihantar oleh ayahnya dari Mekah Al-Mukarramah ke Hadramaut untuk meninjau keadaan dan orang-orang yang tinggal di Hadramaut pada masa itu, iaitu mereka dari kalangan Bani Alawi dan dari orang yang paling masyhur dari kalangan Bani Alawi dan dari orang yang paling masyhur Imam Abdul Rahman Asseggaf.
28) Lihat kitab Daulah Al-Muwahhidin Al-Islamiyah, karangan Husein Al-Amin dari ms. 103 hingga 143.
29) Abul Faraj Al-Asfahani, Ali bin Al-Husein bin Muhammad yang bersambung nasabnya kepada Abul Aas Umayyah bin Abdi Syams bin Abdi Manaf, dilahirkan pada tahun 284 H di Asfahan dan dibesarkan di Baghdad lalu mendapat ilmu dari orang-orang alim di sana. Beliau seorang sasterawan, sejarawan, ahli nasab, ahli syair dan penulis mempunyai karangan lebih dari 30 kitab, yang paling masyhur di antaranya: Al-Aghani Al-Kabir, Maqatil Al-Talibin dan Ayyam Al-Arab.
30) Syeikh As-Syaraf Abul Hassan Al-Ubaidili, Abul Hasan Muhammad bin Abi Jaafar Muhammad bin Ali bin Al-Hasan bin Ali bin Ibrahim bin Ali As-Saleh bin Ubaidillah Al-A'raj bin Al-Husein Al-Asfar bin Imam Zainal Abidin, wafat pada tahun 435 H. Beliau hidup sezaman dengan Imam Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad bin Isa memiliki beberapa karangan diantaranya: Tahzib Al-Ansab Wal Iqtisad Libani Fatimah Al-Abrar. Beliau juga menjadi rujukan ilmu nasab pada zamannya dan di antara orang yang meriwayatkan daripadanya ialah pakar-pakar nasab, Abul Hasan Al-Omari dan dua orang Sayyid Al-Radhi dan Al-Murtadha.
31) Abul Hasan Ali bin Muhammad bin Ali Al-Umri, pengarang kitab Al-Majdi Al-Makhtut, wafat pada tahun 443 H. Beliau adalah seorang ulama ahli nasab hidup sezaman dengan dua orang Sayyid yang mulia Al-Radhi dan Al-Murtadha, serta Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad bin Isa datuk kepada Sadah Al Ba Alawi. Kepada beliau dirujuk ilmu nasab dizamannya seperti dinyatakan oleh Ibnu Uyainah.
32) Al-Jundi, Abu Abdullah Bahauddin Muhammad bin Yusuf Ya'kub Al-Jundi As-Saksaki Al-Kindi. Al-Jundi adalah nisbah kepada sebuah bandar Al-Jund bukan kepada suku yang masyhur dalam kitab-kitab nasab, dilahirkan di bandar Zubaid di Yaman namun beliau tidak diketahui tarikh lahirnya. Beliau adalah seorang Allamah dan kadi, mendapat didikan dari ayahnya dan dari orang-orang terkenal pada zamannya dari kalangan ulama Yaman dan beliau juga mempunya ramai murid. Pekerjaannya ialah sebagai guru, penyelia dan kadi. Beliau meninggal dunia di bandar Al-Jund tahun 732 H. Semoga dirahmati Allah. Adapun kitab beliau As-Suluk tersusun dalam beberapa peringkat, terdiri dari 3 jilid dan dihimpun berdasarkan pada 4 negeri; Tihamah, Al-Jund, Sanaa' dan kemudian Hadramaut, yang mana beliau memulainya dengan sirah Rasulullah s.a.w., para kadi, sasterawan, kemudian raja-raja dan menteri-menteri. Ia merupakan kitab tarikh Yamani yang paling penting.
33) Ibnu Anbah, ialah Ahmad bin Ali yang dikenal dengan Ibnu Anbah. Beliau seorang ahli nasab, di antara karangan-karangan beliau: Bahrul Ansab Wa Umdah At-Tulib Fi Nasab Ali Abi Talib, dan Al-Umdah Al-Kubra Fil Ansab (tulisan tangan).
34) Abul Fudhail, ialah Muhammad Al-Kazim bin Abul Futuh Al-Ausat bin Abil Yaman. Beliau adalah pengarang kitab An-Nafhah Al-Anbariyah dimana beliau menyebutkan nasabnya secara sempurna pada pendahuluan kitabnya (sila lihat). Beliau dilahirkan di Dili (dikenali dengan Delhi sekarang) di suatu perkampungan di India setelah tiba datuknya Tajul Millah pada tahun 690 H. Apabila sudah remaja, beliau belayar ke beberapa negeri sehingga sampai di Yaman lalu beliau menulis banyak nasab dalam kitab An-Nafhah Al-Anbariyah kemudian berpindah ke Ghutah Damascus di Syria tahun 879 H. Tarikh wafat beliau tidak diketahui secara pasti, tetapi diperkirakan tarikh wafatnya pada akhir abad kesembilan Hijrah.
35) An-Najafi ialah As-Syeikh Imam Al-Jad Al-Bahr Al-Himam As-Sayyid Muhammad bin Ahmad bin Amiduddin Ali-Husaini An-Najafi, seorang pakar nasab yang hidup pada abad kesembilan sekalipun tidak diketahui secara pasti tarikh wafatnya. Namun beliau adalah seorang tokoh pada abad kesembilan. Kitabnya Bahrul Ansab dicetak di Cairo tahun 1356 H.
36) As-Sayyid Muhammad Sirajuddin bin As-Sayyid Abdullah Al-Qasim bin As-Sayyid Ahmad Al-Hizam Ar-Rifa'i seorang alim, ahli hadis dan nasab seperti diterangkan dalam biografinya bahawa beliau dilahirkan pada tahun 793 H di Wasit, Iraq. Beliau mendapat gelar Syeikhul Islam pada zamannya kerana ilmu, amal, penghayatan, kebolehan, kepimpinan dan khidmatnya kepada ulalma sehingga banyak orang-orang saleh meriwayatkan daripada beliau. Beliau mempunyai beberapa karangan di antaranya: Al-Bayan Fi Tafsir Al-Qur'an, Silahul Mukmin dalam hadis dan An-Nuskhatul Kubra Fi Ma Khada Bihi Ahlu Ilmil Harf. Di akhir hayatnya beliau tinggal di Baghdad dan wafat di sana tahun 885 H. Semoga diredhai Allah dan meredhakannya. Selebihnya sila lihat biografi Al-Fatimiyah Al-Akhyar.
37) Imam As-Sakhawi, beliau adalah Imam Al-Hafiz, ahli hadis, fikah dan sejarah. Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad bin As-Sakhawi, dilahirkan pada tahun 831 H di Cairo dan wafat di Madinah Al-Munawwarah tahun 902 H. Beliau mempunyai banyak karangan dalam berbagai ilmu dan yang paling banyak dalam hadis dan tarikh di antaranya: Al-Manhal Al-Azb Ar-Rawi Fi Tarjamah An-Nawawi, Al-Jawahir Wa Ad-Durar Fi Tarjamah Syeikhul Islam Ibnu Hajar, At-Tarikh Al-Muhit, Talkhis Tarikh Al-Yaman Al-Fawaid Al-Jaliyyah Fil Asma' An-Nabawiyah, Ad-Daw'u Al-Lamik Li Ahlil Qarni At-Tasik dan Al-Maasid Al-Hasanah Fi Bayani Kathirin Minal Ahadith Al-Musytaharah Alal Alsinah.
38) Al-Jurjani ialah As-Sayyid Jamaluddin Abdullah Al-Jurjani Ibnu Abil Barakat, Naqib Jurjan putera seorang penasihat dan pakar nasab di Jurjan, Zahiruddin. Beliau hidup sezaman dengan As-Sayyid Al-Umaidi dan mengarang Musyajjar Al-Kassyaf tahun 974 H. Beliau meriwayatkan dari Al-Umdah karangan Ibnu Anbah, Sabku Az-Zahab Fi Sabki An-Nasab karangan Al-Hilli, Al-Asil karangan Abil Mustafa dan Al-Musyajjar karangan Abdul Majid dan lain-lain. Di antara karangan-karangannya; Syarah Ala Tahzib Al-Usul yang telah diselesaikan pada pertengahan Rabiul Akhir tahun 929 H.
39) Imam Al-Muhaddith (ahli hadis) Al-Faqih (ahli fikah) mempunyai banyak karangan, iaitu Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajjar Al-Haithami, dilahirkan pada tahun 909 H dan wafat di Mekah Al-Mukarramah tahun 974 H. Di antara karangan-karangannya; Syarah Al-Minhaj Lin Nawawi, Al-Fatawa Al-Hadithah, Al-Fatawa Al-Fiqhiyah, As-Sawaiq Al-Muhriqah dan lain-lain lagi dari karangannya yang bermanfaat. Lihat kitab An-Nur As-Safir An Akhbar Al-Qarnil Asyir karangan As-Syed Abdul Qadir bin Syeikh Al-Idrus dan Mu'jam Al-Muallifin karangan Kahhalah.
40) As-Sayyid Dhaamin bin Syaqdam, seorang pakar nasab yang dilahirkan dan dibesarkan di Madinah Al-Munawwarah kemudian belayar ke Iraq tahun 1051 H. Beliau berpindah-pindah di antara negeri-negeri Islam, pergi ke Khurasan tahun 1053 H, ke Asfahan tahun 1068 H, ke Damascus tahun 1079 H, kemudian beberapa kali melawat ke Asfahan dan yang terakhir kali pada tahun 1085 H. Beliau mengarang kitabnya bernama; Tuhfah Al-Azhar tahun 1082 H. Beliau belajar ilmu nasab dari kedua datuknya; Ali dan Al-Hasan, pakar-pakar nasab, pakar-pakar nasab terkenal seperti disebutkan dalam kitabnya. Terdapat satu naskhah dari kitab Tuhfah Al-Azhar di Teheran di perpustakaan As-Syeikh Ziauddin dan satu naskhah lagi ada pada kami, yang disalin dari perpustakaan Al-Auqaf di Baghdad. Pengarang mempunyai 2 orang anak; As-Sayyid Nizamuddin Abu Nasr, seorang pakar nasab dan As-Sayyid Jamaluddin Abul Qasim juga seorang pakar nasab. As-Sayyid Jamaluddin mempunyai beberapa karangan mengenai nasab: Tazlil Tuhfah Al-Azhar (karya ayahnya), Risalah Fi Nasab Al-Muluk As-Safawiyyah, Risalah Fi Nasab Syurafa' Mekah Al-Mukarramah, Risalah Fi Nasab Syurafa' Bani Al-Husain Bil Madinah, Risalah Fi Nasab Muluk Tabristan As-Sadah Al-Mar'asyiyyin dan Zurriyah As-Sayyid Qiwamuddin Al-Mar'asyi.
41) Al-Muhibbi ialah Muhammad Amin bin Fadlullah Al-Muhibbi Ad-Dimasyqi, seorang ahli sejarah, penyair dan sasterawan. Dilahirkan di Damascus tahun 1061 H dan wafat di sana pada tahun 1111 H. Di antara karangan-karangannya; Az-Zail Al-Raihanah As-Syihab Al-Khafaji yang diberi nama Nafhah Ar-Raihanah Wa Rasyhah Tila' Al-Hanah dalam bidang biografi dan Khulasah Al-Athar Fi Tarajim Ahli Al-Qarni Al-Hadi Asyar Al-Hijri.
42) Belum diperoleh biografinya.


PEMBAHASAN KETUJUH

KESEPAKATAN ULAMA HADRAMAUT, YAMAN DAN AL-HARAMAIN AS-SYARIFAIN TENTANG KEBENARAN NASAB BANI ALAWI
Ulama Hadramaut, Yaman dan Al-Haramain As-Syarifain telah bersepakat mengenai kebenaran nasab Bani Alawi yang bersambung kepada keturunan Rasulullah s.a.w. Mereka semuanya menyebutkan dalam tulisan-tulisan mereka tentang Bani Alawi dan memberikan catatan tentang biografi Bani Alawi dalam kitab-kitab yang mereka tulis dengan sempurna, bahkan sebahagian daripada mereka menulis secara khusus tentang pribadi-pribadi tertentu dalam karangan-karangannya. Tidak seorang pun mengata ketidaksahihan nasab mereka sama sekali, bahkan semuanya menerima nasab keluarga ini dengan penerimaan yang mutlak kerana pemberitaannya masyhur dan mutawatir, sehingga orang-orang yang hendak melemparkan cercaan kepada keluarga ini mereka tidak mengalamatkan cercaannya itu kepada nasab mereka, akan tetapi kepada kedudukan yang mereka peroleh di tengah-tengah masyarakat Hadramaut. Itu pun tidak dapat dijadikan pegangan kerana tidak mempunyai sumber yang kuat dari segi sejarah(43). Memandangkan banyaknya mereka yang menulis tentang Bani Alawi, kami anggap memadai dalam pembahasan ini dengan menyebutkan senarai nama-nama orang yang sempat kami temukan dalam beberapa kitab(44) dan dalam perbahasan ini kami kami susun menurut tarikh wafatnya. Barangsiapa hendak meneliti kitab-kitab ini maka ia terdapat di seluruh perpustakaan awam dan khas sama ada di Hadramaut, Yaman, Al-Haramain As-Syarifain, Kuwait, Darul Kutub di Mesir atau perpustakaan manuskrip-manuskrip Arab.

PEMBAHASAN KETUJUH

KESEPAKATAN ULAMA HADRAMAUT, YAMAN DAN AL-HARAMAIN AS-SYARIFAIN TENTANG KEBENARAN NASAB BANI ALAWI
Ulama Hadramaut, Yaman dan Al-Haramain As-Syarifain telah bersepakat mengenai kebenaran nasab Bani Alawi yang bersambung kepada keturunan Rasulullah s.a.w. Mereka semuanya menyebutkan dalam tulisan-tulisan mereka tentang Bani Alawi dan memberikan catatan tentang biografi Bani Alawi dalam kitab-kitab yang mereka tulis dengan sempurna, bahkan sebahagian daripada mereka menulis secara khusus tentang peribadi-peribadi tertentu dalam karangan-karangannya. Tidak seorang pun mengata ketidaksahihan nasab mereka sama sekali, bahkan semuanya menerima nasab keluarga ini dengan penerimaan yang mutlak kerana pemberitaannya masyhur dan mutawatir, sehingga orang-orang yang hendak melemparkan cercaan kepada keluarga ini mereka tidak mengalamatkan cercaannya itu kepada nasab mereka, akan tetapi kepada kedudukan yang mereka peroleh di tengah-tengah masyarakat Hadramaut. Itu pun tidak dapat dijadikan pegangan kerana tidak mempunyai sumber yang kuat dari segi sejarah(43). Memandangkan banyaknya mereka yang menulis tentang Bani Alawi, kami anggap memadai dalam pembahasan ini dengan menyebutkan senarai nama-nama orang yang sempat kami temukan dalam beberapa kitab(44) dan dalam perbahasan ini kami kami susun menurut tarikh wafatnya. Barangsiapa hendak meneliti kitab-kitab ini maka ia terdapat di seluruh perpustakaan awam dan khas sama ada di Hadramaut, Yaman, Al-Haramain As-Syarifain, Kuwait, Darul Kutub di Mesir atau perpustakaan manuskrip-manuskrip Arab.



NAMA-NAMA PENULIS DARI KALANGAN ULAMA HADRAMAUT, YAMAN DAN AL-HARAMAIN AS-SYARIFAIN DAN TARIKH WAFAT MEREKA

BIL. NAMA KITAB NAMA PENULIS WAFAT TAHUN H.  
1. Tabaqat Fuqahail Yaman Bahauddin Abu Abdillah Muhammad Bin Yusuf Bin Ya'kub Al-Jundi 732  
2. Manaqib Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad Bin Ali Ba'Alawi dan Wafayat A'yanil Yaman Abdul Rahman Bin Ali Hassan tinggal di Raidah Almasyqa Hadramaut 818  
3. At-Tuhfatun Nuraniyyah Abdullah Bin Abdul Rahman Bawazir 850  
4. At-Tarfatu Gharbiyah Bi Akhbar Hadramaut Alajibah Al-Maqrizi 845  
5. Tuhfatuz Zaman Fi Tarikh - Sadatil Yaman As-Sayed Husain Bin Abdul Rahman Al-Ahdal 855  
6. Al-Jauharus Sayafaf Fi Fadhail Wa Manaqibis Sadah Al-Asyraf Abu Muhammad Abdul Rahman Bin Muhammad Bin Abdul Rahman Sahibul Wa'al Al-Khatib Al-Ansari Al-Hadrami 855  
7. Tabaqatul Khawas Ahlis-Sidqi Wal Ikhlas Ahmad Bin Ahmad Abdul Latif As-Syarji Az-Zubaidi Al-Yamani 893  
8. Al-Barqatul Masyiqah Ali Bin Abu Bakar As-Sakran Bin Abdul Rahman As-Seggaf 895  
9. Mawahibul Qudrus Fi Manaqib Abu Bakar Bin Abdullah Alayidrus Muhammad Bin Omar Bin Mubarak Al-Hadrami terkenal dengan sebutan Bahriq 930  
10. Tarikh Syambal Ahmad Bin Abdullah Bin Alwi dikenal dengan Ibnu Syambal Al-Hadrami 945  
11. Tarikh Thaghri Adn Wa-Qalaidin Nahr Muhammad At-Tayyib Ba-Makhramah 947  
12. Ghurarul Baha' Ad-Dhawi Wa Durarul Jamal Al-Badi' Al-Bahi Muhammad Bin Ali Bin Alwi Khird Ba'Alawi At-Tarimi Al-Hadrami 960  
13. Al-Eqdun Nasbawi Fi Manaqib As-Sadah Al-Asyraf Bani Alawi Sheikh Abdullah Bin Sheikh Bin Abdullah Alayidrus At-Tarimi Al-Hadrami penyair dan ahli sejarah sufi 990  
14. An-Nur As-Safir An-Akhbar Al-Qarnil Asyir Abdul Qadir Bin Sheikh Bin Abdullah Bin Sheikh Bin Abdullah Alayidrus Al-Hadrami digelar Al-Hindi 1038  
15. As-Silsilah Alaydrusiyah Sheikh Bin Abdullah Bin Sheikh Bin Abdullah Alayidrus Al-Hadrami At-Tarimi ahli Hadis, Ushul dan Fikah 1041  
16. Al-Masyra' Ar-Rawi Fi Manaqib As-Sadah Al-Kiram Ali Ba'Alawi dan As-Sana Al-Bahir Bitakmili An-Nur As-Safir Fi Akhbaril Qarnil Asyir Muhammad Bin Abu Bakar Bin Ali As-Syalli 1093  
17. Nuskhatul Wujud Fi Akhbari Halil Wujud Muhammad Bin Ahmad Mas'ud Bin Aqilah 1150  
18. Tuhfatul Muhibbin Wal Ashab Fi Makrifati Ma Lil-Madaniyyina Minal Ansab Abdul Rahman Al-Ansari 1195  
19. Nubzat Latifah Tarifah Fi Silsilatin Nasabil Alawi Wal Far'ul Mutahhar Al-Mustaffawi Zainal Abidin Bin Alawi Bin Hamd Jamalullail 1235  
20. An-Nafas Al-Yamani Abdul Rahman Bin Sulaiman Al-Ahdal 1250  
21. Ittisalu Nasabil Alawiyyin Wal Asyraf Al-Husainiyyin Sibti Sayyidil Mursalin Omar Bin Salim Bin Omar Al-Attas 1321  
22. Syamsud Dzahirah As-Sayed Abdul Rahman Muhammad Bin Husain Al-Masyhur 1322  
23. Nasyrun Nuri Wazzahr Fi Tarajim Al-Qarnil Asyir Ilal Qarnir Rabi' Asyar As-Sheikh Abdullah Murad Abul Khair 1343  
24. Mulhaq Al-Badrit Tali' Wa Nuzhatun Nazar Fi Rijalil Qarnir Rabi' Asyar As-Sayed Muhammad Bin Muhammad Bin Yahya Ziyarah 1380  
25. Uqudul Almas Fi Manaqib Al-Habib Ahmad Bin Hassan Al-Attas As-Sayed Alwi Bin Tahir Al-Haddad 1382  
26. Siyar Wa Tarajim Ba'dhi - Ulamana Fil Qarnir Rabi' Asyar Omar Abdul Jabbar 1391

43) Yang dimaksudkan dengannya ialah Salah Abdul Qadir Al-Bakri Al-Yafi'e dalam kitabnya Tarikh Hadramaut As-Siyasi (dari ms. 97 hingga 99 juz pertama) dan anggapannya dibantah oleh As-Sayyid Abdullah bin Hasan Balfaqih dalam sebuah risalah yang diberi nama Tanfiz Maza'im As-Syeikh Salah Al-Bakri Fi Tahakkukihi.
44) Jika diperlukan keterangan lebih lanjut, sila baca kitab Abdullah Muhammad Al-Habsyi Mu'jam Al-Maudhuat Al-Matruqah Fit Ta'lif Al-Islami Wa Bayanu Ma Ullifa Fiha.

PEMBAHASAN KELAPAN

ORANG-ORANG YANG MENYEBUT NASAB AHLUL BAIT SECARA AM
Di kalangan para ahli tarikh, ahli nasab dan penulis-penulis tabaqat, sirah dan tokoh-tokoh kenamaan (dari kalangan ulama Islam) terdapat orang-orang yang mengambil berat akan anak turunan keluarga Nabi dengan membuat beberapa karangan tentang mereka dimulai dari abad pertama, kerana mereka melihat penderitaan dan tekanan yang dirasakan oleh Ahlul Bait pada zaman dua dinasti Umaiyah dan Abbasiyah dengan harapan supaya umat Islam yang terdiri dari berbagai golongan membela mereka dengan lidah dan pen-pen mereka, dan supaya kedudukan ilmu dimiliki oleh mereka seperti Al-Imam Ali Zainal Abidin dan kedua putera beliau Muhammad dan Zaid serta cucu beliau Ja'far As-Sadiq r.a. dan keturunannya sepanjang zaman benar-benar mendapat perhatian umat Islam. Oleh sebab itulah itrah (keturunan Muhammad s.a.w.) mendapat kelebihan dengan tersebut perkara-perkara mereka dalam berbagai kitab, sama ada oleh para ahli sejarah atau dalam kitab-kitab rijalul hadith, sirah dan tabaqat. Adalah sangat sulit untuk menyenaraikan orang-orang yang menulis tentang mereka dalam kitab-kitab dengan menyebut keperibadian mereka dan menyebut mereka dalam lembaran-lembaran karangan mereka. Atas dasar itu kami fikir perlu menyebutkan sebahagian kitab-kitab orang-orang yang menulis tentang Ahlul Bait dalam kitab-kitab mereka dalam pembahasan ini secara tersusun menurut tarikh wafat mereka dan mereka yang disebutkan itu bukan satu-satunya misal dan tidak pula merangkumi lainnya. Siapa yang hendak mengkaji lebih banyak dari kitab-kitab yang dikarang mengenai keluarga suci ini maka hendaknya ia membaca kitab "Mu'jamul Maudhu'at Al-Matruqah Fit Ta'lifil Islami Wa Bayanu Ma Ullifa Minha", tulisan As-Sayed Abdullah Muhammad Al-Habsyi, cetakan Ad-Darul Yamaniyah dan juga Kitab-Kitab Rijal, tulisan Az-Zahabi dan Ibnu Hajar dan lainnya.

KETERANGAN MENGENAI ULAMA YANG MENYEBUTKAN NASAB AHLUL BAIT SECARA AM SESUAI DENGAN TARIKH WAFAT MEREKA

BIL. NAMA KITAB NAMA PENULIS WAFAT TAHUN H.  
1. Ansab Quraish Al-Mus'ab Az-Zubairi 226  
2. Tarikh At-Tabari As-Syeikh Muhammad Bin Jarir At-Tabari 310  
3. Murujuz Zahab Wa Maadin Al-Jauhar As-Syeikh Ali Bin Hassan Bin Ali Al-Mas'udi 346  
4. Sirrus Silsilah Al-Alawiyah Sahal Bin Abdullah Al-Bukhari (pertengahan abad 14) -  
5. Jamharah Ansabil Arab Ibnu Hazm Al-Andalusi 450  
6. Ar-Risalah Al-Musammah Al-Anba' Ala Qabail Arruwah Yusuf Bin Abdullah Bin Abdul Bar 461  
7. Al-Kamil Fit Tarikh Ali Bin Ahmad Bin Abil Karam Al-Jauzi, Ibnul Athir Al-Juzri 630  
8. Siyar A'lamin Nubala' Az-Zahabi 748  
9. Mir'atul Jinan Abdullah Bin As'ad Al-Yafie 768  
10. Tahzibut-Tahzib Addurar Al-Kaminah Fi A'yan Miah As-Thaminah Ibnu Hajar Al-Asqalani 852  
11. Jauharul Aqdain Fi Ansab Abna' Assibtain Assamhudi 910  
12. Nukhbatuz-Zahrah As-Thaminah Fi Nasabi Asyrafil Madinah Ali Bin Hasan Bin Syaqdam Al-Husaini 1033  
13. Syazaratuz Zahab Ibnul Imad Al-Hanbali 1089  
14. Sabaikuz Zahab As-Syeikh Muhammad Al-Amin Al-Baghdadi yang dikenal dengan Assuwaidi 1246  
15. Ghayatul Ikhtizar Fil Buyutat Al-Alawiyah As-Sayed Abu Talib Taqiyyuddin An-Naqib tidak
pasti  
16. Bayanul Ansab Wa Nasabut Talibiyah Jaafar Bin Salman Abas Bin Abbas As-Sowi tidak
pasti  
17. Al-Badrut Tali' Muhammad Bin Ali Bin Muhammad As-Syaukani 1255


PEMBAHASAN KESEMBILAN

HUKUM-HUKUM KHAS BERKENAAN DENGAN AHLUL BAIT (MEMPUNYAI 15 BAHAGIAN)
Syariah Islam mengkhaskan beberapa hukum semata-mata untuk Ahli Bait Nabi yang mana hukum-hukum itu telah dihimpun dan disusun dalam beberapa kitab fikah dan para penulisnya masing-masing membukukannya dalam kitab-kitab mereka lalu menghukum dengannya para penguasa, pemimpin dan kadi di seluruh zaman dan negeri. Tidak seorang pun yang membantah hukum-hukum yang semata-mata menjadi keutamaan Ahlul Bait ini. Oleh itu kami akan bawakan 15 bahagian untuk menerangkan pembahasan ini. Barangkali ada beberapa hukum yang tidak kami sebut di dalamnya kerana bukan menjadi tujuan kami menyebutkan keseluruhannya tetapi tujuan kami ialah untuk membuktikan beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Ahli Bait Nabi dalam syariah Islam serta kedudukannya dalam syarak di mana ia dapat menentukan terhadap banyak perkara yang masih berada dalam lingkaran Islam atau keluar daripadanya.

Bagian Pertama - Pilihan
Sejak Allah menciptakan makhluk-makhlukNya, Allah juga telah memilih Jibril dan Mikail dari seluruh malaikat sebagaimana Allah juga telah memilih Al-Haramain As-Syarifain dan Baitul Maqdis dari seluruh masjid, demikian juga Allah telah memilih bulan-bulan suci dan bulan Ramadhan dari segenap bulan, memilih hari Arafah dan Jumaat dari semua hari, memilih malam Lailatul-Qadar dari seluruh malam dan memilih para Rasul, Nabi, keluarga Imran dan keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dari sekelian manusia di mana segala kekuasaan berada di tangan-Nya dan segala perintah berada pada-Nya, mengangkat siapa yang dikehendakki dan mencampakkan siapa yang dikehendaki, bagi-Nya segala urusan sebelum dan sesudah dan Allah Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman di dalam Al-Qur'an:

اَللهُ يَصْطَفِيْ مِنَ الْمَلاَ ئِكَةِ رُسُلاً وَّمِنَ النَّاسِ اِنَّ اللهَ سَمِيْعٌ بَصِيْرٌ...الحج: 75
"Allah memilih dari malaikat-malaikat menjadi utusan-utusan, dan (juga) dari manusia. Sesungguhnya Allah itu Maha mendengar dan Maha melihat" (Q.S. Al-Hajj:75)
Firman Allah Ta'ala:

اِنَّ اللهَ اصْطَفَى آدَمَ وَنُوْحًا وَّ آلَ اِبْرَاهِيْمَ وَ آلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِيْنَ...آل عمرن: 33
"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi bangsa-bangsa". (Q.S. Ali Imran:33)
Dan firman-Nya:

ذُرِّ يَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللهُ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ... آل عمرن: 34
"Yang satu adalah turunan dari yang lain dan Allah Maha mendengar dan Maha mengetahui". (Q.S. Ali Imran:34)
Wathilah meriwayatkan sebuah hadis dari Al-Asqa' katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِنَّ اللهَ اصْطَفَىكِنَانَةَ مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيْلَ وَاصْطَفَى قُرَيْشًا مِنْ كِنَانَةَ وَصْطَفَى مِنْ قُرَيْشٍ بَنِى هَاشِمٍ وَاصْطَفَانِى مِنْ بَنِى هَاشِمٍ
"Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dari turunan Ismail, memilih Quraish dari Kinanah, memilih Bani Hashim dari Quraish dan memilihku dari turunan Bani Hashim". Riwayat Muslim, Ahmad, Tirmizi dan Sam'ani.
Hukum yang dapat diambil dari ayat-ayat dan hadis di atas ialah bahawa Allah telah memilih beberapa kaum dari kaum-kaum yang lain, maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala memilih Rasulullah s.a.w. dari turunan Sayidina Ibrahim, iaitu dengan memilih Bani Hashim dari Quraish, Quraish dari Kinanah dan Kinanah dari turunan Ismail. Maka beliau dan Bani Hashim adalah inti dari turunan keluarga Ibrahim dan telah kami terangkan pada bab-bab sebelumnya bahawa Ahlul Bait itu adalah turunan beliau. Oleh itu mereka terpilih dari kalangan Bani Hashim seperti Rasulullah s.a.w. juga dari Bani Hashim.

Bagian Kedua - Mencintai Keluarga Muhammad Termasuk Dari Kesempurnaan Iman
1. Hanya Ahli Bait Nabi s.a.w. saja yang diwajibkan kepada umat Islam mencintainya kerana Allah dan Rasul-Nya. Para ulama telah menetapkan hukum ini dalam kitab-kitab dan karangan-karangan mereka dalam bab itu berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdul Muttalib Bin Rabi'ah Bin Al-Harith Bin Abdul Muttalib bahawa Al-Abbas Bin Abdul Muttalib r.a. mendatangi Rasulullah s.a.w. dalam keadaan marah sedang saya berada di sisi baginda maka Rasulullah bertanya: "Apa gerangan yang menjadikan kamu marah?". Dijawab, "Ya Rasulullah apa salah kami, mengapa orang-orang Quraish bila bertemu dengan sesama mereka dengan muka manis dan bila bertemu dengan kami tidak demikian?". Lalu marahlah Rasulullah s.a.w. sehingga merah wajahnya kemudian bersabda:

وَالَّذِيْ نَفْسِِيْ بِيَدِهِ، لاَيَدْخُلُ قَلْبَ رَجُلٍ اْلإِيْمَانُ حَتَّى يُحِبَّكُمُ اللهُ وَرَسُوْلُهُ
"Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaan-Nya, iman itu tidak akan masuk ke dalam hati seseorang sehingga ia mencintai kamu kerana Allah dan Rasul-Nya", seterusnya sabda baginda:
يَا آيُّهَاالنَّاسُ، مَنْ اآذَى عَمِّى فَقَدْ آذَانِى فَاءِنَّمَا عَمُّ الرَّجُلِ صِنْوُ أَبِيْهِ
"Wahai sekelian manusia, siapa mengganggu bapa saudaraku maka telah menggangguku kerana bapa saudara seseorang itu setaraf dengan ayahnya". Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Al-Hakim yang mengatakan hadis hasan sahih riwayat Ahmad dan Al-Hakim serta riwayat yang serupa dari Ibnu Majah dari jalur Muhammad Bin Ka'ab Al-Qardhi dari Al-Abbas r.a. Kemudian Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berhujah dengan hadis ini yang sengaja tidak kami sebut supaya tidak terlalu panjang.
2. Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis yang telah disahihkan dan diikuti oleh Az-Zahabi dengan dua jalur kepada Hisham Bin Yusuf dengan sanadnya kepada Ibnu Abbas r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

أَحِبُّوْا اللهَ لِمَا يَغْذُوْكُمْ بِهِ مِنْ نِعَمِهِ وَأَحِبُّوْنِى لِحُبِّ اللهِ وَأَحِبُّوْا أَهْلَ بَيْتِى لِحُبِّى
"Cintailah Allah kerana nikmat yang telah dikurniakan kepada kamu, cintailah aku kerana cintamu kepada Allah dan cintailah Ahli Baitku kerana cintamu padaku."
Berkata Al-Hakim: "Hadis ini sahih sanadnya sekalipun tidak diriwayatkan oleh keduanya tetapi disahihkan oleh Tirmizi". Kata Az-Zahabi; ia sahih dan disahihkan pula oleh Al-Hafiz As-Sakhawi, Ibnu Hajar Al-Makki, Al-Azizi dan selainnya.
3. Al-Baihaqi menyebutkan dalam sunannya dan begitu juga yang lain sebuah hadis yang berbunyi:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ نَفْسِهِ وَأَهْلِي أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ اَهْلِهِ وَعِتْرَتِىْ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ عِتْرَتِهِ
"Tidak beriman seorang hamba sehingga menjadikan aku lebih dicintai dari dirinya, menjadikan turunanku lebih dicintai dari turunannya dan zatku lebih dicintai dari zatnya sendiri". (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dari Abdul Rahman Bin Abi Laila dari ayahnya).
4. At-Tabarani menyebutkan dalam Mu'jam Al-Kabirnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang mencintai kami kerana keduniaan maka ia akan dicintai oleh pemilik sama ada ia baik atau jahat, dan siapa mencintai kami kerana Allah maka dia dengan kami laksana ini (Baginda s.a.w. menunjukkan dari telunjuk dan jari tengahnya)".
Al-Hasan Bin Ali r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ أَحَبَّ قَوْمًا حَشَّرَهُ اللهُ فِيْ زُمْرَتِهِمْ
"Siapa mencintai suatu kaum kelak Allah himpun dia bersama-sama golongannya". Disebut oleh At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir dari Ibnu Qursafah.
Kemudian sabda baginda s.a.w.:

مَنْ أَحَبَّ الْحَسَنَ وَ الْحُسَيْنَ فَقَدْ أَحَبَّنِيْ، وَمَنْ أَبْغَضَهُمَا فَقَدْ أَبْغَضَنِيْ
"Siapa mencintai Al-Hasan dan Al-Husain maka sungguh ia mencintaiku dan siapa membencinya maka sungguh ia telah membenciku". Riwayat Ibnu Majah, Ahmad dan Al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.
5. Al-Abbas Bin Abdul Muttalib berkata: Telah bersabda s.a.w.:

مَا بَالُ أَقْوَامٍ يَتَحَدَّثُوْنَ، فَإِذَا رَأَوُا الرَّجُلَ مِنْ أَهْلِ بَيْتِيْ قَطَعُوْاحَدِيْثَهُمْ، وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ، لاَيَدْخُلُ قَلْبَ رَجُلٍ اْلإِِِِِيْمَانُ حَتَّى يُحِبَّهُمْ ِللهِ وَلِقَرَابَتِيْ
"Mengapa kaum-kaum yang berbincang itu tiba-tiba menghentikan pembicaraannya bila melihat salah seorang dari Ahli Baitku? Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya iman tidak akan masuk ke dalam hati seseorang sehingga ia mencintainya (Ahli Baitku) kerana Allah dan kerana mereka itu kerabat aku", riwayat Ibnu Majah, Al-Hakim, Ar-Rawiyani, At-Tabarani dan Ibnu Asakir.(45)
6. Ali Bin Abi Talib k.w. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

أَدِّبُوْا أَوْلاَدَكُمْ عَلَى ثَلاَثِ خِصَالٍ:حُبِّ نَبِيِّكُمْ، وَحُبِّ أَهْلِ بَيْتِهِ، وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ فَإِنَّ حَمَلَةَ الْقُرْآنِ فِيْ ظِلِّ اللهِ يَوْمَ لاَظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ مَعَ أَنْبِيَائِهِ وَأَصْفِيَائِهِ
"Didiklah anak-anak kamu diatas tiga perkara: mencintai nabimu, mencintai Ahli Baitnya dan membaca Al-Qur'an kerana pembawa-pembawa Al-Qur'an itu berada dalam lindungan Allah di Hari Kiamat pada hari dimana tiada perlindungan melainkan lindungan-Nya bersama para Nabi dan orang-orang pilihan-Nya". Diriwayatkan oleh Ad-Dailani dalam Musnad Al-Firdaus, Abu Nasr Abdul Karim As-Syirazi dalam Fawa'idnya dan Ibny An-Najjar.
As-Syafi'e berkata dalam Diwannya muka surat 72 cetakan As-Sya'biah Beirut:

يَاأَهْلَ بَيْتِ رَسُوْلِ اللهِ حُبُّكُمْ *
فَرْضٌى مِنَ اللهِ فِى الْقُرْآنِ اَنْزَلَهُ
كَفَاكُمْ مِنْ عَظِيْمِ الْقَدْرِاَنَّكُمْ *
مَنْ لَمْ يُصَلِّ عَلَيْكُمْ لاَصَلاَةَ لَهُ
Wahai keluarga Rasulullah!, mencintaimu adalah suatu kewajiban yang ditetapkan Allah dalam Al-Qur'an yang telah diturunkan-Nya".
Cukup menjadi suatu kemuliaan bagimu bahawa siapa yang tidak bershalawat padamu maka tidak sah sholatnya.

Bagian Ketiga - Mendahulukan Mereka Dalam Solat Ke Atas Yang Lainnya
Ahlul Bait mendapat keistimewaan dalam hukum fikah, yang mana jika terdapat persamaan di antara seseorang dengan yang lain dari segi ilmu dan bacaan, maka hendaknya diutamakan As-Sayyid Al-Hasyimi keatas yang lain kerana kelebihan yang ada padanya iaitu kemuliaan hubungan nasabnya kepada Rasulullah s.a.w. dimana Imam Nawawi menyebutkan dalam kitab Al-Majmuk tentang sebab-sebab yang membolehkan seseorang maju untuk menjadi imam dengan 6 perkara: Fikah (berilmu), Bacaan, Warak, Usia(46)Nasab dan Hijrah.
Adapun dasar yang digunakan dalam hal ini ialah sabda Nabi s.a.w.:

أَلنَّاسُ تَبَعٌ لِقُرَيْشٍ فِى هَذَا الشَّأْنِ، مُسْلِمُهُمْ تَبَعٌ لِمُسْلِمِهِمْ وَكَافِرُهُمْ تَبَعٌ لِكَافِرِهِمْ
"Manusia itu mengikuti Quraish dalam perkara ini, orang-orang Islam mengikuti mereka yang muslim dan orang-orang kafir mengikuti mereka yang kafir", riwayat Imam Muslim Ahmad dan Baihaqi.
Sabda Nabi s.a.w.:

قَدِّمُوْا قُرَيْشًا وَلاَ تَتَقَدَّمُوْهَا، وَتَعَلَّمُوْا مِنْهَا وَلاَ تُعَلِّمُوْهَا. وَلَوْ لاَ أَنْ تَبْطَرَ قُرَيْشٌ َلأَخْبَرْ تُهَا بِمَالَهَا عِنْدَ اللهِ
"Dahulukan orang-orang Qurarish dan jangan kamu mendahului mereka, belajarlah dari orang-orang Quraish dan jangan kamu mengajari mereka dan jikalaulah aku khuatir mereka menjadi sombong nescaya aku beritahukan kedudukan orang-orang yang baik dari kalangan mereka di sisi Allah Ta'ala".diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir dan Ibnu Adi.
Imam Syafi'e dan Al-Baihaqi meriwayatkan hadis yang sama dalam Masrafah, demikian jugaAl-Bazzar dari Imam Ali k.w.
Adapun hadis yang diriwayatkan Ibu Abi Syaibah dengan sanadnya yang sahih dari Salaman r.a. bahawa pada suatu hari telah masuk waktu solat, maka disuruhnya maju (menjadi imam), maka dijawab: "Aku tidak patut maju selagi masih kamu orang-orang Arab yang mana daripadamulah diutus Nabi s.a.w.". Dalam riwayat lain: "Kamu adalah Bani Ismail yang menjadi para imam dan kami menteri-menteri". Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, pengikut-pengikut Syafi'e dan Ahmad berhujah dengan hadis ini bahawa ia merupakan suatu kemuliaan yang melayakkan seseorang maju (menjadi imam) dalam solat. Kemudian Ensiklopedia Fikah menyatakan dalam perkara Aali pada pembahasan 16 yang bunyinya:
"Jika mereka mempunyai persamaan dengan lainnya dalam sifat-sifat maka dahulukanlah mereka menurut kemuliaan nasabnya".

Bahagian Keempat - Selawat Dan Salam Keatas Keluarga Nabi Didalam Dan Diluar Solat
Ahlul Bait dan zuriatnya serta isteri-isteri Nabi s.a.w. mendapat kelebihan dengan selawat keatas mereka selepas Nabi s.a.w. didalam dan diluar solat. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ka'ab Bin Ujrah r.a. katanya: "Telah keluar menemui kami Rasulullah s.a.w. lalu kami bertanya, kami telah faham dan tahu bagaimana kami mengucapkan salam padamu, namun bagaimana cara kami berselawat padamu? Baginda menjawab:

قُوْلُوْا اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَاصَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
"Katakan, Allahumma Salli Ala Muhammad Wa Ala Aali Muhammad Kama Sallaita Ala Ibrahim Innaka Hamidun Majid". riwayat Bukhari dan Muslim.
Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hamid As-Saidi r.a. bahawasanya mereka bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana cara kami berselawat padamu", dijawab:

قُوْلُوْا اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَاصَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
"Katakan: Allahumma Salli Ala Muhammad Wa Ala Azawajihi Wa Zurriyati Kama Sallaita Ala Aali Ibrahim Wa Baarik Ala Muhammad Wa Ala Aali Azwajihi Wa Zurriyati Kama Batakta Ala Aali Ibrahim Innaka Hamidun Majid", riwayat Bukhari dan Muslim.
Imam Nawawi mengatakan dalam kitabnya Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab, sayugianya dihimpun apa yang terkandung dalam hadis-hadis yang sahih itu sehingga ia mengatakan,

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وُذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وُذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِي الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
Allahumma Salli Ala Muhammad Abdika Wa Rasulikan Nabi Al-Ummi Wa Ala Aali Muhammad Wa Azwajihi Wa Zurriyatihi Kama Sallaita Ala Ibrahim Wa Ala Aali Muhammad Wa Azwajihi Wa Zurriyatihi Kama Barakta Ala Ibrahim Wa Ala Aali Ibrahim Fil Alamina Innaka Hamidun Majid.
Imam Nawawi juga menyebutkan tentang definasi Aali bahawa mereka itu adalah Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib seperti dinyatakan juga oleh Syafi'e dalam Harmalah dan dikutip oleh Al-Azhari bahawa Aali adlah turunan yang dinasabkan kepada baginda s.a.w. Mereka itu ialah anak-anak Fatimah r.a. dan turunannya sepanjang masa. Lihat kitab Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab juz 3.

Bahagian Kelima - Ahlul Bait Haram Menerima Zakat
Diharamkan memberi zakat kepada Ahlul Bait berdasarkan riwayat Abu Hurairah f.a. katanya: Al-Hasan Bin Ali r.a. sewaktu masih kecil telah mengambil sebiji tamar dari tamar sedekah lalu memasukkannya ke dalam mulutnya, maka Nabi s.a.w. mengatakan kepadanya (kakh... kakh) supaya ia memuntahkannya, kemudian baginda bersabda:

اَمَا عَلِمْتَ أَنَّا لاَ يَأْكُلُونَ الصَّدَقَةَ ؟
"Tidakkah kamu ketahui bahawa kami tidak memakan sedekah?", Al-Bukhari, Ahmad dan Ad-Darimi.
Hadis kedua, dari Al-Muttalib Bin Rabiah Bin Al-Harith Bin Abdul Muttalib bahawa ia dan Al-Fadal Bin Al-Abbas r.a. telah pergi menemui Rasulullah s.a.w. katanya: Seorang dari kami berkata: "Ya Rasulullah, kami datang kepadamu supaya kami dilantik menjadi pengurus zakat ini agar kami mendapat manfaat daripadanya sebagaimana orang lain mendapatkannya dan kami menyerahkan padamu apa-apa yang diserah orang. Baginda menjawab: "Sesungguhnya sedekah/zakat itu tidak boleh diterima oleh Muhammad dan tidak pula oleh keluarganya, kerana ia adalah barang-barang kotor yang ditinggalkan oleh orang", dalam lafaz lain: Ia diharamkan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad". Hadis ini disebut dalam kitab Al-Muntaqa, riwayat Muslim dan Ahmad.

Bahagian Keenam - Ahlul Bait Berhak Menerima Seperlima Dari Khumus Faik Dan Ghanimah
Ahlul Bait mendapat keistimewaan dalam hukum syarak kerana mereka berhak menerima khumus (seperlima) dari khumus faik (harta rampasan), ghanimah dan rikaz berdasarkan firman Allah Ta'ala:

مَآ اَفَآءَ اللهُ عَلَى رَسُوْلِهِ مِنْ اَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُوْلِ وَلِزِىالْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِيْنِ وَابْنِ السَّبِيْلِ كَيْ لاَ يَكُوْنَ دُوْلَةً بَيْنَ اْلأَغْنِيَآءِ مِنْكُمْ وَمَآ اَتَاكُمُالرَّسُوْلُ فَخُذُوْهُ وَمَانَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْا وَاتَّقُوا اللهَ اِنَّ اللهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ...الحشر:7
"Apa yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya sebagai harta rampasan dari penduduk negeri-negeri itu adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang yang dalam perjalanan, supaya itu jangan hanya beredar di linkungan orang-orang yang mampu diantara kamu. Apa yang diberikan oleh Rasul kepada kamu, hendaklah kamu terima dan apa yang dilarangnya, hendaklah kamu hentikan. Dan patuhlah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu amat keras hukum-Nya".(Al-Hasyr:7).
Dan firman Allah Ta'ala:

وَاعْلَمُوْا اَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِّنْ شَيْءٍ فَأَ نَّالِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُوْلِ وَلِذِى القُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِيْنِ وَابْنِ السَّبِلِ ...الانفال: 41
"Dan hendaklah kamu ketahui, bahawa apa-apa yang dapat kamu rampas dalam peperangan, sesungguhnya seperlima untuk Allah, untuk Rasul, kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan". (Al-Anfal:41).
Adapun dalil dari sunnah ialah riwayat Al-Imam Ali k.w., katanya: Aku, Al-Abbas, Fatimah dan Zaid Bin Harithah telah berkumpul di sisi Nabi s.a.w. lalu aku mengatakan: Ya Rasulullah! Jika engkau tiada halangan melantikku sebagai pengurus hak kami dari khumus yang telah ditetapkan dalam kitab Allah Ta'ala ini supaya dapat aku membahagikannya semasa hidupmu agar tidak ada orang yang menentangku selepasmu nanti maka hendaknya engkau laksanakan. Maka baginda bersetuju melaksanakannya dan aku membahagikannya semasa hidup Rasulullah s.a.w. Kemudian Abu Bakar pun melantikku sehingga tiba tahun terakhir pemerintahan Omar yang mana beliau telah banyak menerima harta, riwayat Ahmad dan Abu Daud. Abu Daud menambah setelah kata beliau, "Beliau telah banyak menerima harta (dengan lafaz) lalu beliau membatalkan hak kami dan kemudian menghartanya padaku maka aku katakan bahawa kami tidak memerlukannya namun orang-orang Islam berhajat kepadanya dan aku bermaksud mengembalikan kepada mereka. Akhirnya tidak seorang pun meminta kami berbuat demikian selepas ketentuan Omar maka aku bertemu dengan Al-Abbas". Setelah aku keluar dari tempat Omar seraya berkata, "Ya Ali! Hak kami telah dirampas sama sekali dan tidak akan pernah dikembalikan kepada kami". Begitu kata Al-Abbas seorang yang bijak.
Adapun Yazid Bin Hurmuz meriwayatkan bahawa Najdah telah menulis surat kepada Ibnu Abbas menanyakan tentang siapa yang berhak mendapatkan khumus itu? Ibnu Abbas membalas suratnya dengan mengatakan, "Engkau bertanya tentang siapa berhak menerima khumus, ketahuilah bahawa ia adalah hak kami yang telah diingkari oleh kaum kami", riwayat Muslim dan Ahmad.
Imam Ahmad mengatakan dalam musnadnya bahwa dua orang khalifah Omar dan Othman r.a. ada memberi kerabat Rasulullah s.a.w. demikian juga pendapat Imam Syafi'e dan Imam-Imam yang lain (lihat kitab Al-Mughni karangan Ibnu Qudamah dan Nailul Awtar).

Bahagian Ketujuh - Syarat Kafaah Dalam Nikah
Wanita Arab khasnya wanita-wanita Ahlul Bait mendapat keistimewaan dengan memperhatikan syarat nasab dalam nikahnya, yang mana seorang wanita dari Bani Hashim tidak akan menikahi kecuali lelaki, dari Bani Hashim. Begitulah pendapat Jumhur, diantaranya: Abu Hanifah, Ahmad dan Syafi'e r.a. dan dalil mereka dalam hal itu ialah hadis dari Amirul Mukminin Omar Bin Al-Khattab r.a. katanya: "Aku akan melarang wanita-wanita dari keturunan yang mulia menikah melainkan dengan lelaki-lelaki yang setaraf dengannya". Diriwayatkan oleh Ad-Daraqutni. Imam Ahmad berkata selain bangsa Quraish dari kalangan Arab tidak ada yang menyamainya dan selain Bani Hashim tidak ada yang menyamainya, inilah pendapat golongan Syafi'e berdasarkan riwayat Wathilah Bin Al-Asqa' bahawa ia berkata:

إِنَّ اللهَ اصْطَفَى كِنَانَةَ مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيْلَ وَصْطَفَى مِنْ قُرَيْشٍ بَنِى هَاشِمٍ وَاصْطَفَانِى مِنْ بَنِى هَاشِمٍ
"Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dari keturunan Ismail, memilih Bani Hashim dari keturunan Quraish dan memilihku dari keturunan Bani Hashim", diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Tirmizi dan Sam'ani.
Lihatlah kitab Al-Mughni karangan Ibnu Qudamah, Al-Majmuk Syarhul Muhazzab, Nailul Awtar dan kitab Al-Ahwal As-Shakhsiyyah fit Tasyri' Al-Islami karangan Ahmad Al-Ghandur.

Bagian Kedelapan - Doa Nabi s.a.w. Dengan Keberkatan Pada Turunan Yang Suci Ini
Ahlul Bait mendapatkan keistimewaan dengan memperoleh doa khas dari Rasulullah s.a.w. supaya Allah memberkati turunan mereka. Sedangkan barakah secara umum mempunyai pengertian; banyak, baik dan lain-lain. Dalilnya ialah riwayat Nasa'i, dalam bab amalan sehari semalam bahawa sekumpulan dari orang-orang Ansar mengatakan kepada Ali r.a., alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah. Lalu beliau r.a. mendatangi Rasulullah s.a.w. untuk meminangnya. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: "Apa hajatmu wahai putera Abi Talib?"Jawab beliau, "Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w." Rasul menjawab: "Marhaban Wa Ahlan" dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya. Mereka bertanya, "Berita apa yang kau bawa?" Ali menjawab, "Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban Wa Ahlan". Lalu mereka membalas, "Seandainya Rasulullah s.a.w. hanya mengatakan satu perkataan, itu pun sudah memadai bagimu, sesungguhnya baginda telah menjadikanmu sebagai keluarga dan memperkenankan permintaanmu". Setelah semuanya berlalu dan baginda mengahwinkan Ali, kemudian baginda berkata, "Ya Ali! Untuk majlis perkahwinan diperlukan walimah" Saad r.a. berkata, "Aku mempunyai seekor domba dan kaum Ansar mengumpulkan segantang jagung". Setelah tiba malam perkahwinan, Rasulullah s.a.w. berkata,"Jangan kamu bercakap sesuatu sehingga engkau menemuiku". Lalu baginda meminta air dan berwuduk dengannya, lalu menyiramkan air itu ke atas Ali dan Fatimah r.a. dan berdo'a:

اَللَّـهُمَّ بَارِكْ فِيْهِمَا، وَبَارِكْ عَلَيْهِمَا، وَبَارِكْ فِىْ شِبْلِهِمَا
"Ya Allah berkatilah pada keduanya, berkatilah keatas keduanya dan berkatilah keturunan keduanya".Diriwayatkan oleh Nasa'i dan lain-lain dengan membuang sebahagiannya.

Bagian Kesembilan - Ahlul Bait Penyelamat Penghuni Bumi
Ahlul Bait mendapatkan keistimewaan yang tidak dimiliki oleh selain mereka dengan satu hukum syarak, iaitu keberadaan mereka di dunia ini adalah merupakan penyelamat bagi penghuni bumi, laksana bintang-bintang yang menjadi penyelamat bagi penghuni langit. Adapun titik persamaan diantara keduanya ialah mengambil petunjuk dari orang-orang yang saleh dari kalangan mereka, yang demikian itu diterangkan dalam beberapa hadis berikut:-
Salamah bin Al-Akwa' berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

اَلنُّجُوْمُ أَمَانٌ ِلأَهْلِ السَّمَاءِ وَأَهْلُ بَيْتِيْ أَمَانٌ ِلأَهْلِ ا ْلأَرْضِ
"Bintang-bintang itu adalah penyelamat bagi penghuni langit sedangkan Ahli Baitku menjadi penyelamat bagi penghuni bumi".
Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam Musnadnya, Ibnu Syaibah, Musadad, Al-Hakim, At-Tabarani dalam Al-Kabirnya dan Ibnu Asakir.
Sabda Nabi s.a.w.,

اَلنُّجُوْمُ أَمَانٌ ِلأَهْلِ ا ْلأَرْضِ مِنَ الْغَرَقْ، وَأَهْلُ بَيْتِيْ أَمَانٌ ِلأُمَّتِيْ مِنَ ا ْلإِخْتِلاَفِ، فَإِذَا خَالَفَتْهَا قَبِيْلَةٌ مِنَ الْعَرَبِ إِخْتَلَفُوْا فَصَارُوْا حِزْبَ إِبْلِيْسٍ
"Bintang-bintang itu menjadi penyelamat kepada penghuni bumi dari tenggelam/karam sedangkan Ahli Baitku menjadi penyelamat kepada umatku dari perselisihan (dalam agama) apabila satu kabilah dari orang Arab menentangnya (hukum-hukum Allah A.W.J.) mereka berselisih dan menjadi golongan syaitan". Diriwayatkan oleh Al-Hakim dari Ibnu Abbas dan disahihkan oleh Tirmizi.
Sabda Nabi s.a.w. dari Abu Zar r.a. katanya:

أَلاَإِنَّ مَثْلَ أَهْلِ بَيْتِىْ فِيْكُمْ مِثْلُ سَفِيْنَةَ نُوْحٍ مِنْ قَوْمِهِ مَنْ رَكِبَهَا نَجَا وَمَنْ تَخَلَّفَ عَنْهَا غَرِقَ
"Ketahuilah bahawa perumpamaan Ahli Baitku di tengah-tengah kamu seperti bahtera Nuh di tengah-tengah kaumnya, siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang enggan pasti tenggelam". Diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Hakim, Ibnu Jarir dan At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir.

Bagian Kesepuluh - Orang Yang Mau Mendapat Tempat Di Sisi Rasulullah s.a.w. Di Hari Kiamat
Rasulullah s.a.w. memberi keistimewaan kepada Ahli Baitnya diatas segala keistimewaan yang diberikan kepada seluruh kaum muslimin, yang mana beliau s.a.w. akan memberi balasan kepada orang yang berbuat baik kepada tiap-tiap orang Islam pada hari kiamat dan kepada Ahli Baitnya akan dibalas dengan balasan yang besar yang akan diterangkan dalam beberapa hadis berikut:
1. At-Tabarani meriwayatkan sebuah hadis:

مَنِ اصْطَنَعَ ِلأَحَدٍ مِنْ وَلَدِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ يَدًا فَلَمْ يُكَافِئْهُ بِهَا فِىالدُّنْيَا فَعَلَيَّ مُكَافَأَ تُهُ غَدًا تَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَالَقِيَنِيْ
"Barangsiapa berbuat baik kepada seorang dari anak keturunan Abdul Muttalib sedang ia belum membalasnya di dunia, maka aku akan membalasnya kelak apabila ia bertemu denganKu".
2. Ibnu Asakir meriwayatkan dari Al-Imam Ali k.w., katanya telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ صَنَعَ إِلَىأَهْلِ بَيْتِيْ يَدًا كَافَأْ تُهُ عَلَيْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Siapa berbuat jasa kepada Ahli Baitku, aku akan membalasnya kelak pada hari kiamat".
3. Ad-Dailami meriwayatkan dari Al-Imam Ali k.w., katanya:

أَرْبَعَةٌ أَنَا شَفِيْعٌ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: اَلْمُكْرِمُ لِذُرِّيَّتِيْ، وَالْقَاضِيْ لَهُمْ حَوَائِجَهُمْ، وَالسَّاعِيْ لَهُمْ فِيْ أُمُوْرِهِمْ عِنْدَمَا اضْطَرُّوْا إِلَيْهِ، وَالْمُحِبُّ لَهُمْ بِقَلْبِهِ وَلِسَانِهِ
"Empat golongan yang akan mendapatkan syafa'atku pada hari kiamat; orang yang memuliakan zuriatku, orang yang menunaikan hajat mereka, orang yang mengusahakan urusan-urusan mereka disaat mereka mendapat kesulitan dan orang yang mencintai mereka dengan hati dan lidahnya".

Bahagian Kesebelas - Ketentuan Ahlul Bait Masuk Syurga
Ahlul Bait yang meninggal dunia dalam keadaan iman tidak diazab dan tidak dimasukkan ke dalam neraka tetapi dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah Ta'ala kerana firman-Nya:

وَالَّذِيْنَ آمَنُوْا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيْمَانٍ أَلْحَقْنَابِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِّنْ عَمَلِهِمْ مِّنْشَيْءٍ...الطور: 21
"Dan orang-orang beriman dan turunan mereka turut pula beriman, nanti mereka akan Kami pertemukan dengan turunannya itu, dan tiada Kami kurangi amal mereka barang sedikit pun".
(At-Tur:21).
Ahlul Bait yang merupakan zuriat nabi, iaitu Al-Imam Ali, Fatimah Az-Zahra', Al-Hasan dan Al-Husin, mereka itu tergolong dari ahli syurga berdasarkan dalil-dalil qat'ie (kuat), adapun orang-orang yang diberitahu akan masuk syurga dari sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. maka zuriat mereka akan menyertai mereka di dalam syurga sebagaimana ditegaskan oleh para ulama berdasarkan kata-kata Ibnu Abbas r.a. yang sahih dalam menafsirkan firman Allah: "Kami pertemukan mereka dengan turunannya", bahawa sesungguhnya Allah mengangkat zuriat seorang mukmin untuk disejajarkan dengan darjatnya pada hari kiamat, sekalipun amalnya di bawah orang itu.
Beliau juga menafsirkan firman Allah:

وَكَانَ أَنُوْ هُمَا صَالِحًا
"Dan adalah ayah mereka berdua seorang yang saleh" yaitu demi memelihara kebaikan orang tua mereka dan kebaikan yang ada pada mereka berdua.
Said Bin Jubair berkata: "Seorang masuk syurga dan bertanya, dimana ayahku? dimana ibuku, dimana anakku dan dimana isteriku?" Lalu dijawab kepadanya: "Sesungguhnya mereka tidak beramal seperti kamu", tetapi dijawab, dahulu aku mula beramal untukku dan untuk mereka, maka kemudian dikatakan kepada mereka, masuklah kamu semua ke dalam syurga (lihat tafsir Ibnu Kathir). Kemudian beliau membaca firman Allah Ta'ala:

جَنَّاتُ عَدْنٍ يَّدْخُلُوْ نَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَآ ئِهِمْ وَاَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمِ...الرعد: 23
"Syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya, dan juga orang-orang yang baik dari bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri (suami-suami) mereka serta turunan mereka"). (Surat Ar-Ra'ad:23)
Ibnu Mas'ud berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,

إِنَّ فَاطِمَةَ قَدْ أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَحَرَّمَهَا اللهُ وَذُرِّيَّتِهَا عَلَىالنَّارِ
Sesungguhnya Fatimah telah memelihara kehormatannya, lalu Allah haramkan neraka baginya dan anak-anaknya". Disebut oleh Al-Bazzar, Abu Ya'la dan At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir.
Dan dari Imran Bin Husain katanya: telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

سَأَلْتُ رَبِّيْ أَنْ لاَ يُدْخِلَ النَّارَ أَحَدًا مِنْ أَهْلِ بَيْتِيْ فَأَعْطَانِيْهَا
"Aku mohon dari Allah Ta'ala agar tidak seorang pun dari Ahli Baitku dimasukkan ke dalam neraka, lalu Allah memperkenankannya".
Diriwayatkan oleh Abul Qasim Bin Bisyran dalam kitab-kitab amalinya.

Bahagian Keduabelas - Boleh Melaknat Dan Mengkafirkan Orang Yang Menodai Kesucian Ahlul Bait
Para ulama telah menyatakan tentang bolehnya seseorang melaknat sesiapa yang menodai sesuatu dari kesucian Ahlul Bait berdasarkan beberapa hadis yang akan kami sebutkan dalam bab ini. Walaupun hanya dua hadis namun kami rasa memadai untuk itu dan ini juga menunjukkan pengkhususan Ahlul Bait dengan hukum ini dalam syariah Islamiah.
Hadis pertama: dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.

بُغْضُ هَاشِمِى وَ اْلأَنْصَارِ كُفْرٌ وَبُغْضُ عَرَبِيٍّ نِفَاقٌ
"Membenci Bani Hashim dan Ansar adalah kufur dan membenci orang Arab adalah nifaq". Dinyatakan oleh At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir.
Hadis kedua diriwayatkan oleh Ali Bin Abi Talib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

سِتَّةُ لَعَنْتُهُمْ وَلَعَنَهُمُ اللهُ وَكُلُّ نَبِيٍّ : الزَّائِدُ فِيْ الدِّيْنِ وَالْمُكَذِّبٌ بِقَدْرِاللهِ وَالْمُتَسَلِّطُ بِالْجَبَرُوْتِ يُذِلُّ مَنْ أَعَزَّاللهُ وَيُعِزُّ مَنْ أَذَلَّ اللهُ وَالتَّنَازُلُ لِسُنَّتِيْ وَالْمُسْتَحِلُّ لِحُرُمِ اللهِ وَالْمُسْتَحِلُّ مِنْ عِتْرَتِيْ مَا حَرَمَ اللهُ
"Aku melaknat enam golongan yang juga mereka dilaknat oleh Allah dan setiap nabi yang diutus, iaitu orang yang menambah dalam kitab Allah dan orang yang mendustakan takdir Allah dan setiap orang yang mendustakan takdir Allah, orang yang berkuasa dengan kejam, menghina orang yang dimuliakan oleh Allah A.W.J. dan memuliakan orang yang dihina oleh Allah A.W.J., orang yang meninggalkan sunah ku, orang yang menghalalkan apa-apa yang diharamkan dan sesuatu terhadap keluargaku oleh Allah A.W.J." Diriwayatkan oleh Al-Hakim Ad-Darauqutni, Ad-Dailami dan Al-Khatib dalam kitab Al-Jamek.
Adapun kufur dalam hal ini bukanlah bererti kufur yang menjadikan seseorang keluar dari agama seperti mereka yang tidak menghukum dengan ketentuan Allah, tetapi ia dibawah kadar kufur itu, begitulah Ibnu Abbas r.a. memberi penjelasan. Wallahu A'lam.

Bagian Ketigabelas - Larangan Membenci Ahlul Bait Nabi s.a.w.
Para ulama telah menyebutkan satu hukum yang dikhaskan kepada Ahlul Bait, iaitu, haram membencinya dan siapa yang membencinya akan dimasukkan ke dalam neraka berdasarkan sabda Nabi s.a.w. dalam beberapa hadis berikut:
1. Abdullah Bin Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

يَا بَنِيْ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، إِنِّيْ سَأَلْتُ اللهَ لَكُمْ ثَلاَ ثًا: سَأَلْتُهُ أَنْ يُثَبِّتَ قَائِمَكُمْ، وَأَنْ يُعَلِّمَ جَاهِلَكُمْ، وَيَهْدِيَ ضَالَّكُمْ. فَلَوْ أَنَّ رَجُلاً صَعِدَ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ فَصَلَّى وَصَامَ ثُمَّ مَاتَ وَهُوَ مُبْغِضٌ ِلأَهْلِ مُحَمَّدٍ دَخَلَ النَّارَ
"Wahai Bani Abdul Muttalib, aku telah memohon daripada Allah untukmu tiga perkara; hendaknya Allah menetapkan penegakmu, memberi petunjuk kepada yang sesat dan memberi ilmu kepada yang jahil diantara kamu. Dan aku juga memohon daripadaNya supaya menjadikanmu pemurah, berani, membantu dan penyayang. Seandainya seseorang berdiri di barisan antara rukn dan maqam (menunaikan haji), mengerjakan solat dan berpuasa kemudian menghadap Allah dalam keadaan membenci terhadap Ahlul Bait Muhammad maka pasti ia masuk neraka". Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan berkata hadis ini sahih menurut syarat Muslim tetapi tidak diriwayatkannya dan ditetapkan oleh Az-Zahabi.
2. Dari Abu Said Al-Khudri r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ أَبْغَضَ أَهْلَ الْبَيْتِ فَهُوَ مُنَافِقٌ
"Siapa yang membenci kami maka ia munafik". Diriwayatkan oleh Ad-Dailami.
3. Dari Abu Said Al-Khudri r.a. katanya; telah bersabda Rasulullah s.a.w.

وَالَّذِيْ نَفْسِىْ بِيَدِهِ لاَيَبْغَضُنَا أَهْلَ الْبَيْتِ أَحَدٌ إِلاَّ أَدْخَلَهُ اللهُ النَّارَ
"Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaanNya sesungguhnya seseorang tidak membenci kami, Ahlul Bait melainkan Allah akan memasukkan mereka ke dalam neraka",
Diriwayatkan oleh Al-Hakim.
Farazdaq berkata,

حُبُّهُمْ دِيْنٌ وَبُغْضُهُمْ كُفْرٌ وَقُرْبُهُمُ مَلْجَا وَمُعْتَصَمُ
'Mencintai mereka adalah sebahagian besar dari ajaran agama, membencinya adalah kufur dan mendekatinya adalah tempat bernaung dan berlindung'.
4. Dari Abu Ibnu Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَحْيَى حَيَاتِيْ وَيَمُوْتَ مَمَاتِيْ وَيَسْكُنَ جَنَّةَ عَدْنٍ غَرَسَهَا رَبِّيْ، فَلْيُوَلِّ عَلِيًّا مِنْ بَعْدِيْ، وَلْيُوَلِّ وَلِيَّهُ، وَلْيَقْتَدِبِأَهْلِ بَيْتِيْ مِنْ بَعْدِيْ، فَإِنَّهُمْ عِتْرَتِيْ، خُلِقُوْا مِنْ طِيْنَتِيْ، وَرُزِقُوْا فَهْمِيْ، وَعِلْمِيْ، فَوَيْلٌ لِلْمُكَذِّبِيْنَ بِفَضْلِهِمْ مِنْ أُمَّتِيْ الْقَاطِعِيْنَ مِنْهُمْ صِلَتِيْ لاَأَنْزَلَهُمُ اللهُ شَفَاعَتِيْ
"Siapa ingin hidup seperti hidupku, mati seperti matiku dan menempati syurga Adn yang disediakan oleh tuhanku, maka hendaknya ia menjadikan Ali sebagai pemimpinnya selepasku, menjadikan walinya sebagai pemimpinnya dan mengikuti jejak Ahlil Baitku selepas aku, kerana mereka itu itrahku (anak cucuku), mereka diciptakan dari kejadianKu dan diberi pengertian dan ilmuku, maka Neraka Wail bagi umatku yang mengingkari keutamaan meraka, yang memutuskan hubunganku dengannya dan kelak Allah tidak memberi mereka Syafaatku". Diriwayatkan oleh At-Tabarani dan Ar-Rafi'e.(47)

Bagian Keempatbelas - Larangan Mengganggu Keluarga Rasulullah s.a.w.
Satu hukum syarak yang juga khas mengenai Ahli Baitnya Rasulullah s.a.w. ialah larangan mengganggu mereka kerana mereka itu zuriat Rasulullah s.a.w. Siapa yang mengganggu mereka kerana keturunannya maka ia telah mengganggu Rasulullah s.a.w., dalilnya ialah seperti berikut:
1. Firman Allah SWT:

     57-58 إِنَّ الَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ لَعَنَهُمُ اللهُ فِى الدُّنْيَا وَالاَخِرَةِ وَأَعَدَّلَهُمْ عَذَابًا مُّهِيْنً * وَالَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِمَا اكْتَسَبُوْ افَقَدِ احْتَمَلُوْا بُهْتَانًاوَّاِثْمًامُّبِيْنً الاحزاب:
"Sesungguhnya orang-orang yang mencaci Allah dan RasulNya maka Allah akan mengutuk mereka di dunia dan di akhirat dan akan menyediakan untuk mereka seksaan yang penuh dengan kehinaan. Dan orang-orang yang mencela kaum lelaki dan perempuan yang beriman, dengan ketiadaan kesalahan yang diperbuat mereka, sesungguhnya orang-orang itu telah memikul kebohongan dan dosa yang terang". (Q.S. Al-Ahzab:57:58)
2. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Almiswar Bin Makhramah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

فَاطِمَةُ بِضْعَةٌ مِنِّى، فَمَنْ أَغْضَبَهَا فَقَدْ أَغْضَبَنِىْ
"Fatimah adalah sebagian dariku, siapa yang memurkakannya ia telah memurkakan aku".Diriwayatkan oleh Bukhari.
3. Dari Ibnu Zubair r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

إِنَّمَافَاطِمَةُ بِضْعَةٌ مِنِّيْ، يُؤْذِيْنِيْ مَايُؤْذِيْهَا وَيُغْضِبُنِيْ مَايُغْضِبُهَا
"Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian daripadaku, menyiksa aku apa-apa yang menyiksanya dan menyusahkan aku apa-apa yang menyusahkannya". Diriwayatkan Ahmad, Tirmizi dan Al-Hakim.
Saya berpendapat bahawa zuriat Fatimah adalah sebahagian daripadanya, siapa yang mengganggunya ia telah mengganggu Farimah dan siapa mengganggu Fatimah ia telah mengganggu Rasulullah s.a.w.
4. Sabda beliau s.a.w.: "Siapa yang mengganggu keluargaku walaupun sehujung rambut sekalipun, maka ia telah menggangguku dan siapa menggangguku maka ia telah mengganggu Allah".Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dari Al-Imam Ali r.a.
5. Sabda beliau s.a.w. dalam hadis puteri Abu Lahab ketika dikatakan kepadanya sesaat ia berhijrah bahawa hijrahmu tidak memberi manfaat apa-apa kepadamu kerana kamu adalah puteri kayu api neraka, maka marahlah Rasulullah s.a.w. setelah mendengarnya lalu berkhutbah di atas mimbarnya:

مَابَالُ أَقْوَامٍ يُؤْذُوْنِى فِى نَسَبِى وَذَوِى رَحِمِى! أَلاَ مَنْ أَذَى نَسَبِى وَذَوِى رَحِمِى فَقَدْ أَذَانِى وَمَنْ أَذَانِى فَقَدْ أَذَى ا للهَ تَعَالَى
"Mengapa masih ada sebilangan kaum yang mengganggu nasab dan keluargaku? Ketahuilah siapa mengganggu nasab dan keluargaku maka ia telah menggangguku dan siapa menggangguku maka ia telah mengganggu Allah". (Diriwayatkan oleh Ibnu Abil Asim, Tabarani dan Baihaqi dengan lafaz yang hampir sama).

Bagian Kelimabelas - Hukum Orang Yang Mencerca Ahlul Bait
Satu ketentuan khas kepada Ahlul Bait bahawa siapa yang mencerca atau memakinya sama hukum seperti mencerca seluruh manusia. Dalil yang dipergunakan oleh para ulama untuk menetapkan hal itu ialah ijmak 'fuqaha' mazhab-mazhab yang menyatakan bahawa siapa mencerca seorang dari keluarga Rasulullah s.a.w. maka hukumnya sama seperti mencerca seluruh manusia, iaitu dipukul dengan pukulan yang keras dan diberi peringatan, namun ia tidak menjadi kafir dengan perbuatan itu, seperti dinyatakan oleh Al-Hakim dalam kitabnya ms. 228 cetakan Maimaniyah dan Syarah As-Saghir juz 4 ms. 444 cetakan Daarul Ma'arif dan Al-Insaf serta As-Syifa' karangan Qadhi Iyadh juz 4 ms. 571 cetakan Al-Azhariyah, demikian juga Jauharul Ikil dengan syarah Mukhtasar Syeikh Khalil juz 2 ms. 282.
Sesungguhnya para ulama menetapkan hukum-hukum ini dan sejenisnya kepada Ahlul Bait dalam kitab-kitab mereka sesuai dengan tingkatan dan zaman mereka dan tidak seorang pun sepanjang sejarah mengatakan bahawa Ahlul Bait terputus atau tidak dikenal bahkan sebahagian besar dari kalangan ahli fatwa dan pengulas memberi mithal dengan menyebut mereka yang hidup pada zamannya dari itrah yang suci dalam kitab-kitabnya. Seandainya nasab ini terputus atau tidak dikenal orang-orangnya maka pasti para ulama telah menyatakan hal itu, kerana mereka adalah pemegang amanat dan penanggungjawab syariat Allah dan RasulNya.

45) Dari kitab risalah Fadhlu Ahlil Bait Wa Huququhum karangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, ms. 130.
46) Maksudnya yang terdahulu masuk Islam.
47) Dari kitab risalah Fadhlu Ahlil Bait Wa Huququhum karangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, ms. 130.


PEMBAHASAN KESEPULUH

SEKILAS MENGENAI ILMU NASAB DAN KEDUDUKANNYA DALAM SYARIAH ISLAMIYAH
Berfirman Allah Ta'ala di dalam Al-Qur'an:

يَا أَيُّهَاالنَّاسُ إِنَّاخَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوْا إِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أَتْقَاكُمْ...الحجرات: 13
"Hai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku-suku bangsa, supaya kamu mengenal satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah yang lebih bertakwa".(Q.S. Al-Hujurat:13.)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, bersabda Rasulullah s.a.w.: "Manusia ibarat logam, orang-orang baik di zaman jahiliah adalah orang-orang baik pula di zaman Islam jika mereka berpengetahuan, manusia mengikuti Quraish dalam perkara ini; yang muslim mengikuti muslim Quraish dan yang kafir mengikuti kafir Quraish, kamu akan dapati orang yang paling baik ialah orang yang sangat membenci perkara ini (kekufuran) sehingga ia selamat dari terjerumus kedalamnya". (Muttafaqun Alaih menurut lafaz Muslim dalam keutamaan sahabat).
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, bersabda Rasulullah s.a.w.: "Pelajarilah olehmu tentang nasab-nasab kamu agar dapat terjalin dengannya tali persaudaraan kamu. Sesungguhnya menjalin tali persaudaraan itu aka membawa kecintaan terhadap keluarga, menambah harta, memanjangkan umur dan merelakan Allah". Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya, Tirmizi dan Al-Hakim
Dengan itu jelaslah bahawa ilmu nasab adalah suatu ilmu yang agung, berhubungkait dengan hukum-hukum syarak yang termasuk dalam hukum yang lima. Oleh itu Allah memberi panduan kepada kita dengan firmanNya di dalam kitab suci Al-Qur'an:

وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوْا إِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أَتْقَاكُمْ...الحجرات: 13
"Dan kami jadikan kamu, beberapa bangsa dan suku-suku bangsa, supaya kamu kenla mengenal satu sama lain, sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu dalam pandangan Allah ialah yang lebih bertakwa".(Q.S. Al-Hujurat:13.)
Orang yang mengingkari keutamaan ilmu ini adalah orang jahil, pembangkang dan menentang Allah dan RasulNya. Mereka meriwayatkan sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w. yang maudhu' (palsu), katanya: "Bahawa mengetahui ilmu nasab itu tidak memberi manfaat dan tidak mengetahuinya pun tidak membawa mudarat". Dengan memalsu hadis ini sesungguhnya mereka telah menghukum diri mereka sendiri, iaitu mereka menempah tempat tinggal mereka di dalam neraka jahanam, dengan mengira bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang baik. Sungguh syaitan telah memperdaya mereka dengan menghiasi amalan mereka.
Bahagian Pertama - Kedudukan Ilmu Nasab Yang Penting Diketahui Dalam Syariah Islamiah
1. Mengetahui nasab Rasulullah s.a.w. yang mana Nabi s.a.w. bersabda dalam hal ini katanya:"Aku adalah Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim Bin Abdi Manaf Bin Qusai Bin Kilab (nama sebenarnya Hakim) Bin Murrah Bin Ka'ab Bin Luay Bin Ghalib Bin Fihr (Quraish) Bin Malik (Bin An-Nadhr) Bin Kinanah Bin Khuzaimah Bin Mudrikah Bin Ilyas Bin Mudhar Bin Nizar Bin Ma'ah Bin Adnan". Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dari Abdullah Bin Abas.
Siapa yang meragukan nasab Rasulullah, apakah baginda orang Quraish, Yaman atau Ajam (bukan Arab) maka ia kafir dan tidak diampuni, melainkan jika ia jahil maka wajib baginya belajar.
Dari Saad, katanya: Ketika aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w., siapakah aku ini ya Rasulullah? Baginda menjawab: "Kamu Saad Bin Malik Bin Wuhaib Bin Abdi Manaf Bin Zuhrah, siapa mengatakan selain daripada itu, maka baginya kutukan Allah". Diriwayatkan oleh Al-Hakim.
Dari Amr Bin Murrah Al-Juhni r.a. katanya: Pada suatu hari aku berada di sisi Rasulullah s.a.w. kemudian baginda bersabda: "Siapa berasal dari keturunan Maad hendaklah berdiri", maka aku berdiri tetapi baginda menyuruhku duduk sehingga tiga kali. Lalu aku bertanya, dari keturunan siapa kami ya Rasulullah? Dijawab: "Kamu dari keturunan Qudha'ah Bin Malik Bin Humair Bin Saba". Diriwayatkan oleh Khalifah Bin Khayyat.
2. Mengetahui asal keturunan para Imam (pemimpin) seperti dinyatakan oleh Ibnu Hazm, "Seseorang wajib mengetahui bahawa Khilafah tidak boleh dipegang melainkan oleh keturunan Fihr Bin Malik Bin An-Nadhr Bin Kinanah dan tidak akan diketahui melainkan dengan mengenali ilmu nasab. Oleh itu mengetahui ilmu nasab menjadi suatu kewajipan secara umum dalam konteks ini".
3. Saling mengenal di antara satu sama lain sehingga seseorang tidak dinasabkan kepada selain ayahnya atau datuknya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. dalam riwayat Bukhari yang mana bunyinya: "Seseorang yang mengaku orang lain sebagai ayahnya padahal ia mengetahui maka ia telah berbuat kekufuran, dan siapa mengaku kepada nasab bukan nasabnya maka hendaknya ia menempah tempat tinggalnya di dalam neraka".
Beberapa perkara yang berkaitan dengan hal di atas ialah:
1. Mengetahui hukum-hukum pusaka, yang mana sebahagian waris boleh melindungi sebahagian waris yang lain.
2. Hukum para wali dalam nikah, yang mana sebahagian wali diutamakan dari wali yang lain.
3. Hukum wakaf, jika orang yang mewakafkan itu mengkhaskan kepada sebahagian keluarga atau kerabat dan tidak kepada sebahagian yang lain.
1. Mengambilkira nasab dalam kafaah suami terhadap isteri dalam nikah menurut Abu Hanifah, Ahmad dan Syafi'e kerana sabda Rasulullah s.a.w., dari Siti Aisyah r.a. dalam keadaan Marfuk:"Pilihlah tempat untuk menyimpan air mani kamu dan kahwinlah orang-orang yang setaraf serta kahwinkan wanita-wanita itu dengan mereka". Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Daraqutni, Al-Hakim dan Al-Baihaqi.
Dan dari Anas r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda: "Berkahwinlah kamu dengan keluarga yang baik kerana sesungguhnya urat itu meresap", disebutkan oleh Ibnu Adi dalam kitab Al-Kamil.
2. Memperhatikan nasab wanita yang akan dinikahi, sabda Nabi s.a.w.:

تُنْكِحُ الْمَرْأَةُ ِلأَرْ بَعٍ : لِمَالِهَا، وَلِحِسَبِهَا، وَلِجَمَالِهَا، وَلِدِيْنِهَا. فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
"Wanita itu boleh dinikahi dengan empat sebab; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka utamakan yang memiliki agama nescaya kamu akan beruntung". Diriwayatkan oleh Syaikhan dan Ahmad dalam musnad.
Adapun yang dimaksudkan dengan keturunan ialah berasal dari keturunan yang mulia dan hal itu tidak boleh dicapai melainkan dengan mengetahui nasab.(48)
3. Mengetahui nama-nama isteri nabi yang mana diharamkan kepada seluruh orang Islam mengahwini mereka, begitu juga mengetahui nama-nama sahabat besar dari kalangan Muhajirin dan Ansar dan mengetahui orang-orang yang berhak menerima khumus (seperlima) dari kalangan kerabat Rasul serta mengetahui orang-orang yang diharamkan kepada mereka sedekah dari keluarga Muhammad yang mana Ibnu Hazm menganggap perkara-perkara di atas sebagai fardhu kifayah.
Kemudian para ulama telah menyusun nasab-nasab seperti yang diceritakan oleh Az-Zamakhsyari katanya: Nasab itu terbahagi kepada enam peringkat, pertama dinamakan sya'b yakni puak, keduakabilah, ketiga imarah yakni suku, keempat batn yakni perut, kelima fakhiz yakni keluarga dan yang keenam fasilah yakni kaum kerabat. Mithalnya kata beliau, puak Khuzaimah, kabilah Kinanah, suku Quraish, kelompok Qusai, keluarga Hashim dan kaum kerabat Abu Talib.
Berkata Amirul Mukminin Sayidina Omar Bin Al-Khatab r.a.: "Pelajarilah nasab kamu supaya kamu dapat menjalin tali kekeluargaan diantara kamu, dan janganlah menjadi seperti kaum Nabat hitam yang jika ditanya salah seorang dari mereka: Dari keturunan siapa kamu? Lalu mereka menjawab: Kami dari kampung itu." Maka demi Allah kiranya ada berlaku sesuatu antara seseorang dengan saudaranya, andainya ia tahu hubungannya dengan saudaranya itu dari hubungan kerabat nescaya hal ini akan menghalangnya dari mencerobohnya.
Sebagaimana orang-orang Arab yang memberi penghormatan terhadap nasab-nasab mereka maka demikian juga seluruh bangsa Ajam (selain Arab) memberi perhatian terhadap nasab-nasab mereka dan perkara ini diambilkira dalam syariat Islam dengan syarat tidak menimbulkan asabiyah atau perkauman dan menimbulkan serewan jahiliah kerana Islam melarang asabiyah jahiliah seperti dinyatakan dalam sabda Nabi s.a.w.: "Tinggalkan ia (asabiyah) kerana ia busuk". Kata-kata baginda diucapkan ketika dua kelompok Aus dan Khazraj sedang bertikai sehingga berkata satu kelompok, "Mari kita pertahankan Aus" dan berkata yang lain, "Mari kita pertahankan Khazraj".
Bahagian Kedua - Usaha Orang-Orang Orientalis Dalam Melenyapkan Ilmu Nasab
Manakala paderi-paderi Nasrani menanggalkan pakaian kepalsuan mereka dengan mengenakan pakaian ilmu yang diperoleh dari orientalisme maka sebenarnya mereka telah meruntuhkan syariat Islam dengan cara meragukan dan membisikkan kepada tali barut mereka dari kalangan bangsa kita dalam perkara nisbah (keturunan) dan kepada mereka yang telah terpengaruh dengan adat istiadat mereka dalam segi akidahnya supaya mereka membantunya dalam meruntuhkan sendi-sendi Islam, ajaran-ajaran dan akhlaknya. Dan mereka datang dari segenap penjuru dengan anggapan bahawa cara itu akan memastikan matlamat mereka tercapai dengan memusuhi Islam serta mereka menginginkan supaya cahaya Allah itu dipadamkan dengan mulut-mulut mereka namun Allah tetap mahu menyempurnakan cahayanya.
Diantara perkara yang hendak mereka hancurkan ialah ilmu nasab yang ada pada orang-orang Islam dan Arab. Mereka itu terdiri daripada orientalis Jerman bernama Westernfield, pengaran buku 'Aliran Tasawuf Di Selatan Negeri-Negeri Arab Pada Aabad Ke-12' dan diikuti oleh orientalis Inggeris bernama R.B. Sargent. Mereka dalam kempennya menggunakan kaedah Ibnu Khaldun(49) dalam perkara nasab yang bertujuan mencerca nasab Bani Alawi secara khusus dan seruan ini datang jauh sebelum Tantawi yang kemudian dibantah oleh Al-Allamah pakar nasab Syed Abdullah Bin Hassan Bilfagih dalam kitabnya 'As-Syawahid Al-Jaliyah(50) An Mada Al-Khalf Fil Qaedah Al-Khalduniyah'dimana beliau telah berjaya mengembalikan tipu daya mereka ke atas diri mereka dan dengan itu gagallah seruan mereka. Firman Allah:

فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي اْلأَرْضِ...الرعد: 17
"Adapun buih itu hilanglah sebagai barang yang tiada berharga dan apa yang berguna kepada manusia tinggal tetap di muka bumi". (Surah Ar-Ra'd:17).
Bahagian Ketiga - Ilmu Nasab Dalam Pandangan Ilmu Moden
Ilmu moden sangat mementingkan ilmu warisan dengan menghasilkan beberapa penemuan bahawa keturunan itu berbeza antara satu dengan yang lain dalam mendapatkan kelebihan-kelebihan yang diwarisi dan itu sesuai dengan sabda Nabi s.a.w., dari Abu Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Manusia bagaikan logam, yang baik di zaman Jahiliah baik pula di zaman Islam jika mereka memiliki pengetahuan. Manusia mengikuti orang-orang Quraish dalam hal ini, yang muslim mengikuti si muslim dan yang kafir mengikuti si kafir. Engkau akan dapati orang yang paling baik adalah orang yang sangat benci perkara ini sehingga ia terjatuh kedalamnya." Muttafaqun Alaih, menurut lafaz Muslim dalam keutamaan sahabat.
Maka terbuktilah bahawa setiap keturunan dari keturunan-keturunan yang ada di alam hidup ini memiliki kelebihan-kelebihan yang diwarisi dan dengannya ia memperoleh keistimewaan sama ada alam yang hidup itu berupa tumbuh-tumbuhan, air, haiwan atau manusia, maka masing-masing keturunan membawa sifat-sifat ayahnya. Siapa berasal dair ayah yang mulia maka pasti ia akan mewarisi sifat-sifat ayahnya itu dan sebaliknya orang yang berasal dari ayah yang memiliki sifat-sifat yang hina dan penyakit jasmani, saraf dan jiwa maka ia akan menurun kepada keturunannya. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. menganjurkan dalam sabdanya: "Pilihlah tempat untuk menyimpan air manimu, kahwinilah wanita-wanita yang setaraf denganmu dan kahwinkan wanita-wanita itu kepada mereka". Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Daraqutni, Al-Hakim dan Al-Baihaqi, dari Ummul Mukminin Aisyah r.a. marfuk.
Dan hadis riwayat Anas r.a.: "Berkahwinlah kamu dengan keluarga yang baik kerana sesungguhnya urat itu meresap". Diriwayatkan oleh Ibnu Adi dalam kitab Al-Kamil.
Maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada kita supaya tidak meletakkan air mani kita melainkan di rahim-rahim yang berasal dari keturunan yang mulia, baik dan dari sumber yang baik sehingga anak cucu dan zuriat kita terhindar dari kekotoran dan suci dari segala kenistaan. Ini tidak akan dapat diketahui melainkan dengan ilmu nasab. Maka kenyataan yang kita lihat pada hari ini di Eropah dimana perbuatan keji itu telah bermahrajalela, nasab bercampur-aduk dan masyarakat Eropah terjerumus didalam jurang yang rendah maka tersebarlah di sana penyakit-penyakit kelamin, jiwa dan saraf. Oleh kerana sifat dendam yang ada dalam diri mereka lalu mereka membawa masuk perbuatan keji itu ke dalam dunia Islam sehingga mereka dapat menghancurkan nasab-nasab penduduknya dan akhirnya mereka menjadikan dunia Islam terputus hubungan dengan asal usulnya. Disaat itu mereka merempuh masuk dikala umat Islam telah meninggalkan semua ajaran-ajaran yang lurus. Dan hanya Allah sebagai pelindung kita dari segala kejahatan mereka dan Allah yang menggagalkan tiu daya mereka. Firman Allah:

يُرِيْدُوْنَ أَنْ يُطْفِئُوْا نُوْرَ اللهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللهُ إِلاَ أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ
"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka namun Allah menolak (dan tidak rela) melainkan menyempurnakan cahayaNya".
Maha benar Allah yang Maha Agung.Kami memohon kepada Allah supaya menjadikan usaha ini semata-mata kerana Allah dan demi mempertahankan satu sendi dari sendi-sendi agama Islam serta memelihara kesucian itrah Ahlul Bait Nabi yang mulia yang mana orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya ingin merendahkan kesuciannya. Ya Allah seandainya ini benar maka itu daripadaMu dan jika salah maka itu dari diriku dan dari syaitan. Dan kami sudahi seruan kami dengan: "Subhana Rabbika Rabbil Izzati Amma Yasifun Wasalamun Alal Mursalin Walhamdulillahi Rabbil Alamin".
Sekian.

48) Lihatlah pembahasan kesembilan, bahagian ketujuh, mengenai hukum-hukum yang dikhaskan kepada Ahlul Bait dalam buku ini.
49) Lihat Al-Qaidah di akhir pembahasan, cetakan Al-Mukhtar Al-Islami, Dar As-Salam, Mesir.
50) Kaedah Ibnu Khaldun: Jika kamu meragukan bilangan ayah dalam nasab kerana sedikit atau banyaknya bilangan itu akan menyesatkannya dan kamu menghendaki kepastian untuk mengetahui sesuatu yang dapat menentukan bilangan mereka dengan ketentuan yang biasanya benar, sedangkan tahun-tahun itu dapat diketahui dengan pasti olehmu, maka untuk membenarkan bilangan nasab mereka pada kunci nasab hendaknya kamu menentukan bahawa tiap seratus tahun mesti ada tiga orang datuk, juka tepat kiraan itu dengan bilangan mereka maka itu benar, tetapi jika kurang satu generasi maka ia salah bilangan mereka kerana terlebih satu. Adapun juka terdapat keraguan pada tahun-tahunnya maka hendaknya kamu kira seperti di atas iaitu dengan membahagikan bilangan tahun kepada bilangan datuk, jika dapat maka itu jawapannya. Kaedah ini bertentangan dengan kenyataan dan telah dibantah dan dipatahkan dengan bukti-bukti oleh As-Sayyid Abdullah bin Hasan Bilfaqih dalam kitabnya As-Syawahid Al-Jaliyah An Mada Al-Khalf Fil Qaidah Al-Khalduniyah dicetak di percetakan Al-Mukhtar Al-Islami.


SENARAI NAMA-NAMA KELUARGA BANI ALAWI
Tambahan mengenai Keluarga-Keluarga Bani Alawi Yang Tersusun Dengan Huruf Abjad Demi kesempurnaan pembahasan ini saya ingin menambahkan satu senarai yang merangkumi nama-nama keluarga Bani Alawi Bin Ubaidillah Bin Ahmad Bin Isa yang menetap di Hadramaut dan orang-orang yang berhijrah ke jazirah Arab, timur Afrika, Asia Tenggara dan India yang mana keluarga-keluarga itu berkisar pada dua tokoh; Tokoh pertama: Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad Bin Ali Ba'Alawi dan tokoh kedua: Bapa saudara Al-Faqih Alawi Bin Muhammad Ba'Alawi. Akan kami sebutkan dalam senarai nanti setiap keluarga yang dikaitkan dengan salah seorang daripada kedua tokoh di atas dan bagi mereka yang menghendakki tambahan yang lebih luas untuk mengetahui susur-galur nasab, tempat tinggal mereka dan sebab-sebab gelaran yang mereka gunakan hendaknya ia merujuk pada kitab Syamsul Dzahirah(51) yang sudah dicetak, karangan Al-Allamah Abdul Rahman Bin Muhammad Bin Husain Al-Masyhur dengan komentar dari Al-Ustaz Dhiya' Bin Muhammad Bin Shahabuddin, dan Al-Mu'jam Al-Latif(52) karangan Al-Ustaz Muhammad Bin Ahmad As-Syatiri.
Wallahu Ta'ala A'alam

HURUF ALIF
1. Aal Bin Ibrahim, Al Asseggaf, Al Alawi Ibnul Faqih
2. Aal Ismail, Al Idrus, Al-Alawi Bin Al Faqih
3. Al Bin Ismail Al Asseggaf Al Alawi Bin Al Faqih
4. Al Ala'yun Al Bafaqih Al Alawi Ammul Faqil

HURUF BA'
1. Al Albar Al Ahmad Bin Al-Faqih
2. Al Albar Almasyhur Al-Shihabuddin Al-Alawi Bin Al-Faqih
3. Al Batah Al As-Sheikh Abu Bakar Al Alawi Ibnul Faqih
4. Al Albahr Al Aljufri Al-Ahmad Bin Al-Faqih
5. Al Barahim Al Ahmad Bin Al-Faqih
6. Al Barakat Al Alawi Bin Al-Faqih
7. Al Barum Al Alawi Bin Al-Faqih
8. Al Babtin Al Alawi Ammul Faqih
9. Al Abidh Al Ahmad Bin Al-Faqih

KELUARGA BADAWI
1. Bait Hammudah Al Ahmad Abu Bakar As-Sakran Al-Alawi Bin Al-Faqih
2. Bait Sahal Al Ahmad Abu As-Sakran Al Alawi Bin Al-Faqih
3. Bait Aqil Al Ahmad Bin Abu Bakar Assakran Al-Alawi Bin Al-Faqih
4. Bait Qarmus Al Ahmad Bin Abu Bakar As-Sakran Al-Alawi Bin Al-Faqih
5. Bait Muhsin Al Ahmad Abu Bakar As-Sakran Al Alawi Bin Al-Faqih
6. Bait Zain Al Ahmad Abu Bakar As-Sakran Al Alawi Bin Al-Faqih
7. Bait Zahum Al Maula Ad-Dawilah Al Alawi Bin Al-Faqih
8. Bait Fad'aq Al Alawi Bin Al-Faqih
9. Bait Al-Hadi Al Alawi Bin Al-Faqih
10. Bait Bu Bakar bin Salim Bin Abdullah Al Ahmad Bin Al Faqih
11. Bait Ar Radini Al Ahmad Bin Al Faqih
12. Bait Al Qutban Al Ahmad Abu Bakar Assakran Al Alawi Bin Al Faqih

HURUF JIIM
1. Al Ba Jahdab Al Abdullah bin Alawi Bin Al-Faqih
2. Al Jazirah Al Ahmad Bin Al-Faqih
3. Al Al Jufri Al Ahmad Bin Al Faqih
4. Al Jamalullail Al Ali Bin Al-Faqih
5. Al Junaid Al Ali Bin Al-Faqih
6. Al Bin Jindan Al Syeikh Abu Bakar Al Alawi Bin Al-Faqih
7. Al Al-Junaidi atau Al-Junaid Al-Akhdhar Al-Alawi Bin Al-Faqih
8. Al Jailani Al Alawi Bin Al-Faqih

HURUF HA'
1. Al Hamid atau Al Bani Hamid Al Abdullah Bin Alawi Bin Al-Faqih
2. Al Hamid Al Syeikh Abu Bakar Al Alawi Bin Al-Faqih
3. Al Haddad Al Alawi Ammul Faqih
4. Al Ba Hasan Al Abu Bakar Assakran Al Ali Bin Al-Faqih
5. Al Ba Hasan Al Saggaf Assakran Al Alawi Bin Al-Faqih
6. Al Ba Hasan At Tawil Al-Alawi Ammul Faqih
7. Al Ba Hasan Jamalullail Maulad Dawilah Al Alawi Bin Al-Faqih
8. Al Ba Husein Al Husein Al Seggaf Al Alawi Bin Al-Faqih
9. Al Ba Husein Al Maulad Dawilah Al Alawi Bin Al-Faqih
10. Al Bin Husein Al Husein Al Saggaf Al Alawi Bin Al-Faqih
11. Al Hamadun Al Abdullah Bin Al Alawi Bin Al-Faqih
12. Al Hayid Al Syeikh Abu Bakar Al Alawi Bin Al-Faqih Al Al-Habsyi

HURUF KHA'
1. Al Khirid Al Abdullah Bin Alawi Al-Faqih
2. Al Khamud Al Syeikh Abu Bakar Al Alawi Bin Al-Faqih
3. Al Khaniman Al Ahmad Bin Al-Faqih
4. Al Al-Khun Al Abdullah Bin Alawi Ibnul Faqih
5. Al Maula Kheilah Al Alawi Bin Al-Faqih

HURUF DAL
1. Al Maulad Dawilah Al Alawi Bin Al-Faqih

HURUF DZAL
1. Al Az-Dzahab Al Abdullah Bin Alawi Ibnul Faqih
2. Al Az-Dzi'b Al Syeikh Abu Bakar Al Alawi Bin Al-Faqih

HURUF RA'
1. Al Ba Raqbah Al Abdullah Bin Alawi Ibnul Faqih
2. Al Rakhilah Al Ahmad Ibnul Faqih
3. Al Ar-Rush Al Asseggaf Al Alawi Ibnul Faqih
4. Al Raushan Al Alawi Bin Al Faqih
5. Al Ar-Ruda'i Al Aljufri Al Ahmad Ibnul Faqih

HURUF ZAI
1. Al Az-Zahir Al Bin Shihab Al Alawi Ibnul Faqih

HURUF SIN
1. Al Ba Sukutah Al Alawi Ammul Faqih
2. Al As Seggaf Al Alawi Bin Al-Faqih
3. Al As Seggaf Al Abu Bakar Assakran Al Alawi Bin Al-Faqih
4. Al Bin Semit Al Alawi Ammul Faqih
5. Al Bin Semitan Al Maula Dawilah Al Alawi Bin Al-Faqih
6. Al Bin Sahal Al Jamalullail Al Alawi Bin Al-Faqih
7. Al Bin Sahal Maula Kheilah Al Alawi Bin Al-Faqih
8. Al Seri Al Jamalullail Al Alawi Bin Al Faqih

HURUF SYIN
1. Al Syatiri Al Ali Bin Al-Faqih
2. Al Syatiri Abu Numai Al Abdullah Bin Alawi Bin Al-Faqih
3. Al As-Sybsyban Al Al-Habsyi Al Alawi Ibnul Faqih
4. Al As-Syilii Al Abdullah Bin Alawi Al-Faqih
5. Al Ba Syemeleh Al Asseggaf Al Alawi Bin Al-Faqih
6. Al Syambal Al Ali Bin Al-Faqih
7. Al Syihabuddin Al Abu Bakar Assakran Al Alawi Bin Al-Faqih
8. Al Ba Syeiban Al Ali Bin Al-Faqih
9. As-Syeikh Abu Bakar Bin Salim Asseggaf Al Alawi Bin Al-Faqih
10. Al Bin Syeikhan Al Al Habsyi Al Ali Bin Al-Faqih
11. Al Syeikhan Al Aqil Bin Salim Al-Alawi Bin Al-Faqih
12. Al Syeikhan Al As Syeikh Abu Bakar Al Alawi Bin Al-Faqih
13. Al Syeikhan Al Maulad Dawilah Al Alawi Bin Al-Faqih
14. Al Syeikhan Al Ba Hasan Al Abdul Rahman Asseggaf Al Alawi Bin Al-Faqih

HURUF SAD
1. Al As-Safi Al Asseggaf Al Alawi Ibnul Faqih
2. Al As-Safi Al Al-Jufri Al Ahmad Ibnul Faqih
3. Al Ba Sorrah Al Alawi Ammul Faqih
4. Al As-Solibiyyah Al Al-Idrus Al Alawi Bin Al-Faqih

HURUF TA'
1. Al Taha Al Sofi Al Asseggaf Al Alawi Bin Al-Faqih
2. Al Tahir Al Alawi Bin Al-Faqih

HURUF AIN
1. Al Ba Abud Al Alawi Ammul Faqih
2. Al Al-Attas Al Asseggaf Al Alawi Ibnul Faqih
3. Al Azhmat Khan Al Alawi Ammul Faqih
4. Al Aqil Al As-Syeikh Abu Bakar Al Alawi Bin Al-Faqih
5. Al Ba Aqil Al Asseggaf Al Alawi Ibnul Faqih
6. Al Ba Alawi Al Ghaidhi Al Abu Bakara Al-waie' Al Ahmad Bin Af-Faqih
7. Al Ali Lala Al Alawi Ammul Faqih
8. Al Ba Omar Al Ahmad Bin Al-Faqih
9. Al Auhaj Al Alawi Bin Al-Faqih
10. Al Idrus Al Abu Bakar Assakran Al Alawi Bin Al-Faqih
11. Al Aidid Al Alawi Ammul Faqih

HURUF GHAIN
1. Al Ghazali Al Albaiti Al Asseggaf Al Alawi Bin Al-Faqih
2. Al Ghusn Al Jamalullail Al Ali Bin Al-Faqih
3. Al Ghumri Al Ba Abud Al Alawi Bin Al-Faqih
4. Al Ba Gheit Al Ahmad Bin Al-Faqih
5. Al Ghaidhi Al Abu Bakar Al Ware Al Ahmad Bin Al-Faqih

HURUF FA'
1. Al Fad'ak Al Abdullah Bin Alawi Bin Al-Faqih
2. Al Ba Faraj Al Alawi Ammul Faqih
3. Al Buftaim Al As-Syeikh Abu Bakar Al Alawi Bin Al-Faqih
4. Al Ba Faqih Al Alawi Ammul Faqih
5. Al Faqih Al Abu Bakar Assakran Al Alawi Bin Al Faqih
6. Al Al-Faqih Al Al-Attas Al Alawi Bin Al-Faqih
7. Al Bal Faqih Al-Ahmad Bin Al-Faqih

HURUF QAF
1. Al Al-Qadri Al Jamalullail Al-Faqih
2. Al Al-Qadhi Al Asseggaf Al Alawi Bin Al-Faqih

HURUF KAF
1. Al Al-Kaff Al Al-Jufri Al Ahmad Bin Al-Faqih
2. Al Kadad Al Abu Bakar Al-ware' Al Ahmad Bin Al-Faqih
3. Al Ker Eshah Al Abdul Rahman Asseggaf Al Alawi Bin Al-Faqih

HURUF MIM
1. Al Al-Mudhar Al As-Syeikh Abu Bakar Al Alawi Bin Al-Faqih
2. Al-Mudhar Al Abdullah Bin Alawi Bin Al-Faqih
3. Al Madehej Al Abdullah Bin Alawi Bin Al-Faqih
4. Al Musawa Al Abu Bakar Assakran Asseggaf Alawi Bin Al-Faqih
5. Al Al-Masilah Al Abdullah Bin Alawi Bin Al-Faqih
6. Al Masyhur Al Syihabuddin Al Alawi Bin Al-Faqih
7. Al Masyhur Marzuq Al Abdullah Bin Alawi Bin Al-Faqih
8. Al Musyayyakh Al Abu Bakar Assakran Al Alawi Bin Al-Faqih
9. Al Musyayyakh Al Omar Bin Ahmad Bin Al-Faqih
10. Al Mutahhar Al Madhar Al Abdullah Bin Al-Faqih
11. Al Mu'allim Al Abdullah Bin Alawi Bin Al-Faqih
12. Al Al-Maqdi Al Ahmad Bin Al-Faqih
13. Al Muqebel Al Maulad Dawilah Al Alawi Bin Al-Faqih
14. Al Maknun Al Asseggaf Al Alawi Bin Al-Faqih
15. Al Al-Munawwar Al Abu Bakar Assakran Al Alawi Bin Al-Faqih

HURUF NUN
1. Al Abu Numai Abdullah Bin Alawi Bin Al-Faqih

HURUF WAU
1. Al Al-Waht Al Abd Rahmad Asseggaf Ala Alawi Bin Al Alawi Bin Al-Faqih

HURUF HA'
1. Al Hadun Al Al-Attas Al Alawi Ibnul Faqih
2. Al Al-Hadi Al Syihabuddin Al Alawi Bin Al-Faqih
3. Al Ba Harun Al Jamalullail Al Ali Bin Al-Faqih
4. Al Ba Harun Al Bin Sahal Jamalullail Al Ali Bin Al-Faqih
5. Al Bin Harun Al Syihabuddin Al Alawi Bin Al-Faqih
6. Al Hasyim Al Abdullah Bin Alawi Bin Al-Faqih
7. Al Bin Hasyim Al Ammul Faqih
8. Al Bin Hasyim Al Bin Asseggaf Al Alawi Bin Al-Faqih
9. Al Bin Hasyim Al Alhabsyi Al Ali Bin Al-Faqih
10. Al Bin Hasyim Al Bin Tahir Al Alawi Ammul Faqih
11. Al Al-Haddar Al As-Syeikh Abu Bakar Al Alawi Bin Al-Faqih

HURUF YA'
1. Al Yahya atau Al Bin Yahya Al Maulad Dawilah Al Alawi Bin Al-Faqih

Penulis: Seggaf Ali Al-Kaff
Tarikh: 3/8/1406H
Bertepatan: 12/4/1989M
Tempat: Madinah Al-Munawwarah
Tarikh : 2 April 1998
bertepatan: 5 Zulhijjah 1418


51) Percetakan Dar Alim Al-Ma'rifah (pengedaran dan penerbitan).
52) Percetakan Dar Alim Al-Ma'rifah (pengedaran dan penerbitan).

3 komentar:

  1. Aswrwb. Saya sangat puas dengan penulisan buku yang disusun oleh Habib Segaf Ali Al-kaff, semoga Allah membalas dengan karunianya. Saya dari marga Asseqaf yang harus bersyukur kepada Allah menjadi keturunan Rasulullah s.a.w.,prilaku kita harus baik sebagai contoh untuk orang lain, karena kita menyandang keturunan Rasulullah s.a.w. yang sangat mulia disisi Allah.

    BalasHapus
  2. Mohon informasinya,
    Buku ini amat penting dan berharga serta amat besar manfaatnya. Bagaimana mendapatkan buku ini? apakah tersedia di kantor arrobithah al alawiyah dan cabang-cabangnya?

    BalasHapus
  3. Buku yang sangat luar biasa dan sangat puas plus bisa menambah rasa cinta kita kpd bani alawi jazakallah khoiron katsir

    BalasHapus